TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 17 Oktober 2013

Masjid Pulau Besar, Melaka

Assalamu'alaikum,

Hamba nak tulis bab ni dah lama, tertinggal sekejap. 30- 31 Ogos 2013, hamba ke Pulau Besar, Melaka sekali lagi. Hajat sebenar adalah untuk membantu seorang rakan menunaikan nazar beliau di Pulau Besar. Nazarnya mudah saja, buat makan-makan sikit dan jamu orang di Pulau Besar selepas beliau lulus Viva dalam pengajian doktor falsafahnya.  Jadinya selepas beliau bank-in duit yang dimaksudkan dalam akaun bank hamba (dah beberapa bulan juga beliau bank-in), hamba pun ke sana. Walaupun agak lama juga beliau masukkan duit itu, hamba belum berkesempatan ke Pulau Besar atas kesibukan semasa. Jadinya pada 30-31 Ogos 2013, hamba cari masa dan lari ke Pulau Besar untuk membantu hajat beliau. 

Hamba pergi bertiga kali ini, iaitu Sheikh Mangkuk dan Tuan Kanjeng Sunan. Mereka ada mengajak hamba ziarah Sang Guru Di Hujung Benua, tapi hamba belum ada 'geraknya'. Hamba kata kalau mereka nak pergi sendiri pun tak apa, akhirnya tak jadi rancangan mereka itu. Sheikh Mangkuk datang ke rumah hamba naik keretapi laju dari Ipoh dan hamba pergi ambil di Stesen Komuter UKM. Tuan Kanjeng Sunan datang bawa kereta sendiri dan kami pergi naik kereta Tuan Kanjeng Sunan. Lagipun beliau muda lagi daripada kami berdua, tenaga masih banyak, tak seperti hamba dan Sheikh Mangkuk yang dah lebih 40 tahun, badan dah berkarat..he3...

Kali ini kami ke Pulau Besar melalui jeti Umbai, Melaka, maksudnya ambil bot laju, tak perlu tunggu masa feri.  Alhamdulillah bila sampai ke Pulau Besar, memang orang tak ramai, agaknya sebab cuti merdeka, orang nak pergi tempat lain.  Selepas solat, hamba jumpa Pak Tam Ramlee, siak di sini dan menyerahkan wang kenduri kesyukuran itu. Dulunya, golongan India Muslim yang 'menguasai' surau Pulau Besar dan menjalankan 'urusan bayar nazar' di sekitar surau. Banyaklah masalah yang berlaku, khususnya berkaitan khurafat dan bidaah. Baca artikel ini sebagai contoh.  Selain itu, berlaku percampuran antara bukan muhrim dalam tempat tidur di sebelah surau, masalah orang bukan Islam tidur di surau, sama ada lelaki atau wanita, yang wanitanya sudah tentu tidak tahu hukum kalau uzur dan 1001 masalah lain. Alhamdulillah, akhirnya Majlis Agam Islam Melaka (MAIK) bertindak dengan mewartakan kawasan sekitar Makam Sultan Arifin, iaitu termasuk surau ini sebagai kawasan di bawah jagaan MAIK. Dengan pewartaan kawasan tanah ini, maka barulah undang-undang dapat dikuatkuasakan dengan lebih baik dan berkesan. Maka tempat tidur sebelah surau dirobohkan, orang bukan Islam tidak dibenarkan tidur di surau,  Makam Sultan Arifin kuncinya dipegang oleh kakitangan MAIK, kawasan Makam Sultan Arifin dipagar, Jawatankuasa Surau dibentuk dengan dianggotai oleh AJK dari JKK Masjid Kampung Pernu, itu antaranya. Setelah ini berlaku, golongan India Muslim ini 'berpindah' ke makam Tujuh Beradik dan menjalankan 'aktiviti' mereka dari sana. 

Pak Tam Ramlee merupakan siak yang dilantik oleh JKK Surau. Memandangkan Surau perlu menyediakan alternatif untuk orang Islam yang nak bayar nazar di Pulau Besar (dahulunya disediakan oleh golongan India Muslim yang kini berpindah ke Makam Tujuh Beradik), maka beliau menguruskan urusan kenduri kesyukuran ini. Anda hanya perlu menyediakan wangnya, beri pada beliau, pihak Surau akan kendalikan semuanya sampai hidangan siap untuk dimakan oleh pengunjung Pulau Besar. Setelah menyerahkan wangnya pada beliau dan nama serta nombor telefon empunya diri itu, maka kami bertiga ke belakang Pulau. Hamba bawa Sheikh Mangkuk dan Tuan Kanjeng Sunan singgah tengok Perigi Nenek Kebayan, kemudian terus ke Gua Yunus...Pancit juga Sheikh Mangkuk dan Tuan Kanjeng Sunan sebelum sampai ke Gua Yunus...he3... Setelah itu, kami kembali ke pantai di belakang pulau dan mandi-manda. Hamba memang suka mandi  di pantai belakang pulau kerana airnya lebih jernih dan pantainya lebih cantik. 

Selepas selesai urusan solat di surau, kami ziarah Makam Sultan Arifin. Sebelum itu, hamba nak maklumkan dua perubahan besar di Pulau Besar.  Yang pertamanya, satu pusat pengajian tahfiz telah dibuka di kawasan Resort Putera.  Resort Putera merupakan sekelompok resort berdekatan dengan jeti Pulau Besar. Ada jutawan yang melaburkan wangnya untuk membaiki dan menjadikan resort ini pusat tahfiz.  Alhamdulillah, idea pusat tahfiz pernah hamba utarakan dalam artikel sebelumnya pada bulan September 2011.  Ada 4 orang guru tahfiz di sini dengan murid dekat-dekat 40 orang juga.  Setiap dua minggu, selepas solat Jumaat, guru dan anak murid ini akan kembeli kepada keluarga masing-masing di Tanah Besar sehingga Ahad petang. Semoga mereka berjaya dan menjadi pendakwah yang hebat. 

Perubahan kedua adalah apabila adanya pusat tahfiz ini, maka surau Pulau Besar 'telah dinaiktaraf' sebagai masjid. Maka Solat Jumaat telah didirikan semula di Pulau Besar, Melaka. Pada 30 Ogos itu, solat Jumaat ke??? telah didirikan di Pulau Besar.  Ini dua perubahan besar dan positif yang berlaku di Pulau Besar. Kerajaan negeri Melaka juga telah melancarkan projek pembekalan tenaga elektrik ke Pulau Besar yang dijangkakan siap dalam masa tiga tahun. Hamba harap projek ini tidak terbengkalai dan lebih banyak 'projek agama' dimasukkan ke Pulau Besar, bukannya projek pelancongan.  

Berbalik pada urusan kami bertiga, Sheikh Mangkuk bawakan ziarah kami dengan tahlil dan lain-lain. Lepas itu ada 'projek rahsia' dengan mereka berdua di depan Makam, sambung semula dengan bersembang sampai ke 1 pagi rasanya sebelum bangun semula esoknya.  Esoknya selesai bersarapan pagi, kami bertolak balik ke Tanah Besar. Perancangan setakat ini adalah hamba sekeluarga akan berkhemah di Pulau Besar pada 20-22 Disember 2013 nanti, 3 hari 2 malam. Atuk Lampir sekeluarga, Insya-Allah akan turut serta, Tuan Kanjeng Sunan kata nak datang seorang saja, Sheikh Mangkuk belum pasti. Moga-moga Allah Taala menjadikan perancangan kami ini satu kenyataan.  Otai-otai tasawuf yang lain dijemput bersama untuk beriadah bersama keluarga sambil menyambung silaturrahim, bertukar dan berkongsi ilmu dan fikiran tentang tasawuf secara santai.  Wassalam.

3 ulasan:

  1. assalamualaikum tuan, kalau kita ada hajat mcam sahabat tuan perlu ke pergi ke pulau besar?

    BalasPadam
  2. Wa'alaikummussalam AS,

    Sebaik2nya, kalau tak dapat, cari kawan yg boleh .

    MQAH

    BalasPadam
  3. hi ada nombor tipon imam pulau besaq

    BalasPadam