Assalamu'alaikum,
Pada 10-12 Februari 2012 yang lepas, hamba menghadiri satu kursus anjuran majikan tempat hamba bekerja di Port Dickson. Hotel yang hamba menginap adalah Corus Paradise Resort. Kalau sampai simpang tiga/lampu isyarat selepas kawasan kem tentera di PD, kena ambil simpang ke kanan, ke arah bandar. Selepas mendaftar masuk pada petang Jumaat (10 Februari 2012), hamba dan anak-anak 'serta isteri' pergi mandi di kolam renang di hotel ini.
Alhamdulillah, anak sulung dan kedua hamba dah tahu berenang...Isteri belum tahu berenang, anak ketiga dan keempat belum tahu berenang. Berenang adalah salah satu 'sukan/aktiviti' yang disuruh oleh Junjungan Nabi SAW untuk diajarkan kepada anak-anak. Anak sulung dan kedua tahu berenang sebab diajarkan dalam kurikulum sekolah semasa kami menetap di luar negara tempohari. Kalau di Malaysia, anak-anak orang berada saja yang tahu berenang secara betul. Anak-anak kampung (macam hamba juga) berenang cara kampung saja. Hamba sendiri berenang cara kampung tetapi memandangkan banyak berlatih di kolam renang semasa menuntut di salah sebuah universiti tempatan (ijazah pertama) dulu, dan alhamdulillah, kira-kiranya sekarang tahu jugalah berenang ni, walau tak sama macam perenang profesional.
Kalau kita perhatikan, suruhan Nabi SAW ini dimasukkan dalam kurikulum di negara-negara Barat, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Kira-kiranya anak-anak di Barat 'mahu dipastikan' tahu berenang, menyelamatkan diri sendiri kalau apa-apa terjadi dan lain-lain sebab. Bagaimana dengan negara kita? Sejauhmana kurikulum sekolah kerajaan, sejauhmana kurikulum sekolah berasrama penuh, sejauhmana kurikulum sekolah integrasi, sejauhmana kurikulum sekolah tahfiz, sejauhmana kurikulum sekolah pondok memasukkan suruhan2 Nabi SAW dalam kurikulum semasa? Cukupkah sekadar mengajar ilmu? Mengapa kemahiran yang disuruh Nabi SAW tidak dimasukkan sekali dalam kurikulum semasa? Wujudkah sekolah pondok yang melatih pelajar-pelajarnya berenang di Malaysia? Wujudkan sekolah integrasi di bawah Jabatan Agama Islam Negeri yang menekankan pelajarnya supaya tahu berenang, selain memanah?
Jika renang/sukan suruhan RSAW tidak dimasukkan dalam kurikulum semasa, ini bermakna kita seperti 'puak sekular', yakni memisahkan agama dengan kehidupan. Islam adalah bersepadu, tidak terpisah antara ibadat dan kehidupan. Sukan seperti renang, berkuda, bermain pedang, seni mempertahankan diri adalah sebahagian daripada kehidupan dan disuruh RSAW. Kita mengatakan orang lain sekular, adakah kita tidak sekular? Kita juga sekular jika memisahkan kehidupan dengan ibadat!!! Fikir-fikirkanlah!!!
Kalau di bandar dan anak mampu bersekolah di sekolah swasta, kemungkinan besar renang akan dimasukkan dalam kegiatan ko-kurikulum semasa....Isteri hamba walaupun dah 'besar panjang', peluang di hotel memang selalu hamba gunakan untuk 'ajar' beliau tentang berenang...Sekarang zaman dah berubah, pakaian renang yang menutupi aurat ada di pelbagai tempat. Apa salahnya berbelanja sikit membeli pakaian-pakaian ini untuk mengikut Sunnah RSAW...Dapat atau tidak beliau pandai berenang itu urusan kedua, urusan yang utama adalah ajar...
Begitu juga dengan seni mempertahankan diri...Sejauhmana ilmu persilatan diajar dalam kalangan anak-anak Melayu di sekolah rendah mahupun menengah? Tidak berbanggakah anak-anak kita dengan warisan ilmu mempertahankan diri yang cukup unik dan ampuh ini? Yang hamba terdengar, terdapat negeri yang 'menghalang' silat diajar di sekolah kerana pelbagai sebab. Malang sekali sebahagian anak Melayu hari ini, lebih bermegah dengan tae-kwon-do, karate, jujitsu, ninjutsu, tomoi, MMA, dan lain2nya sedangkan khazanah bangsa itu ditinggalkan!!!
Anak hamba yang kedua, Alhamdulillah dah pandai berenang dan hamba tak benarkan dia ambil ko-k berenang lagi untuk tahun ini. Dan bersyukur ke hadrat Allah, ko-k silat ditawarkan kali pertama di sekolahnya dan hamba suruh beliau ambil ko-k silat. Takpalah belajarlah sikit-sikit, buah sikit-sikit, biar dia kenal akal-budi, asad-resam, seni dan budaya bangsanya. Tidak ada salahnya untuk memperkasakan jatidiri Melayu bagi orang Islam berbangsa Melayu, kerana itu juga 'rahmat Allah'. Adakah kita mahu anak-cucu kita hanya tahu main permainan seni mempertahankan diri dalam PSP, Nintendo, Playstation dan XBox tetapi kaku apabila berhadapan dengan situasi sebenar???
Cukuplah celoteh hamba kali ini. Gambar-gambar seterusnya adalah hambar di hotel tempat hamba berkursus.
Ada lagun buatan di pantai hotel ini
Gambar dirakamkan dari bilik kami menginap
Nak harap hamba sewa sendiri bilik sebegini? Tak perlu...
Sebab dalam setahun paling kurang 4-8 kali hamba akan menginap di hotel atas urusan rasmi...:-)
Rakan hamba kata kualiti hotel ini 'dah merudum'.....
Ada gim tetapi tidak dibuka kepada penginap... 'bermasalah'
Lobi hotel
Kawasan parkir
Masih di lobi utama...
Ada sangkar burung di hotel ini...
Untuk riadah tetapi tiada sambutan
Lagun buatan di kawasan pantai...
Kolem renang untuk dewasa dan kanak-kanak
Tak ada yang menjaga tuala....tanda 'kualiti dah merudum'...
Banyak aktiviti kerja berpasukan yang sesuai di hotel ini
Kolam renang terdedah santapan mata penginap yang makan di restoran
Sarapan pagi....biasa-biasa saja
Bilik air..boleh tahan tapi dari 'perspektif Barat'!!! Masakan tidak pintu bilik mandi adalah berkaca telus!!!
Kamar tidur, hamba dah nak mendaftar keluar ni!
Ruang tamu sebelah kamar tidur...Bilik ini memang luas dan sesuai untuk keluarga cuma persaingan di PD memungkinkan perkhidmatannya 'sedikit bermasalah'...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan