TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 4 Oktober 2012

Ulamak Serba-Boleh : Ibnu Katsir


Sumbert : http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20120925/ba_02/Ulama-serba-boleh



Ulama serba boleh

Tafsir al-Quran al-Karim karya Ibnu Katsir sehingga kini masih digunakan sebagai rujukan.

IBNU Katsir atau nama sebenarnya Imanuddin Ismail bin Umar bin Katsir merupakan seorang ulama yang terkenal dalam ilmu tafsir, hadis, sejarah dan juga fikah.

Beliau mendengar hadis daripada ulama-ulama Hijjaz dan mendapat ijazah daripada al-Wani serta mendapat asuhan daripada ahli ilmu hadis terkenal Syam (Syria), Jamaluddin al-Mizzi, iaitu bapa mentua beliau. Ayah beliau meninggal ketika beliau berusia enam tahun.

Oleh itu, sejak 706 Hijrah / 1306 Masihi, beliau tinggal bersama kakaknya di Damsyik. Di sinilah beliau mulai menuntut ilmu.

Guru pertamanya adalah Burhanuddin al-Fazari, pengamal Mazhab Syafie. Tidak lama selepas itu, beliau berada di bawah pengaruh Ibnu Taimiyah.

Untuk jangka masa yang panjang, beliau menjalani hidup di Syam sebagai seorang yang sederhana dan tidak terkenal.

Popularitinya bermula ketika beliau terlibat dalam penelitian untuk menetapkan hukum terhadap seorang zindik yang didakwa menganut fahaman hulul (syirik). Penelitian itu disaksikan oleh Gabenor Syam, Altunbuga an-Nasiri, pada penghujung 741 Hijrah / 1341 Masihi.

Sejak itu berbagai-bagai jawatan penting disandangnya, sesuai dengan bidang keahlian yang dimilikinya. Dalam bidang ilmu hadis, pada tahun 748 Hijrah / 1348 Masihi beliau menggantikan gurunya az-Zahabi sebagai guru di Turba Umm Salih dan pada 756 Hijrah / 1355 Masihi, beliau diangkat menjadi ketua Dar al-Hadis al-Asyrafiyah, setelah hakim Taqiuddin as-Subki meninggal dunia. Beliau banyak menghasilkan karya dalam ilmu hadis.

Dalam bidang tafsir, pada 1366 beliau dilantik menjadi guru besar oleh Gabenor Mankali Bugha di Masjid Umaiyah, Damsyik. Dalam ilmu tafsir itu juga, beliau mempunyai kaedah tersendiri. Menurutnya, tafsir yang terkenal adalah:

1) Tafsir al-Quran dengan al-Quran sendiri;

2) Apabila penafsiran al-Quran dengan al-Quran tidak diperoleh, maka al-Quran harus ditafsirkan dengan hadis Nabi; menurut al-Quran sendiri, Nabi SAW memang diperintahkan untuk menerangkan isi al-Quran itu;

3) Jika yang kedua tidak diperoleh, maka al-Quran harus ditafsirkan oleh pendapat-pendapat para sahabat, kerana merekalah orang yang paling mengetahui konteks sosial turunnya al-Quran;

4) Jika yang ketiga juga tidak ditemukan, pendapat para tabiin perlu diambil dan diterima pakai.

Karyanya dalam bidang tafsir ini adalah Tafsir al-Quran al-Karim yang dihasilkan dalam 10 jilid. Pengaruh kitab tafsir ini sangat besar dan sehingga sekarang masih banyak digunakan sebagai rujukan. Beliau juga menulis buku berjudul Fada'il al-Quran (Keutamaan al-Quran) yang berisi ringkasan sejarah al-Quran.

Al-Bidayah wa an-Nihayah adalah kitab sejarahnya yang terpenting dan terbesar pengaruhnya. Sejarah dalam kitab ini dapat dibahagi kepada dua bahagian besar: Pertama, sejarah kuno yang menuturkan mulai daripada riwayat penciptaan sehingga masa kenabian Muhammad SAW.

Kedua, sejarah Islam mulai dari masa dakwah Nabi SAW di Mekah sehingga pertengahan abad ke-8 Hijrah. Peristiwa-peristiwa setelah Hijrah disusun berdasarkan tahun kejadian itu.

Dalam bidang fikah, beliau dijadikan tempat perbincangan oleh para penguasa mengenai persoalan-persoalan hukum seperti dalam pengesahan keputusan yang berhubungan dengan rasuah (1358 Masihi) dan untuk mewujudkan persefahaman dan perdamaian setelah terjadinya perang saudara atau Pemberontakan Baydamur (1361 Masihi), serta dalam menyerukan jihad (1368-1369 Masihi).

Dalam hal yang terakhir ini, beliau menulis sebuah kitab yang berjudul al-Ijtihad fi Talab al-Jihad (Ijtihad Dalam Mencari Jihad). Beliau juga menulis kitab fikah yang didasarkan al-Quran dan hadis. Akan tetapi, kitab ini tidak selesai, hanya sampai pada bab Haji dalam bahagian Ibadah. Berkenaan dengan persoalan jihad, beliau banyak memperoleh inspirasi daripada kitab Ibnu Taimiyah, As-Siyasah as-Syar'iyyah (Politik Hukum).

Beliau meninggal dunia beberapa tahun setelah berhasil menyusun kitab al-Ijtihad fi Talab al-Jihad, dan dikebumikan di pemakaman sufi, di sisi makam gurunya, Ibnu Taimiyah.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan