TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Sabtu, 24 November 2012

Makam Raja Segentar Alam dan Sejarah Melayu

Assalamu'alaikum,

Hari ini hari Sabtu, hari berehat. Hamba pernah bersekolah di Kedah sepanjang sekolah rendah dan sewaktu mengikuti pengajian peringkat Matrikulasi dan semasa mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama (sarjanamuda) atau di Indonesia dipanggil S1. Kini, hanya di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang mengekalkan cuti hari Jumaat dan Sabtu. Dahulunya Perlis dan Johor cuti Jumaat dan Sabtu, kini hanya tinggal tiga buah negeri, moga-moga ia terus bertahan sehingga masa yang dinanti-nantikan.  Hamba dengar di Kedah, ada ura-ura untuk tukar cuti seperti negeri lain, tetapi Sultan Kedah tidak bersetuju, Alhamdulillah. Di Kedah, apatah lagi di daerah seperti Kulim dan Sungai Petani yang banyak kilang-kilang antarabangsa. Kilang-kilang antarabangsa ini banyak yang bercuti Sabtu dan Ahad. Ramai juga orang yang di Selatan Kedah yang bekerja di Pulau Pinang, jadi mereka bercuti Sabtu dan Ahad. Jadi anak mereka bersekolah pada hari Ahad, dan mereka pula bercuti hari Ahad. Seorang saudara hamba kerja di Pulau Pinang pun begitu kerana anaknya bersekolah di Kedah.

Sebagai seorang Islam, hamba setuju cuti Jumaat dan Sabtu. Kalau dalam Jata Negata, lima lambang keris mewakili lima negeri Melayu tidak bersekutu iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor. Negeri Melayu Bersekutu ini mempunyai hubungan berbeza dengan British berbanding negeri Melayu bersekutu iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Selangor. Pulau Pinang pula merupakan Negeri Selat, termasuk Dinding di Perak, dan Singapura. Kalau dari sejarah, lima negeri Melayu tidak bersekutu tidak dijajah oleh British dan hanya menerima Penasihat British. Negeri Melayu bersekutu pula menerima Residen British dan kuasa Residen British lebih tinggi daripada Penasihat British. Jadi apabila timbiul polemik sama ada Persekutuan Tanah Melayu benar-benar dijajah oleh British, memang pendapat bahawa Persekutuan Tanah Melayu tidak benar-benar dijajah British ada kebenarannya. Yang benar-benar dijajah adalah Pulau Pinang, Dinding dan Singapura (Negeri-Negeri Selat). Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu paling tidak dijajah (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor). 

Cuma ramai orang awam sekadar baca sejarah sampai Tingkatan 3 atau 5 sahaja. Itupun kalau anda belajar sejarah sampai universiti, maklumat dalam buku sejarah sehingga SPM itu bersifat 'kebenaran relatif'. Banyak sejarah lagi yang disembunyikan atau sengaja tidak didedahkan. Kebenaran sejarah sehingga SPM juga boleh dipertikaikan kerana berdasarkan kajian sarjana-sarjana Barat. Kita harus faham bahawa orang putih, kaum Nasrani ini terkenal dengan mengubah-ubah sesuatu agar sesuai dengan citarasa mereka. Lihatlah kitab Taurat dan Injil yang diselewengkan oleh mereka ini. Begitulah juga dengan sejarah Tanah Melayu, banyak yang diselewengkan untuk kepentingan British. Mereka secara perlahan-lahan menanam dalam minda orang Melayu bahawa orang Melayu bangsa yang ketinggalan, nak buat jarum pun tak boleh dan lain-lain mitos. Beribu-ribu manuskrip sejarah Melayu disimpan di gudang-gudang ilmu di British dan Eropah. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Melaka pun dah ubah sejarah asal Melaka berdasarkan kitab-kitab sejarah Melayu yang pelbagai, daripada bergantung kepada catatan Portugis, Belanda dan British. Apabila Melaka berusia 750 tahun ini (maksudnya bermula Melaka pada tahun 1262), maka kebenaran Sejarah Melayu yang sebenar akan lebih terserlah.

Antara Makam di Bukit Siguntang yang terpenting  adalah Makam Raja Segentar Alam. Seperti hamba katakan dalam posting sebelum ini, banyak versi tentang Raja Segentar Alam.  Ada versi mengatakan beliau saudara kepada Parameswara yang membuka Melaka. Ada versi mengatakan Parameswara itulah Raja Segentar Alam dan berwasiat dimakamkan di Bukit Siguntang apabila meninggal dunia kelak. Ada versi menyatakan  nama asal Raja Segentar Alam adalah Iskandar Zulkarnain Alamsyah yang berasal dari kerajaan Mataram. Ada versi menyatakan beliau bersalasilah dengan Raja Suran, keturunan Iskandar Zulkarnain, yg memerintah Timur dan Barat. Ada versi mengatakan beliau merupakan Raja terakhir Sriwijaya sebelum Sriwijaya menerima Islam. Macam-macam versi dan cerita.

Cuma satu keanehan di Makam Raja Segentar Alam adalah hamba merasa suatu kesyahduan yang pelik dan luar biasa. Rasa mana boleh diceritakan atau digambarkan. Kepelikan dan keanehan 'rasa' itu belum pernah hamba rasai ketika ziarah berpuluh-puluh makam-makam yang lain. Apa sebabnya? Hamba pun tiada jawapannya. Kalau nak tahu kena buat 'kerja sedikit', tapi untuk apa? Hamba masih memikirkan sampai sekarang keanehan 'rasa itu'. Cukuplah setakat ini.  Biarlah gambar-gambar di bawah menceritakan segalanya. Wassalam.


1 ulasan: