TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Jumaat, 11 Februari 2011

Ke Pulau Besar lagi - 5 & 6 Februari 2011

Assalamu'alaikum,

Pada 5-6 Februari 2011, hamba sampai sekali lagi ke Pulau Besar, Melaka. Keluar dari rumah jam 830 pagi, bersama anak saudara, cucu saudara  dan Qul Amirul Hakim Junior, kami ke Melaka untuk ambil seorang rakan yang dikenali di Pulau Besar beberapa minggu yang lalu. Beliau (Hj. Zul) berhajat benar ingin berjumpa dengan hamba dan destinasinya adalah Pulau Besar. Kami naik feri dalam jam 1200 tgh dan sampai di Pulau dalam jam 1230 tgh.  Kali ini hamba bawa kamera kompak, jadi boleh ambil gambar mana yang sempat.



Ini surau/Masjid di Pulau Besar. Dulunya 'ditadbir' oleh minta maaf cakap, mereka berketurunan India Muslim/Mamak dan menyebabkan terjadinya beberapa perkara yang tidak diingini seperti orang bukan Islam turut bermalam di surau (bayangkan kalau wanita bukan Muslim yang uzur bermalam di dalam surau ini) dan macam2 1001 cerita. Kini, rasanya dah bertahun juga, Jawatankuasa Kariah Masjid di Tanah Besar yang menguruskannya setelah MAIM masuk campur. Jadi persekitaran dan pentadbirannya lebih tersusun dan lebih bersih serta lebih terjaga.  Hamba dan anak bermalam di dalam surau ini.  Kelihatan beg-beg tersusun di atas tembok surau.  Asalkan anda tidak membawa barang berharga di dalam beg pakaian anda, anda boleh tinggalkan beg di situ. Insya-Allah selamat.

Ini 'rumah pentadbiran' J/K Masjid. Jadi imam dan bilal surau telah dilantik dan ada jadual tugasnya serta kuliah subuh, baca Yaasin dan sebagainya. Dulunya tapak ini adalah  'tapak pondok' untuk sesiapa sahaja, tu yang jadi macam2 tu.

Petangnya kami ke sebelah Pulau, pantai yang mengadap Sumatera. Sambil berehat2 atas padang golf, kami menyaksikan keindahan alam ciptaan Ilahi dan memerhati sekitaran Pulau Besar. Kedatangan pelancong membawa 1001 masalah ke Pulau ini. Tanyalah orang2 lama tentang Pulau ini tahun 1970-an dan 1980-an dulu, memang tak boleh buat perkara sebarangan di pulau bertuah ini.  Hatta nak bawa balik seketul batu dari Pulau Besar pun tak boleh. Menurut cerita orang lama, arwah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail pernah bermalam dan bernazar di Pulau Besar ini tahun 1950-an sebelum ke England untuk menuntut kemerdekaan kali kedua (kali pertama tidak diizinkan oleh Ratu) .

Ni kawasan berdekatan Makam Tujuh Beradik, dah jadi satu pekan kecil apabila Kawasan Perkuburan Sultan Arifin 'dibersihkan'.  Makam tujuh beradik ini popular untuk mereka di jalan persilatan. Omar Din dikatakan 'menerima ilmunya' di sini, menurut beberapa sumber. Sebenarnya kubur2 sekitar sini sudah dipindahkan ke kawasan Kawasan Perkuburan Sultan Arifin tahun 1980-an dulu.  Kemudian segolongan manusia yang sukakan 'pemujaan', 'kekeramatan' membangunkan semula kubur2 di sini, siap ada tabung lagi sebelum dimusnahkan kembali oleh Majlis Agama Islam Melaka.

Anda boleh berkhemah di sini, bawa saja khemah, pasang tak ada orang nak kacau sebab kawasan ini memang dikhaskan untuk berkhemah. Ada tandas awam di sini (bangunan berbata tu).

Pemandangan lain pekan kecil Makam Tujuh Beradik. Ada macam2 gerai menjual pakaian, buku agama, tasbih, makanan dan sebagainya. Di sebelah kiri adalah 'dewan untuk sesiapa tidur'. Hamba tak tidur di situ. Kebanyakan yang bermalam di kawasan sini adalah India Muslim dan India Hindu.

Pekan Tujuh Beradik dari chalet. Di kiri ada gambar perigi.

Bagi yang berduit dan inginkan keselesaan, ada chalet berhawa dingin di sini. Sediakan ongkosnya saja. Masalah chalet ini adalah pengusahanya yang kerap bertukar tangan.


Depan chalet

Kolam renang dalam kawasan chalet. Kolam untuk budak2 juga disediakan.

Ini resort terbengkalai yang dikatakan dimiliki oleh Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah. Resort ini boleh dikatakan 95% siap tetapi tak dapat dihuni kerana 1001 perkara. Hamba bersyukur ia tidak dapat dihuni, jika tidak Pulau Besar akan jadi 'Pulau Hawaii', rosak le...ada beberapa orang pengawal yang ditugaskan menjaga resort ini.

Ini makam Sultan Arifin. Terdapat makam saudaranya, Sheikh Ibrahim r.a. dan gurunya Sheikh Yusuf Siddiq r.a.  di dalamnya selain makam2 lain. Kakitangan Majlis Agama Islam Melaka memegang kunci makam ini dan biasanya dibuka setiap Ahad, dari pagi sehingga 5 petang. Kecuali kedatangan pelancong yang ramai, makam ini kemungkinan juga akan turut dibuka.


Ini Makam Syarifah Rodziah, perkuburan Wanita yang agak terkenal. Walaupun terdapat pelbagai versi mengenainya, yang pastinya beliau bukan calang-calang orangnya.


Banyak benda yang hamba dan anak saudara sembangkan dengan Hj. Zul, termasuk isu-isu yang sensitif. :-)...Kata Hj. Zul, Pulau Besar dikelilingi 9 buah Pulau kecil....ada makna tu...Biasanya ahli tasawuf beramal di kawasan Makam Sultan Arifin terlebih dahulu, sebelum menuju ke Gua Yunus dan khatam di Batu Belah (gambar tiada di sini)....tu kata Hj. Zul...Kami juga sempat berkenalan dgn Atuk Raden dari Melaka (beliau ada anak muridnya yg tersendiri), Sdr Hadi (sedang tercari-cari jalan hidup di dunia), Sdr Hasbullah (pengawal tak rasmi Batu Belah) dan Syed Muhammad, seorang lelaki 50-an dari Muar. Kisah Syed Muhammad agak mencabar, antaranya 'diperintahkan' berpakaian seperti wanita selama 12 tahun....dan hamba memang teringat ketika tahun 2002-2004 dulu, memang ada terserempak dengan lelaki berpakaian wanita di Pulau Besar, ehhmmm, Syed Muhammad rupanya.

Hj. Zul pertama kali mengunjungi Pulau Besar tahun 1967, dan berpengalaman tentang pulau-pulau yang berada di sekeliling Pulau Besar. Beliau pernah berguru di Demak selain memantapkan ilmunya dengan 1001 cara (maaf tak dapat diceritakan di sini).  Banyak benda yang dikongsi dengan beliau, mana yang boleh le...:-)...

Hari Ahad, 6 Februari 2011, kami keluar dari Pulau ini menaiki feri jam 1030 pagi. Selepas hantar Hj Zul ke rumahnya di Melaka, kami kembali ke Negeri Untuk Mereka Yang Mencari Ihsan.....Jem teruk, jam 4 petang baru sampai rumah...Keletihan, maklumlah semalam tidur 2 jam sahaja...Banyak lagi kerja belum siap di Pulau Besar, kena datang lagi ni....  Namun, Alhamdulillah, di sebalik kita yang tidak merancang apa-apa, DIA tetap merancang sesuatu untuk kita.

wassalam.



3 ulasan:

  1. Alhamdulillah..kiranya kampung mike juger ler ni ya...

    BalasPadam
  2. kampung hinggap kiranya begitulah....dalam 2-4 bulan, hati akan melonjak2 untuk datang lagi...

    BalasPadam
  3. Siapa yg menjaga batubelah sekg

    BalasPadam