TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 28 Mei 2017

KENAPA ISTAWA TIDAK DITERJEMAH KEPADA 'BERSEMAYAM'?

KENAPA ISTAWA TIDAK DITERJEMAH KEPADA 'BERSEMAYAM'?

HAZA jawab:
Perkataan Istawa' merujuk kepada pada ayat:
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى [طه:5]

Ayat ini merupakan ayat mutasyabihah seperti yang disebutkan pada ayat:

هُوَ الَّذِيْ اَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتبَ مِنْهُ ايتٌ مُحْكَمتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتبِ و اُخَرُ مُتَشبِهتٌ
"Dialah yang telah menurunkan Al-Qur’an kepadamu, diantaranya ada ayat-ayat muhkamat yang merupakan induk dan lainnya mutasyabihat." (Ali Imran: 7)

Imam Al-Khatabi menjelaskan mengenai ayat dengan katanya:
هذه الآية مشكلة جداً وأقاويل المتأولين فيها مختلفة
"Ayat ini sangat sukar, dan pendapat ahli takwil mengenainya berbeza-beza" ('Ilaam Al-Hadith, 3/1824)

Maka, dapat ayat al-Quran terbahagi kepada dua iaitu:
i)  Muhkam (Tetap)
ii) Mutasyabihat (Samar)
- - - - - - - - - -
Apakah takrifannya?

HAZA jawab:
i)  Muhkam : Suatu ayat yang maksudnya dapat diketahui dengan jelas berdasarkan lafaznya serta mudah difahami.
ii) Mutasyabihat : Suatu lafaz yang maksudnya samar, tidak jelas dan sukar difahamk kerana mengandungi tafsiran yang berbeza-beza.

Manakala, Syeikh Manna' Al-Qathan memberi takrifan ringkas iaitu:
المحكم : ما لايحتمل إلا وجها واحدا
والمتشابه : ما احتمل أوجها
"Al-Muhkam: Perkara yang difahami dengan satu makna sahaja."
"Al-Mutasyabih: Perkara yang difahami dengan beberapa makna"

Oleh itu, jelaslah bahawa ayat Mutasyabihah mengandungi makna yang samar-samar kerana terdapat kepelbagaian makna atau disebut sebagai المشترك اللفظي (Perkongsian lafaz).
- - - - - - - - - -
Apakah maksud Al-Musytarak Al-Lafdzi?

HAZA jawab:
Sedikit pengenalan mengenai Al-Musytarak Al-Lafdzi, takrifannya di sisi Imam Abu Ali Al-Farisi ialah:
اتفاق اللفظين واختلاف المعنيين
"Dua lafaz yang bersepakat (sama) tetapi berbeza pada makna" (Al-Mukhashah, 259)

Maka, berinteraksi dengan ayat Mutasyabihah adalah berbeza dengan ayat Muhkam. Hal ini disebabkan Allah telah menyatakan kepada kita ayat Al-Quran ada dua jenis. Apabila terdapat dua jenis, maka sudah tentu ada perbezaan pada cara memahami dan cara kita berinteraksi dengan keduanya.

Sepertimana Allah berfirman mengenai الصيام maka kita boleh terus fahami sebagai 'Puasa'. Manakala apabila Allah berfirman mengenai استوى kita tidak boleh terus fahami sebagai 'Bersemayam'. Hal ini kerana perbezaan pada konsep ayat.
i) الصيام adalah ayat Muhkamah
ii) استوى adalah ayat Mutasyabihah
- - - - - - - - - -
Bagaimanakah cara berinteraksi dengan ayat Mutasyabihah?

HAZA jawab:
Dalam berinteraksi dengan ayat Mutasyabihah, ada dua cara yang diamalkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu:
i) Salaf : Tafwidh (التفويض) iaitu serah maksudnya kepada Allah.
ii) Khalaf : Takwil (التأويل) menurut Al-Imam Al-Jurjani ialah memalingkan makna zahir kepada makna lain yang masih dapat dikandungnya, yang sesuai dengan Al-Quran dan As-Sunnah (At-Ta‘rifât, 50).

Oleh itu, kalimah Istawa difahami seperti berikut:
i) Salaf (التفويض): Dikenali sebagai التأويل الأجمالى
* Beriman dengan kalimah Istawa daripada Al-Quran
* Kemudian diserah maksudnya kepada Allah tanpa meletakkan sebarang makna.

ii) Khalaf (التأويل): Dikenali sebagai التأويل التفصيلي
* Beriman dengan kalimah Istawa daripada Al-Quran
* Kemudian ditakwilkan kepada Istaula (استولى) yang bermaksud menguasai.
- - - - - - - - - - -
Kenapa ulama Khalaf mentakwil kepada Istaula?

HAZA jawab: Telah dijelaskan oleh Imam Az-Zabidi di dalam kitabnya Tajul Arus syarhul Qamus:

قالَ الرَّاغبُ : ومَتَى ما عُدِّي بعلى اقْتَضَى مَعْنى الاسْتِيلاءِ كقوْلِه ، عزَّ وجلَّ : { الرَّحْمن على العَرْشِ اسْتَوى } ؛ ومنه قَوْل الأَخْطَل أَنْشَدَه الجوهرِيُّ : قَدِ اسْتَوَى بِشْرٌ على العِرَاق ... ] .

"Dan berkata Ar-Raghib (dalam kitab Al-Mufradat): Dan ketika Istawa mutaadi dengan huruf 'Ala maka makna yang ditentukan ialah Istiila', seperti firman Allah:  (Ar-Rahman alal arsyi istawa), dan di antaranya adalah perkataan Al-Akhthal yang disyairkan oleh Al-Jauhari; (Telah menguasai Bisyr atas negara Iraq)"

Secara ringkasnya, Istawa dimaknakan dengan Istaula kerana kalimah Istawa (استوى) telah didahului kalimah Ala (على).

Selain itu, Istawa juga mempunyai beberapa maksud seperti:
a) اعْتَدَلَ : lurus
b) صعد : menuju
c) ظهر : jelas
d) الرَّجُلُ : lelaki
e) التمام : lengkap @ sempurna
f) جلس : duduk  @ bersemayam
g) استقر : menetap
h) نضج : Telah masak
i) قهر : Mengerasi
j)  ملك و استولى : Memiliki dan Menguasai

Berdasarkan sepuluh makna ini, hanya dua sahaja yang layak dinisbahkan kepada Allah iaitu:
i) Mengerasi (القهر) kerana antara nama Allah ialah Al-Qahar (القهار).
ii) Menguasai (استولى) kerana antara nama Allah ialah Al-Malik (الملك).
- - - - - - - - -
Bolehkah mentakwil ayat Al-Quran?

HAZA jawab:
Dibolehkan berdasarkan hadis riwayat Ibnu al-Mundziri:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي قَوْلِهِ :(وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيْلَهُ اِلاَّ اللهُ وَ الرَّاسِخُوْنَ فِى الْعِلْمِ) قَالَ: اَنَـامِمَّنْ يَعْلَمُوْنَ تَـأْوِيْـلَهُ.(رواه ابن المنذر)

"Dari Ibnu Abbas tentang firman Allah: 'Dan tidak mengetahui takwilnya kecuali Allah dan orang-orang yang mendalam ilmunya'. Berkata Ibnu Abbas: 'Saya adalah di antara orang yang mengetahui takwilnya."

Sesiapa yang mengkafirkan orang yang mentakwil ayat Al-Mutasyabihah maka dia telah mengkafirkan para Imam seperti Imam Nawawi dan Imam Suyuthi. Bahkan dia telah menkafirkan sahabat Nabi iaitu Ibnu Abbas.
- - - - - - - - - - -
Bolehkah tidak takwil?

HAZA jawab:
Boleh kerana itu adalah cara ulama Salafussoleh berinteraksi dengan ayat Mutasyabihah seperti kata Imam Ibnu Suraij (penerus manhaj Salaf, w.306)

ولا نترجم عن صفاته بلغة غير العربية ونسلم الخبر الظاهر والآية لظير تنزيلها

"Dan kami tidak menterjemahkan sifat-sifat Allah dengan selain bahasa Arab serta kami serahkan (tafwidh) khabar yang zahir dan ayat-ayat kepada zahir diturunkannya (nash-nash sifat)."

Inilah aqidah Salafussoleh yang sebenar. Mereka tafwidh, serah makna kepada Allah tanpa sebarang terjemahan atau penentuan makna.

Apabila nash al-Quran sebut istawa,mereka katakan istawa. Apabila nash al-Quran sebut Yad, mereka katakan Yad. Tanpa sebarang definisi dan penjelasan. Mereka menafikan tasybih (penyamaan dengan makhluk) dan tajsim (menjisimkan Allah).
- - - - - - - - - -
Bagaimana pula jika seseorang menterjemahkan ayat Mutasyabihah?

HAZA jawab:
Orang yang menterjemahkan ayat Mutasyabihah secara zahir adalah orang jahil.

Kita sudah memahami bahawa Muhkam dan Mutasyabihah adalah berbeza. Penterjemahan zahir adalah kaedah pada Muhkam, bukan untuk Mutasyabihah.

Di akhir zaman ini, wujud manusia yang 'melabelkan' diri sebagai golongan Salaf. Sedangkan mereka adalah golongan SALAH.
* Salaf Tulen mereka mengamalkan Tafwidh.
* Salaf Palsu pula mengamalkan Tathbit.

Tathbit ialah kaedah mengithbatkan (menetapkan) zahir makna. Seperti kalimah Yadd diithbatkan kepada 'tangan'. Dan kalimah Istawa diithbatkan kepada 'menguasai'.

Mereka ini juga dikenali sebagai golongan yang beramal dengan 'Takwil yang menyalahi syarak' (التأويل يخرق الشرع). Kenapa dikatakan begitu?

Sebagai contoh, kalimah Istawa mempunyai beberapa makna, antaranya sepuluh yang disenaraikan di atas.

i) Salaf : Mereka menyerahkan maknanya kepada Allah.

ii) Khalaf: Mentakwilkan dengan dua makna yang layak bagi Allah iaitu Istaula (Menguasai) dan Qahara (Mengerasi).

iii) Salaf palsu: Mentakwilkan dengan makna yang tidak layak bagi Allah iaitu Jalasa (duduk/bersemayam).

Mereka dakwa, mereka beramal dengan Tafwidh. Sedangkan mereka telah menentukan makna kepada Istawa. Mereka telah menentukan makna Istawa iaitu bersemayam. Maka jelas bahawa mereka bukan Salaf tetapi golongan SALAH.

Pendirian mereka bersalahan dengan perkataan Imam Ibnu Suraij:

ولا نترجم عن صفاته بلغة غير العربية ونسلم الخبر الظاهر والآية لظير تنزيلها

"Dan kami tidak menterjemahkan sifat-sifat Allah dengan selain bahasa Arab serta kami serahkan (tafwidh) khabar yang zahir dan ayat-ayat kepada zahir diturunkannya (nash-nash sifat)."
- - - - - - - - - -
Kenapa Istawa' tidak diterjemah kepada 'Bersemayam'?

HAZA jawab:
Kerana 'Bersemayam' membawa maksud duduk atau tinggal seperti yang dijelaskan dalam Kamus Dewan.

Menetapkan bahawa "Allah duduk atas Arasy" adalah aqidah Mujassimah dan Musyabihah. Golongan Mujassimah adalah kufur kerana menjisimkan Allah taala. Sedangkan Allah berfirman:
ليس كمثله شئ
"Tiada sesuatupun menyamai-Nya"

Menetapkan Allah bertempat adalah, suatu pendustaan terhadap Allah. Kerana manusia dan seluruh makhluk bertempat maka mustahil bagi Allah bertempat.

Manakala hadis sahih menyatakan:
كان الله ولم يكن شئ غيره
“Allah wujud azali dan tiada suatu pun selain-Nya” (HR Bukhari & Baihaqi)

Hadis ini dihuraikan oleh Amirul Mukminin Fil Hadis Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani:
والمراد بكان الاول الازلية
“Dan maksud (kana) dalam lafaz yang pertama ialah keazalian”
(Fath Al-Bari, juz.6, ms.334, cet.Dar Ar-Rayyan)

Maksud keazalian:
* kewujudan tanpa didahului oleh ketiadaan dan kewujudan tanpa permulaan.

☆ Maka difahami, sejak azali lagi Allah wujud tanpa ada sesuatu bersama kewujudan-Nya. Tiada Arasy, tiada air, tiada langit, tiada cahaya, tiada tempat dan tiada kesemua makhluk.

☆ Ini suatu dalil jelas bahawa Allah wujud (sejak azali) tanpa ada tempat. Sekalipun selepas dijadikan langit dan Arasy Allah tidak berada di atas Arasy.

Namun, apabila “salafussoleh” melayu cuba transform menjadi Salafussoleh tiga kurun terbaik, mereka yang melayu ini gemar untuk menterjemahkan istawa dengan makna bersemayam.

♢ Kamus Dewan Bahasa & Pustaka mentakrifkan “bersemayam” dengan makna duduk.

☆ Maka jelaslah bahawa Salahpi Malaysia mahu menetapkan Allah “duduk” atas Arasy. Hal ini bercanggah dengan kata-kata Ulama muktabar seperti:

1) Imam Ibnu Hibban
كان-الله-ولا زمان ولا مكان
“Allah ada azali, tanpa masa dan tanpa tempat” (Sahih Ibn Al-Hibban, juz.8, ms.4)

2) Imam Syafie
من قال او اعتقد ان الله جالس على العرش فهو كافر
“Sesiapa berkata atau beritiqad Allah duduk atas Arasy maka dia menjadi kafir” (Najm Al-Muhtadi Wa Rajm Al-Muhtadi,ms.551)

3) Imam Abu Hasan Al-‘Asyari
كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج الى مكان. وهو بعد خلق المكان كما كان قبل خلقه.
“Kewujudan Allah azali dan tanpa bertempat, kemudian Allah mencipta Arasy dan Kursi dan Dia tidak berhajat kepada tempat. Kewujudan-Nya setelah menciptakan tempat sebagaimana kewujudan-Nya sebelum menciptakan tempat (iaitu Allah tidak bertempat)” (Tabyin Kazib Al-Muftari, ms.150)

Perhatian:
* Salafussoleh berpegang Allah istawa dengan yakin tanpa persamaan dengan makhluk. Kemudian mereka serahkan makna kepada Allah.
* Salapi melayu berpegang Allah bersemayam dengan yakin tanpa menghiraukan berlaku persamaan dengan makhluk. Kemudian mereka serahkan kaifiyyat (cara) Allah bersemayam. Ini BIDAAH DALAM AQIDAH.

Bersambung pada siri kedua...

Disediakan oleh: Hafiz Al-Za'farani (HAZA)

PESANAN:
Tidak halal teks ini di'copy' melainkan dikekalkan keseluruhan teks tanpa penambahan atau pengurangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan