TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 24 Ogos 2015

Masjid Negeri Perak di Ipoh, Perak

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, hamba berkesempatan mengakhiri siri ziarah ke Masjid-Masjid Negeri di Malaysia. Masjid terakhir merupakan Masjid Negeri Perak di Ipoh. Hamba dalam perjalanan ke Utara tanahair, dari Bangi. Kami singgah juga sebab ini masjid terakhir dalam siri ini. Sebelum ini dah singgah dalam siri ziarah sebelum tahun 2006. Selepas ini tinggal Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Jamek KL dalam diari hamba. Hamba berkesempatan Solat Maghrib dan Isyak di sini.  Solat Maghrib diadakan di tingkat atas, manakala Solat Isyak di tingkat bawah, sama seperti kunjungan hamba beberapa tahun sebelum ini.  Masjid lain yang terkenal di Perak adalah Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar. Insya-Allah, ada rezeki akan singgah. Wassalam. 














Gambar berikutnya dari internet







sumbe: https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Sultan_Idris_Shah_II,_Ipoh
Masjid Sultan Idris II merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah IpohPerak.[1]
Masjid ini terletak berhampiran Stesen keretapi Ipoh, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Mahkamah Syariah serta Mahkamah Tinggi Ipoh dan stesen bas Ipoh.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid Sultan Idris Shah II telah dirasmikan pada 15 September 1978 oleh Sultan ldris Iskandar Shah II (1963-1984), Sultan yang ke-33, sempena dengan perayaan ulangtahun hari keputeraan baginda yang ke-33. Ianya terletak di atas sebidang tanah seluas kira-kira 2.6 hektar di tengah- tengah bandaraya Ipoh. Kerja-kerja pembinaan masjid tersebut telah dimulakan pada 16 Mei 1966, dan batu asas telah diletakkan pada 27 Oktober 1967 oleh (Allahyarham) Tun Haji Abdul Razak, pada ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Masjid ini telah siap dibina pada 26 Ogos 1968.
Pada mulanya, masjid ini dinamakan sebagai 'Masjid Negeri (Perak)' dan telah digelarkan 'Masjid Sultan Idris Shah II' sempena nama Sultan Idris Iskandar Shah II yang telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1984.
Idea pembinaan masjid ini berasal daripada (Allahyarham) Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Abdul Wahab pada tahun 1951. Beliau yang pada ketika itu adalah Menteri Besar telah sedar bahawa masjid-masjid yang sedia ada di lpoh tidak mencukupi untuk memuatkan semua jemaah yang menunaikan ibadah pada satu-satu masa seperti hari kebesaran Islam dan ibadah sembahyang Jumaat. Jumlah kos perbelanjaan pembinaannya ialah RM1,840,000.00.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan