Assalamu'alaikum,
Pada bulan April yang lalu, hamba menghadiri satu seminar di Johor Bahru. Menaiki penerbangan MAS dari KLIA dan sampai di JB dalam 40 minit, hamba hanya bermalam semalam di JB dan terpaksa kembali semula ke rumah pada hari berikutnya memandangkan banyak kerja perlu diselesaikan. Dalam menunggu perjalanan balik ke KLIA, hamba sempat ambil beberapa gambar di LTAB Senai. Untuk makluman pembaca, LTAB Senai merupakan satu-satunya lapangan terbang tempatan (kategori skala besar) yang tidak diuruskan oleh Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) di mana ia diuruskan oleh sebuah syarikat yang bergabung di bawah Kumpulan Perniagaan yang memiliki Pelabuhan Tanjung Pelepas, yang mana tidak begitu jauh dari LTAB Senai. Hamba paparkan sedikit gambar yang diambil. Cuma hamba agak kecewa kerana surau disediakan di tingkat bawah tanah dan papan tanda tidak banyak disediakan untuk menunjukkan lokasi surau. Bagi orang tua, agar sukar pergi ke surau di tingkat bawah tanah. Surau yang disediakan yang sama paras dengan kawasan bertolak adalah surau sementara yang ada gambarnya di bawah.
Dalam banyak jenama antarabangsa, ada juga satu jenama tempatan dan menjual kuih tempatan
Surau ada di tingkat bawah dan ini surau sementara yang disediakan kerana 'musim umrah sudah bermula'. Surau sepatutnya disediakan di tempat strategik dan 'mempunyai nilai tambah yang tinggi' kerana Solat adalah wajib bagi Muslim.
al-ikhsaN milik Bumiputera Muslim...Muslim boleh berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan dan al-ikhsaN merupakan salah satu contoh bidang perniagaan yang jarang diceburi oleh usahawan Muslim di Malaysia
MPH asalnya milik bukan Muslim dan kini dimiliki oleh usahawan Muslim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan