Sabtu, 2 Julai 2011

Tentang Ziarah Makam

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, Sabtu, 2 Julai 2011, 30 Rejab 1432, hamba dah lama nak siapkan posting/artikel ni. Tiga artikel sebelumnya yang hamba salin dan tampal dan bincang Ziarah Kubur, Menziarahi Kubur Orang Soleh dan Hukum Perempuan Menziarahi Kubur. Hamba sengaja letakkan artikel tersebut agar para pembaca faham dan jelas tentang hukum dan adab dalam menziarahi kubur. Kalau nak lebih terperinci, kena baca di laman sesawang, tanya ustaz atau guru, beli buku bab ini, baca dalam fatwa-fatwa rasmi yang dikeluarkan oleh para ulamak.  Ini kerana sebagai manusia, kita akan dipertanggungjawabkan atas segala yang kita lakukan. Dari itu, kalau bab ziarah kubur ini, kita hendaklah berusaha melakukannya agar selaras dengan Sunnah Nabi SAW, maksudnya agar ia menepati maksud sunnat dalam hukum syariat, berusaha menjauhkan diri kita dari maksud makruh dalam ziarah kubur dan apatah lagi kita wajib menjauhkan diri dari perkara-perkara yang haram dalam menziarahi kubur.

Dari itu, hamba sendiri dalam ziarah makam-makam ini sebenarnya berusaha sebaik mungkin untuk ziarah kubur yang mengikut Sunnah RSW, menepati maksud Sunnat yang dibicarakan dalam konteks hukum syariat.  Ada rakan-rakan di Facebook yang bertanya tentang rahsia hamba ziarah ini, nama pun 'rahsia', jadi memanglah hamba tak boleh cerita...:-)   Ada juga yang tanya apa-apa yang 'hamba dapat' dalam ziarah ini, jawab hamba itu bukan niat, tujuan dan matlamat ziarah....  Cuma antara tujuan hamba letakkan perkara ini di blog ini adalah untuk memudahkan sesiapa nak ziarah makam, sedikit-sebanyak panduan dah ada kat blog hamba...Hatta, sebenarnya ramai yg lakukan ziarah makam ni, sama ada diblogkan atau tidak, itu sahaja...Akan hamba sendiri yang teramat sedikit amal ibadah di muka bumi ini, moga2 ada manfaat akan ilmu, maklumat dan panduan tentang ziarah makam ini yang boleh dimanfaatkan oleh para pembaca dengan perkongsian perkara ini. Kalau yang pakar bab ziarah makam ini adalah saudara merah silu (lihat merahsilu.blogpsot.com).

Hamba sebenarnya memang dah lama lakukan ziarah makam ini apabila bertariqat tasawuf cuma tidak diblogkan sahaja. Apabila dah buka blog ini, maka tergerak nak kongsi bersama-sama para pembaca. Antara kebaikan yang dapat kita perolehi dalam ziarah makam adalah berkaitan sejarah. Dengan dunia internet hari ini, bila kita ziarah, kita baca balik sejarah tokoh tu, jadi banyak benda yang boleh kita belajar kat situ. Sejarah merakamkan kehidupan, pengalaman, pahit-maung dan perjuangan seseorang tokoh dalam mengembang dan memartabat agama Islam di muka bumi ini.

Selain itu, kita akan dapat melihat permasalahan masyarakat dalam menziarahi makam orang soleh ini. Contoh paling jelas adalah makam-makam di Pulau Besar.  Kawasan makam diletakkan 1001 bunga, air botol, tabung duit dan sebagainya yang zahirnya adalah mendekatkan ke arah kesyirikan. Hamba kira Majlis Agama Islam Melaka yang 'mengambilalih' makam-makam ini daripada 'golongan sebelumnya' adalah langkah terbaik untuk mendidik masyarakat tentang kaedah yang disarankan dalam ziarah makam. Ini belum dikira dengan mereka yang 'cari duit' dengan berdoa dan 'bawa orang dari Tanah Besar' ke Pulau Besar ini. Jika tidak dikawal oleh pihak berwajib, maka pemujaan dan kesyirikan akan berleluasa di Makam2 sebegini. Hamba kira kita wajib menyedarkan, membimbing masyarakat tentang ziarah yg sunnat dan harus dalam Islam.

Selain makam-makam di Pulau Besar, makam di tempat lain hamba kira terjaga. Ada makam yang berkunci seperti Makam Tok Senik, Makam Tokku Paloh, dan Makam Sayyid Abdullah al-Haddad dan pengunjung perlu mendapatkan kuncinya daripada pewaris/keturunan/penjaga makam. Ada makam yang ada kunci tapi dibiarkan tidak berkunci seperti Makam Tuan Tulis, Makam Tokku Pulau Manis,  dan Makam Sheikh Shamsudin al-Sumatrani. Ada makam yang dijaga oleh sekumpulan manusia seperti Makam Makam Syarif Muhammad al-Baghdadi. Yang lainnya adalah tidak berkunci tapi memiliki tanda-tanda khusus seperti berbumbung, bercat kuning, berpagar, diliputi kain kuning dan sebagainya.

Isteri hamba bertanya, bila nak habis ziarah makam ini, hamba kata, itu terpulang pada petunjuk dan hidayah-NYA. Untuk topik ini, hamba dah melebihi 20 makam terpilih, jadi hamba buatlah sedikit ulasan. Kalau anda baca tulisan hamba tentang ziarah ini, hamba tak ada bulan yang khusus, hari yang khusus, masa yang khusus untuk ziarah makam-makam ini. Kalau lihat dari segi masa ziarah, waktu pagi ada, tengahari ada, petang ada. Malam tak ada kecuali di Pulau Besar kerana makam di situ sesuai diziarahi 24 jam. Cuma hamba dok tengok, hamba belum ziarah pada hari Khamis. Jadi lepas ni nak kena ziarah makam hari Khamis pulak. Mana nak tau nanti ada 'orang kata' hamba khususkan ziarah makam pada 6 hari kecuali hari Khamis...:-).... Hamba apabila berziarah juga tak bawa air wangi, bunga2an, dan sebagainya. Cukuplah sekadar menghadirkan diri, bawa tikar plastik (untuk lapik duduk) dan bacalah apa-apa yang sesuai, yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Yang terpenting adalah niat apabila berziarah. Pada hukum syariat, berusaha agar ziarah tergolong dalam sunnat, pada tariqat, 'ziarah dalam mencari keredhaan Ilahi', pada hakikat adalah 'lillahi taala'. Ringkasnya ziarah hamba bersebab pada syariat, tariqat, hakikat dan makrifat. Semua bersebab pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Semua bersebab pada masa lalu,masa kini dan masa depan. wallahu'alam. 

Moga-moga Allah Taala lapangkan masa hamba, sihatkan tubuh hamba, murahkan rezeki hamba dan mudahkan segala urusan dan perjalanan hamba dalam bab ziarah ini.  Moga2 Allah Taala mudahkan hamba berkongsi bab ziarah makam ini dengan para pembaca. Kalau dikaji setakat ini, makam di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu dan Kelantan dah hamba ziarahi dalam 23 makam yang ada. Makam di Johor dan Kedah ada dalam perancangan. Begitu juga dengan Pulau Pinang, ada 4-6 makam dalam perancangan. Perlis??? Hamba belum terdengar/tahu tentang makam terpilih di Perlis. Kalau anda tahu, sila maklumkan kepada hamba. Ada 2 makam Sultan yang hamba ziarah iaitu Makam Sultan Abdul Samad di Selangor dan Makam Sultan Mansur Shah 1 di Kuala Kangsar, Perak. Makam Sultan yang ada dalam rancangan adalah Makam Sultan-Sultan terpilih di Kedah. Kalau yang terkenal dengan panggilan keramat oleh penduduk setempat adalah Keramat Batu Belah dan Keramat Sungai Udang.  Kalau yang kurang diziarahi kerana tidak diketahui, jarang didengar adalah Makam Tok Senik di Beserah, Pahang, Makam Tuan Hj Shuib Hj Ahmad di Marang, Terengganu, dan Makam Tuan Guru Hj Abdullah Fahim di Kepala Batas, Pulau Pinang.
 
Sesungguhnya 'Tidak Allah Taala ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia' dan tidak hamba buat sesuatu itu dengan suka2...         
       
Makam 1
Makam Tuan Tulis, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, NSDK
(Sabtu, 8 Zulkaedah 1431 bersamaan 16 Oktober 2010)
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2010/11/makam-tuan-tulis-tanjung-ipoh-kuala.html


Makam2
Makam Tuan Guru Sheikh Muhammad Said Linggi, Seremban, NSDK 
(Sabtu, 15 Zulkaedah 1431, bersamaan 23 Oktober 2010)

http://qulamirulhakim.blogspot.com/2010/11/makam-tuan-guru-sheikh-said-linggi.html


Makam3
Makam Sultan Abdul Samad, Bukit Jugra, Kuala Langat, Selangor
(Jumaat, 5 November 2010 bersamaan  28 Zulkaedah 1431)
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2010/11/ziarah-ke-makam-sultan-abdul-samad.html


Makam 4
Makam Sayyid Abdullah al-Haddad, Kampung Hulu, Melaka
(Rabu, 10 Zulhijjah 1431 /17 November 1410) 
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2010/12/makam-sayyid-abdullah-al-haddad.html


Makam 5
Makam Tok Peramu, Kampung Peramu,  Kuantan, Pahang
(Ahad, 12 Disember 2010, bersamaan 6 Muharam 1432)
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2010/12/makam-tok-peramu.html


Makam 6
Makam Tok Senik, Beserah, Pahang 
(Isnin, 7 Muharam 1432, 13 Disember 2010)
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/01/makam-tok-senik-beserah-pahang.html


Makam 7

Makam Tokku Paloh, Kuala Terengganu, Terengganu 
(Selasa, 8 Muharam 1432, 14 Disember 2011)

http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/01/makam-tokku-paloh-makam-ketujuh.html


Makam 8
Makam Tokku Pulau Manis, Kampung Serada, Kuala Terengganu, Terengganu 
(Selasa, 8 Muharam 1432, 14 Disember 2011)
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/01/makam-tokku-pulau-manis.html


Makam 9
Makam Tuan Hj Shuib Hj Ahmad, Pulau Kerengga, Marang, Terengganu 
(Selasa, 14 Disember 2010, 8 Muharram 1432)
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/01/makam-haji-shuib-mukim-pulau-kerengga.html


Makam 10
Makam Tok Gajah, Kampung Kuala Nering, Kuala Berang, Terengganu 
(Rabu, 15 Disember 2010, 9 Muharram 1432)
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/01/makam-tok-gajah-kuala-berang-terengganu.html


Makam 11
Makam Syarif Muhammad al-Baghdadi / Keramat Batu Belah, Kampung Jenangor, Kuala Berang, Terengganu 
(Rabu, 15 Disember 2010, 9 Muharram 1432)
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/01/makam-syarif-muhammad-al-baghdadi.html


Makam 12
Makam Mat Kilau, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang 
(Sabtu, 18 Disember 2010, 12 Muharram 1432)
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/01/ziarah-makam-mak-kilau-di-jerantut.html


Makam 13
Makam Sultan Arifin Sheikh Ismail r.a. Pulau Besar, Malaka

(Sabtu, 12 Safar 1432/15 Januari 2011)
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/01/semalam-di-pulau-besar-15-16-januari.html
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/02/ke-pulau-besar-lagi-5-6-februari-2011.html

Makam 14
Makam Sheikh Ahmad Majnun / Keramat Sungai Udang, Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan
(Ahad, 23 Januari 2011, 18 Safar 1432)
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/01/keramat-sungai-udang-makam-keempat.html


Makam 15
Makam Tuan Guru Hj Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang
(Isnin, 14 Mac 2011, 9 Rabiulakhir 1432)
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/03/makam-tuan-guru-hj-abdullah-fahim.html


Makam 16
Makam Sultan Mansur Shah 1, Kampung Kota, Kuala Kangsar, Perak 
(Rabu, 16 Mac 2011, 11 Rabiulakhir 1432)
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/03/makam-sultan-mansur-shah-i-di-masjid.html


Makam 17
Makam Sheikh Shamsudin al-Sumatrani, Kampung Ketek,  Melaka 
(Selasa, 17 Mei 2011 bersamaan 13 Jamadil Akhir 1432)
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/05/makam-sheikh-shamsudin-al-sumatrani.html


Makam 18
Makam Tok Janggut, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan 
(Sabtu, 4 Jun 2011, 2 Rejab 1432)
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/06/makam-tok-janggut-pasir-pekan-tumpat.html


Makam 19
Makam Tok Selehor, Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan 
(Sabtu, 4 Jun 2011, 2 Rejab 1432)
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/06/makam-tok-selehor-kok-pasir-tumpat.html


Makam 20
Makam Tuan Tabal, Kubur Banggol,  Kelantan 
(Ahad, 5 Jun 2011, 3 Rejab 1432
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/06/makam-tuan-tabal-kubur-banggol-kelantan.html


Makam 21
Makam Tok Kenali, Kubang Kerian, Kelantan
(Ahad, 5 Jun 2011, 3 Rejab 1432
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/06/makam-tok-kenali-kubang-kerian-kelantan.html


Makam 22
Makam Tok Pauh, Kampung Pauh, Kuala Berang, Terengganu 
(Isnin, 6 Jun 2011, 4 Rejah 1432)  
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/06/makam-tok-pauh-kampung-pauh-kuala.html


Makam 23
Makam Tokku Tuan Besar, Kuala Terengganu, Terengganu 
(Selasa, 7 Jun 2011, 5 Rejah 1432)
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/06/makam-tokku-tuan-besar-kuala-terengganu.html




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan