Assalamu'alaikum,
Setelah selesai urusan di Masjid Pengkalan Rama, hamba meneruskan perjalanan ke Masjid Kampung Hulu, Melaka. Perjalanan tanpa masalah trafik mengambil masa dalam 7-12 minit sahaja. Masjid Kampung Hulu boleh dikatakan masjid paling terkenal dalam kalangan mereka yang terlibat dengan perubatan tradisional, perubatan Islam di Tanah Melayu. Air kolahnya sering diambil orang untuk tujuan perubatan, begitu juga dengan air periginya. Akan hamba sendirinya pernah mengambil air kolahnya untuk tujuan perubatan.
Masjid ini dikatakan antara masjid paling lama di Malaysia yang berdiri di atas tapaknya yang asal dan senibina dalamannya masih dikekalkan. Sebenarnya masjid ini bukan masjid paling tua di Malaysia, ada lagi masjid lain, kena carilah kalau nak tahu. Masjid ini dibuka 24 jam, sentiasa menerima pengunjung untuk beribadat dan lain-lain tujuan. Kawasan parkir masjid boleh memuatkan 15-20 buah kenderaan. Antara yang menarik yang menjadi perhatian kepada pengunjung amnya dan ahli tasawuf/kerohanian adalah kedapatan Makam Sheikh Abdullah al-Hadad di sekitaran masjid ini. Berbeza dengan Makam Tuan Tulis dan Masjid Lama Jemapoh, tiada tanda peringatan untuk mereka yang 'bertujuan serong' di kawasan masjid ini.
Pengalaman hamba sekeluarga yang boleh dikongsi tentang masjid ini adalah terdapat seorang Wali Allah wanita yang kami sering berjumpa apabila berkunjung ke masjid ini. Beliau ini kategori Mazjub, dianggap 'kurang betul' oleh orang ramai dan selalu menyibukkan dirinya membasuh bilik air wanita dan membersihkan ruang solat wanita dalam masjid ini, selain bersolat apabila masuk waktunya. 'Doa Wali Allah Wanita' ini antaranya yang 'membolehkan' hamba kembali ke Malaysia selepas mengerjakan haji di Tanah Suci pada tahun 2004/2005. Kalau tak balik, 'menetap di Mekah' lah hamba. Kekeramatan beliau terzahir apabila beliau memberitahu penyakit dan ubatnya kepada saudara-mara sebelah isteri yang mengikuti ziarah kami ke masjid ini suatu ketika dahulu. Memanglah beliau ini pelik sikit pada zahirnya, cuma jangan kita menilai manusia pada aspek zahirnya sahaja...Moga-moga hamba berjumpa lagi beliau pada masa hadapan. Dalam perjalanan hamba di atas jalan ketuhanan, beliau merupakan satu-satunya Wali Allah Wanita yang hamba temui di luar lingkungan dan rangkaian semasa...
Mimbar Masjid Kampung Hulu
Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Dibina dalam tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum Cina. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kampung_Hulu)
Pemandangan bumbung masjid
Masjid ini dibina oleh oleh penduduk-penduduk tempatan dengan pembiayaan Belanda semasa penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (singkatannya V.O.C.). Masjid ini dibina adalah kesan daripada perubahan dasar oleh pemerintah Belanda, yang mengutarakan dasar kepelbagaian pegangan agama. Sebelum kedatangan kaum Belanda pada tahun 1624, penjajah Portugis telah, sejak tahun 1511, memusnahkan peninggalan rumah-rumah ibadat bukan Kristian di Melaka. Antara yang dimusnahkan oleh Portugis adalah masjid yang pertama dibina di Melaka, yang kononnya terletak bertentangan dengan tapak Stadhuys sekarang. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kampung_Hulu)
Pemerintah Belanda telah menugaskan Kapitan untuk mengetuai penduduk tempatan dalam pembinaan tempat ibadat mereka, Dato' Samsuddin Bin Arom, seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam, [1] ditugaskan pemerintah Belanda untuk membina Masjid Kampung Hulu. Binaan asal kemudiannya diperbaiki oleh Sheikh Al Omar bin Hussain Al-Attas.
Penjajah Belanda juga menggalakkan kepelbagaian budaya di kalangan penduduk, dan ciri-ciri senireka masjid dari tanah Jawa telah dimasukkan di dalam senireka Masjid Kampung Hulu. Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid. Ruang di antara lapisan-lapisan bumbung ini membolehkan kemasukan udara dan cahaya ke dalam masjid. Mereka percaya bahawa lapisan paling atas bumbung masjid bererti `iman manusia kepada tuhan’, lapisan kedua, `hubungan manusia dengan manusia’ dan ketiga membawa maksud `alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta’ (http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kampung_Hulu)
Dari pintu masjid
Struktur bumbung disokong oleh 4 tiang seri di tengah-tengah masjid, yang kemudiannya membawa kepada tiang-tiang penyokong yang lain. Walaupun senireka masjid ini dipengaruhi oleh senireka Jawa, Masjid Kampung Hulu tidak dibuat daripada kayu seperti masjid-masjid di Jawa, sebaliknya dibuat menggunakan bata dan batu. Masjid ini juga mempunyai tembok rendah yang memagarkan kawasan masjid (http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kampung_Hulu)
Alhamdulillah, kawasan solat terang dengan lampu yang dipasang
Seperti banyak masjid yang dibina di Melaka pada zaman itu, hiasan dengan pengaruh Cina digunakan untuk menghiasi masjid ini. Bahan-bahan seperti jubin seramik dan jubin lantai daripada kerajaan China Dinasti Ching juga digunakan. Motif-motif menghiasi tepian kubah masjid. Menara batu menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu, dan dipengaruhi oleh rekabentuk pagoda orang Cina. Ukiran dan seni bina masjid menggunakan faktor alam semulajadi. Pengaruh tumbuh-tumbuhan menjadi kriteria utama seni bina dan ukiran pada bahagian dinding dan bumbung masjid-masjid berkenaan. Pada hujung bumbung terdapat ukiran berkonsepkan sulur bayur, mahkota dan awan larat. Masjid ini adalah antara 777 bangunan bersejarah disenaraikan oleh Archnet. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kampung_Hulu)
Jubah untuk pengunjung tetapi pengunjung bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan solat utama
Pengiktirafan pihak kerajaan
Air kolah yang sering diambil pengunjung untuk pelbagai kegunaan
Tidak banyak masjid masa kini yang memiliki kolah untuk tujuan berwudhuk. Air kolah sememangnya ada kegunaan tersendiri untuk tujuan perubatan Islam. Tanyalah pada ahlinya jika hendak tahu
Kolah dari sisi yang lain
Perigi ini belum ditutup/dikambus
Hadapan masjid
Kelihatan dua buah meriam
Pintu pagar masjid
Pemandangan dari depan
Menara masjid sebegini adalah lumrah bagi masjid lama di Melaka
Masjid dari sudut yang lain
Kunjungan hamba ke masjid ini adalah kali ke sekian kalinya, dah banyak kali dah...:-)
Kawasan perkuburan lama sekitar masjid
Keterangan dan maklumat di sini perlu diperbaharui jika kita ingin menjadi destinasi pelancongan sejarah
Pintu pagar masjid
Pemandangan dari depan
Menara masjid sebegini adalah lumrah bagi masjid lama di Melaka
Masjid dari sudut yang lain
Kunjungan hamba ke masjid ini adalah kali ke sekian kalinya, dah banyak kali dah...:-)
Kawasan perkuburan lama sekitar masjid
Keterangan dan maklumat di sini perlu diperbaharui jika kita ingin menjadi destinasi pelancongan sejarah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan