TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Sabtu, 27 Ogos 2016

Ayat-Ayat Mutasyabihat

1. Al-Imam Al-Jalil Muhammad Abu Zuhrah رحمه الله تعالى salah seorang ulama besar Al-Azhar menjelaskan perbezaan manaahij akidah di dalam kitab beliau Zuhratul Tafaasir berkaitan dengan ayat mutasyabihah.

2. Saya hanya menyebut point-point penting dan untuk keterangan lanjut sila rujuk screenshot kitab di bawah.

3. Berkata Imam Abu Zuhrah seperti tersebut di dalam kitabnya : Majoriti para ulama' berpandangan ayat-ayat sifat yang membawa kesamaran Allah menyerupai makhluk termasuk di dalam ayat mutasyaabihah seperti fiman Allah yang bermaksud "Tangan Allah di atas tangan mereka" "Allah bersemayam di atas arash" "Semua akan akan hancur binasa kecuali wajah Allah".

4. Majoriti para ulama mengatakan golongan salaf menyerahkan makna kepada Allah SWT dan mereka berkata "kami beriman semua dari sisi Tuhan kami".

5. Adapun ulama khalaf mereka mentakwilkan maknanya dengan mengatakan tangan dengan makna qudrah, bersemayam dengan makna menguasai, muka dengan makna zat dan sebagainya yang dikira ayat-ayat mutasyyaabihah.

6. Mereka yang menafikan ayat-ayat sifat sebagai ayat mutasyaabihah terbahagi kepada tiga minhaj ;

i) Minhaj Ibn Hazm رحمه الله تعالى yang mengatakan ayat sifat bukan ayat mutasyaabihah tetapi ia nama-nama bagi zat Allah. Tangan adalah kinayah bagi zat Allah. Begitu juga wajah. Istawa adalah kinayah kepada perbuatan zat.

ii) Minhaj Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى ialah ayat mutasyaabihah adalah penggunaan majazi di dalam bahasa arab yang masyhur dan bukan takwil. Beliau memberikan contoh "Pemerintah meletakkan tangannya di atas negara" dan difahami oleh semua orang arab ia bermaksud pemerintah memerintah negara dan menguasainya. Pandangan Imam Ghazali memberi faedah bahawa tidak perlu ditakwil kerana boleh difahami berdasarkan bahasa arab itu sendiri akan tetapi wajib menyerahkan makna kepada Allah selepas memahaminya secara zahir.

iii) Minhaj Ibn Taimiyyah رحمه الله تعالى berpandangan ayat sifat mutasyaabihah adalah makna zahir. Beliau berkata "Allah ada tangan yang tidak sama dengan tangan kita" "Allah ada muka yang tidak sama dengan muka kita". Maknanya ialah makna hakikat. Beliau mengatakan ini adalah mazhab salaf dan satu kelompok daripada mazhab hanbali mendakwa ini adalah minhaj Imam Ahmad رحمه الله تعالى akan tetapi ditolak oleh Imam Ibn al-Jauzi al-Hanbali dan mengingkari ia adalah minhaj Imam Ahmad Bin Hanbal.

7. Imam Ibn al-Jauzi berkata : "Aku melihat sebahagian daripada ashab kami (ulama mazhab Hanbali) mereka yang bercakap pada usul (akidah) yang tidak betul dan aku melihat mereka telah turun kepada level orang awam. Mereka menanggung sifat dengan maksud hissi (jisim) maka mereka menetapkan Allah ada muka sebagai sifat bagi zat. Sesungguhnya mereka telah mengambil makna zahir pada nama-nama dan sifat-sifat Allah. Tidak ada dalil bagi mereka daripada Al-Quran dan As-Sunnah dan daripada dalil akal. Mereka tidak berpaling kepada nas-nas yang memalingkan daripada makna zahir".

8. Daripada keterangan ini, jelaslah akidah golongan Wahhabi adalah berdasarkan kepada kefahaman Ibn Taimiyyah bukanlah salaf yang sebenar. Maka dakwaan mereka di atas perjalanan salaf dan Imam Ahmad adalah dakwaan yang dusta sepertimana penjelasan Imam Besar Mazhab Hanbali iaitu Imam Ibn al-Jauzi.

9. Kembalilah kepada akidah salaf yang sebenar iaitu dengan minhaj tafwidh (menyerahkan makna kepada Allah) bukan menetapkan makna zahir seperti minhaj Ibn Taimiyyah yang membawa kesamaran Allah menyerupai makhluk.

والله تعالى أعلم

Pejuang Akidah Salaf,
Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Universiti Al-Azhar Mesir
Sabtu, 21 Jun 2016
Miri, Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan