TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Rabu, 5 Januari 2011

Makam Tok Senik-Beserah, Pahang

Salam,

13 Disember 2010, kami keluar agak lewat dari chalet, semua keletihan. Dari Balok terus menuju ke Beserah, mencari masjid lama Beserah. Berhenti tanya orang di gerai makan, ditunjuknya arah satu masjid. Sampai-sampai rupanya Masjid Lama juga tapi untuk perumahan awam/murah.  Maju terus ke arah Kuantan, jumpa Masjid Baru Beserah di sebelah kiri jalan (menuju Kuantan)...Singgah di sebuah kedai dan tanya orang-orang di situ. Diberi petuanya, lalu masuk jalan di sebelah masjid menuju ke dalam. 

Silap jalan lagi, sampai di sebuah kampung nelayan, ada rumah orang Cina dan sebuah kedai Melayu di situ. Tanya makcik di kedai, diberi panduan yang lebih terperinci...Jadi, kami keluar dari kampung itu, masuk simpang sebelum masjid dan terus ke depan. Alhamdulillah sampai di tempat yang dituju, buktinya adalah kerana Masjid itu namanya Masjid Tok Senik.

Sekali lagi azan Zohor menyambut kami di situ. Alhamdulillah. Kami anak beranak solat di situ. Selepas solat hamba bertanyakan seorang 'orang masjid' tentang Makam Tok Senik, diberitahunya perlu dapatkan kuncinya daripada rumah warisnya di sebelah depan kiri masjid.

Kemudian hamba mencari rumah waris Tok Senik. Rumahnya agak besar dan dicatkan kuning cair. Selepas memberi salam, seorang tua lelaki keluar dan hamba menyatakan hajat di hati hendak menziarahi Makam Tok Senik. Beliau merupakan cicit kepada Tok Senik dan berusia dlm 70-80 tahun.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberinya kunci tanpa banyak soal. Dengan kunci di tangan, maka hamba membuka pintu Makam dan buat apa yang patut di dalamnya. Makam Tok Senik sebenarnya di sebelah kiri masjid di bahagian depan. Makamnya memang sentiasa berkunci dan pengunjung perlu mendapatkan kunci daripada warisnya.

Habis kerja, anak-anak dan isteri datang ambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan. Akan Tok Senik sendiri, hamba tidak banyak kenal beliau. Tuan Zaman Arifin, rakan di Facebook yang memberikan maklumat ini kepada hamba. Beliau memberitahu hamba, jika sampai di Kuantan, singgahlah di Makam Tok Senik, seorang Wali Allah di Masjid Lama Beserah. Segala puji bagi Allah, kami sampai juga akhirnya. 

Perjalanan diteruskan dengan singgah sebentar makan tengahari di pertengahan jalan menuju Terengganu. Kami sampai di Kuala Terengganu lewat petang, dekat-dekat Maghrib. Perjalanan melalui jalan dalam tidak semudah yang disangka. Alhamdulillah kami dapat sewa hotel bajet, Hotel Seri Terengganu untuk 2 malam. Hotel ini diuruskan oleh Koperasi ??? lupa nama pulak dah, berkaitan kakitangan agensi Islam Negeri Terengganu. Biliknya luas, cukuplah kami 6 beranak, anak2 tidur dengan sleeping bag dan bantal kecil yang dibawa...:-))

Kami makan malam di kedai luar.  Menu istimewa adalah nasi lemak ??? lupa lagi....dah tua macam tulah....Balik hotel tidur awal. Esok banyak lagi tempat nak dituju. Wassalam.


Makam Tok Senik


Di bawah, sebelah itu merupakan makam anak sulongnya yang merupakan datok kepada warisnya sekarang menurut kata warisnya. Datuknya itu meninggal ketika era Perang Dunia Kedua.


Pintu pagar Makam


Makam Tok Senik


Rumah waris Tok Senik dalam 50-70 meter dari masjid


Perigi lama di Masjid Tok Senik



Ada kolah di sini


Lebih jelas nama masjid ini yang sebenar


Masjid dari jalan kampung

18 ulasan:

  1. Masa saya kecil lagi, bila ke benteng, ayah saya pernah bercerita yang saya ini keturunan tok senik, cucu cicit belah cik timah, al fatihah kepada mereka...saya kini mahu mencari susur galur asal keturunan dari belah ayah dan emak

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum.saya juga sdg mencari susur galur dr arwah tok senik dr keturunannya awang/ismail senik..xsilap ayah ckp ada buku salasilah keluarga tp xtahu buku 2 pd siapa skrg.

      Padam
    2. Assalam...saya juga sedang mencari salsilah keturunan tok senik..adakah tok senik yang dimaksudkan di atas adakah orang yang sama dengan tok senik moyang saya..saya cucu cicit sebelah tok Cha/Asa binti Senik..saya difahamkan tok Cha/Asa dgn tok Timah adalah adik beradik tiri..sekadar ingin pencerahan..

      Padam
    3. Salam Azmi Hashim. Tuan mungkin boleh ke Beserah sendiri sebab cucu-cicitnya masih ada di situ.

      Padam
    4. Saya salah seorang cicit cuit Haji Senik.Saya pun sedang mencari waris2 yang ada kena mengena dengan Keturunan Haji Senik.

      Padam
  2. Al Fatihah buat Allahyarham Tok Senik. Teringat pesan mertua, kalau ke sesuatu tempat ziarahlah makam para ulamak...

    BalasPadam
  3. Asalmualaikum,saya juga sedang mencari sasilah keturunan dan cerita2 mengenai Haji Senik....Ibu saya Hajjah Ramlah bercerita ... Hj senik ada anak nama salleh dan telah kahwin dgn sharifah asal usul dr pahang tua pekan...dapat anak bernama halijah dan telah berkahwin dgn hj othman (pak tunggal...bekas wali hakim beserah)...anak salah seorang daripadanya (hj ramlah ..ibu saya) KAWIN DGN hj ramli(bekas bilal masjid kuantan)....siapa yg tahu lebih tahu lebih lanjut sila ceta...berkenaan hj senik.....dll sangkut paut dgn nya...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum, saya juga sedang membuat salasilah keluarga berkenaan susungalur arwah Hj. Tok Senik. Jika xkeberatan apa kita kita set kan satu laman atau ruangan yang bole kita bandingkan susugalur masing2 untuk rujukan. sekian..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum, saya juga keturunan haji senik. beliau berasal dari pattani thailand dan berkahwin dengan orang sini. saya masih menetap di beserah dan merupakan cucu kepada minah bin ismail. nenek saya di zaman mudanya, terkenal kerana selalu memandikan jenazah.

    BalasPadam
  7. Tanya orang ubai

    BalasPadam
  8. Org kg Ubai hanya tahap anak muridnya.Keturunannya tetap di Beserah. Bertanyalah pada waris lebih lanjut.

    BalasPadam
  9. saya juga dari keturunan hj.senik ank jati kg masjid, beserah di sebelah ayah..sayang sekali arwah ayah tak sempat membukukan sejarah asal usul keturunan hj senik di beserah...kami hanya mendengar ceritanya...hj senik berasal dari pattani..seorang ahli agama yg disegani di pattani dan membawa diri beserta kaum keluarga. Pernah berkampung di ubai sambil mengajar agama dan berpatah balik berkampung di .Sungai Beruang yang kini dikenali dengan nama Beserah...Hj senik meniggalkan keturunannya hj dollah yang merupakan cucu cicitnya yang diamanahkan menjaga masjid lama dan makam hj senik..hj dollah ini merupakan abang yang tua dalam keluarga datuk saya dan daripada datuk saya haji muhamad kassim seterusnya bapa saya arwah abdul samad(cikgu samad) dan saya serta adik beradik saya adalah dari keturunan haji senik.bekas wali hakim beserah pak tunggal dan bekas bilal masjid kuantan haji ramli juga adalah keturunan haji senik kerana merupakan anak jati beserah yang lahir di kampung masjid, beserah..

    (ikhlas membayang sifat-Zuraida Abdul Samad).

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pula anak bongsu pak andak... yang dikenali dengan nama Tuk Imam Salleh...Imam Masjid Beserah...

      Padam
    2. Maafkan saya pd tuan 18 oktober 2014 2.33..

      Pada pandangan saya, kami mengenali tok hj senik dengan panggilan tok yang beserah..Ada pendapat mengatakan tok yang beserah berada di ubai belum pernah saya dengar. Ketahuilah bahwa kg ubai di buka selepas tok yang beserah wafat bertahun selepas itu kg ubai dibuka..

      Apa yang saya ketahui memang dia pernah berada dikawasan pekan tetapi bukan kg ubai untuk makluman dari pengetahuan saya.

      Moga tuan sihat walfiat bersama keluarga.

      Padam
  10. al fakir zaman ariffin8 Julai 2016 2:45 PG

    InshaAllah .. Ana akan ziarah makam tok senik d beserah hari ahad atau isnin ini .. InshaAllah ada buat zikir d makam

    BalasPadam
  11. Hajat utk ziarah makan tok senik, insyaAllah..moga dipermudahkanNya

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum... Perkuburan lama yang berada di benteng berhadapan hospital kuantan tu perkuburan ahli keluarga arwah tok senik ke ???. Berapakah usia perkuburan itu ???. Ratusan tahun kah ??. Dahulunya arwah tok senik dimakamkan disitu kan ??. Kemudian dipindahkan ke beserah ??. Jika silap mohon perbetulkan..

    BalasPadam