Assalamu'alaikum,
Di dalam perkarangan masjid terdapat makam Sayyid Abdullah Al-Haddad, seorang guru agama yang terkenal yang dianggap ramai sebagai Wali.
Alhamdulillah, selepas Makam Tuan Tulis, Makan Sheikh Said Linggi dan Makam Sultan Abdul Samad, ini merupakan Makam keempat yang diziarahi dalam satu perjalanan yang tidak diketahui penghujungnya. Dikatakan orang bahawa Masjid Kampung Hulu 'terkenal' kerana terdapat makam Sheikh Abdullah Al-Haddad di dalamnya. Yang pasti, memang kedapatan makam di perkarangan masjid sepertimana gambar di atas dan di bawah. Selesai urusan di Makam ini, hamba meneruskan perjalanan ke Masjid Kampung Keling, dalam 3-5 minit berjalan kaki dari Masjid Kampung Hulu.
Petikan Kisah Sayyid Abdullah Al-Haddad dari merahsilu.blogspo.com
Diceritakan juga, pada satu hari Sayyid Abdullah masuk ke bilik air pada masa yang sama dengan beberapa orang anak murid. Tiba-tiba beliau ghaib, tidak dapat ditemui. Yang peliknya, apabila anak muridnya keluar bilik air, tiba-tiba juga Sayyid Abdullah muncul keluar bersama. Apabila ditanya ke mana dia menghilang, jawab Sayyid Abdullah beliau ke Mekah untuk menolong memadamkan kelambu Ka'abah yang terbakar!
Penjaga masjid kemudian menyebut Sayyid Abdullah inilah yang menyusun kumpulan wirid dan zikir terkenal, Ratib Al-Haddad. Untuk pengetahuan, ada dua jenis wirid, juga disebut Ratib yang sangat berpengaruh di kalangan orang Arab, terutama golongan ‘Habaib’ (para Sayid keturunan Nabi Muhammad SAW) yang datang ke dunia Melayu. Pertama adalah Ratib Al-Haddad, kedua Ratib Al-Attas. Kedua-dua amalan yang disusun berdasarkan ayat-ayat al-Quran, doa, selawat, istighfar dan sebagainya dapat menenangkan jiwa, memberi keberkatan malah mendapatkan fadhilat yang kadang-kadang mencarik adat.
Saya terdiam panjang. Kalau kata-kata ini benar, maka Sayyid Abdullah yang dimakamkan di Masjid Kampung Hulu memang seorang ulamak malah wali besar. Tetapi kemudian baru saya teringat, Sayyid Abdullah yang meyusun Ratib Al-Haddad wafat di Yaman tahun 1720 sedangkan Sayyid Abdullah di masjid ini hidup lagi pada awal 1800an. Apapun, Sayyid Abdullah di Masjid Kampung Hulu tetap merupakan insan yang sangat istimewa
sumber: http://merahsilu.blogspot.com/2008/11/cerita-projek-buku-masjid-masjid.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan