TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Rabu, 14 Ogos 2013

Rajshahi Universiti, Rajshahi, Bangladesh

Assalamu'alaikum,

Masih lagi dengan kisah di Bangladesh. Tuan Mangkuk tanya apa cerita hamba ziarah Pak Guru, Tuan Guru Hj Mohd Zuki As-Sujjak di Kuala Nerang pada Hari Raya Aidil Fitri tempohari.  Hamba jawab, nantilah cerita dalam blog. Sebelum cerita dalam blog, kena habiskan cerita yang menunggu slot untuk disiarkan....:-)

Selain makam sufi, kawasan pelancongan, hamba juga ziarah universiti di sini, iaitu Universiti Rajshahi. Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1953, jauh lebih awal dari semua universiti di Malaysia kecuali Universiti Malaya.  Namun, kemajuan dalam 40 tahun kebelakangan ini menjadikan universiti di Malaysia jauhh lebih maju berbanding universiti lain di negara-negara membangun. Sebagai contoh, kalau anda biasa ke Indonesia, mereka punyai lebih banyak universiti yang ditubuhkan sebelum 1970 berbanding Malaysia. Pada awal 1970-an, ramai tenaga akademik dari Indonesia menbur jasa dan budi di universiti-universiti awam di Malaysia. Satu perkara yang perlu dalam realiti semasa adalah kita perlu meningkatkan standard/piawai kita dari semasa ke semasa. Kita tidak boleh berpuashati dengan pencapaian semasa, perlu terus menambahbaik kualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan. Ingatlah konsep penambahbaikan dalam Islam, hadis Nabi SAW yang bermaksud hari ini lebih baik berbanding semalam dan hari esok lebih bak berbanding hari ini. Inilah konsep kualiti dan penambahbaikan yang dianjurkan Nabi SAW lebih 1400 tahun yang lalu. Janganlah bila belajar tentang kaizen, baru nak faham konsep penambahbaikan dan sibuk melihat ke Jepun. Selidikilah khazanah Al-Quran dan Al-Hadis, tidak habis mutiara ilmu yang ada di dalam kedua-duanya.

Bangunan utama

Perpustakaan

Kedai di dalam kawasan universiti


Bilik pensyarah








Sedikit jamuan ringan disediakan untuk rombongan kami





Sempadan universiti ditanda dengan tembok dalam gambar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan