Assalamu'alaikum,
Selepas Masjid Kuah dan Masjid A'shah, hamba menuju ke Masjid Kampung Ulu Melaka. Mengapa Masjid Kampung Ulu Melaka? Kerana semasa kegemilangan Tamadun Melayu Melaka di Asia Tenggara dari abad ke 13 sehingga jatuhnya Melaka di abad ke-15, inilah Hulu Melaka. Di mana hilirnya, Hilir Melaka? Hilir Melaka di negeri Melaka sekarang, iaitu di Kampung Hilir, Melaka.... Itulah Melaka, bukan sebuah negeri kecil seperti sekarang. Kalau tidak masakan Selat terpanjang di dunia iaitu Selat Melaka yang terbentang dari Utara Pulau Langkawi sehingga ke hujung benua Asia itu dinamakan Selat Melaka...Dinamakan Selat Melaka kerana itulah Melaka pada zaman kemuncaknya...Carilah maksud kata-kata hamba itu. Kampung Ulu Melaka di Pulau Langkawi, yang memiliki 99 buah Pulau, bersamaan dengan 99 nama-nama Allah, apakah misterinya yang belum dirungkai? Pulau Langkawi sendiri ada tuahnya dan rahsianya, begitulah juga dengan Kampung Ulu Melaka ini. Kampung ini sudah begitu lama didiami dan masjid ini dudah dinaiktaraf menjadi sebuah Masjid baru. Tapaknya masih lama, tak dapat tengok yang lama pun tak apa, kerana tapaknya masih lama. Masjid Nabawi, Masjdil Haram adalah masjid baru tetapi tapaknya adalah tapak lama....faham-fahamkan.... Ini masjid terakhir hamba menyelesaikan urusan yang belum selesai.
Ruang solat wanita
Mimbar masjid
Ada cawangan Maktab Mahmud di sini
Masjid ni adalah masjid yg pertama d langkawi..
BalasPadam