TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Jumaat, 18 Februari 2011

MENJAWAB DAKWAAN GOLONGAN SESAT YG MENGATAKAN NABI IBRAHIM KUFUR KETIKA KECIL

 by Al-Asyairah Al-Syafii on Thursday, 17 February 2011 at 20:50

Nabi Ibrahim tidak pernah kufur kepada Allah ta`ala

Sebelum dibincangkan dengan lebih lanjut tentang permasalahan ini, terlebih dahulu perlu dijelaskan tentang sifat maksum para nabi dan rasul. Seorang ulama’ ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang terkemuka, al-Hafiz al-Syeikh Abdullah al-Abdary di dalam kitabnya:[1]

"وَتَجِبُ لَهُمُ الْعِصْمَةُ مِنَ الْكُفْرِ وَالْكَبَائِرِ وَصَغَائِرِ الْخَسَّةِ قَبْلَ النُّبُوُّةِ وَبَعْدَهَا".

Maksudnya:
“Dan wajib bagi mereka(nabi&rasul) maksum(terpelihara) daripada kekufuran, dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil yang hina/keji sebelum kenabian dan selepasnya”

Kata-kata al-Syeikh Abdullah al-Abdary tentang kemaksuman para nabi dan rasul ini adalah bersesuaian dengan ijma` para ulama’ ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah seperti yang disebut al-Qodhi `Iyad dalam kitabnya al-Syifa jilid 2, halaman 143. Selain itu, dalam kitab yang sama di halaman 109, al-Qodhi `Iyad mengatakan:

"وَالصَّوَابُ أَنَّهُمْ مَعْصُوْمُوْنَ قَبْلَ النُّبُوَّةِ مِنَ الْجَهْلِ بِاللهِ وَصِفَاتِهِ وَالتَّشْكِيْكِ فِيْ شَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ".

Maksudnya:
“Para Nabi itu maksum (terpelihara) sebelum menjadi nabi daripada sifat jahil dan ragu (walau sedikit sekalipun) tentang Allah dan sifat-sifat-Nya”.

Oleh itu, kenyataan beberapa kumpulan seperti Hizbut Tahrir yang secara jelas menyebut dalam kitab mereka bahawasanya para nabi tidak maksum sebelum kenabian adalah tidak benar sama sekali. Sila rujuk kitab mereka al-Syakhsiah al-Islamiyyah jilid 1, halaman 120.


          Seperti yang telah dijelaskan, mustahil bagi para nabi dan rasul untuk melakukan dosa-dosa kecil yang keji apatah lagi ingin mendekati kekufuran baik sebelum atau selepas kenabian mereka. Adalah tidak dapat diterima akal bagi seorang penyampai dakwah rabaniah dan pembawa misi ilahiah tidak mengenal Tuhan yang disembah. Justeru itu, kisah Nabi Ibrahim yang mencari-cari tuhannya adalah tidak benar seperti yang diceritakan oleh sesetengah pihak. Maka perlu untuk diteliti maksud ayat surah al-An`am ayat 75-80 dari tafsir ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah bukan hanya sekadar memahami makna zahirnya.

Berkata al-Syeikh Abdullah al-Abdary pada halaman yang sama:

"وَقَوْلُ اِبْرَاهِيْمَ عَنِ الْكَوْكَبِ حِيْنَ رَءَاهُ: ( هَذَا رَبِّيْ) هُوَ عَلَى تَقْدِيْرِ الاِسْتِفْهَامُ الإِنْكَارِيُّ فَكَأَنَّهُ قَالَ: أَهَذَا رَبِّيْ كَمَا تَزْعُمُوْنَ, ثُمَّ لَمَا غَابَ قَالَ: ( لا أُحِبُّ الافِلِيْنَ). أَيْ لا يَصْلُحُ أَنْ يَكُوْنَ هَذَا رَبًّا, فَكَيْفَ تَعْتَقِدُوْنَ ذَلِكَ؟".

Maksudnya:
“Dan berkata Ibrahim tentang planet/bintang ketika melihatnya: (ini tuhanku) ialah dalam bentuk pertanyaan ingkar dan seolah-olah dia berkata: Adakah ini tuhanku seperti yang kamu sangkakan?, kemudian ketika ia hilang dia berkata: (Aku tidak suka kepada yang terbenam) yakni tidak layak untuk yang hilang/terbenam menjadi tuhan, lalu bagaimana kamu sekalian boleh menyembahnya?”

Makna kalimah ''inilah Tuhanku'' semestinya diertikan dengan ''inikah Tuhanku?''. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Imam Abu Hayyan al-Andalusi dalam tafsirnya al-Nahrul Mad jilid 1, halaman 706 :

 " وَلا يُرِيْدُ بِذَلِكَ الإِعْتِقَادِ وَإِنَّمَا ذَلِكَ مِثْلُ أَنْ تَرَىْ رَجُلا ضَعِيْفُ الْقُوَّةِ لا يَكَادُ يَنْهَضَ فَيَقُوْلَ إِنْسَانٌ هَذَا نَاصِرَتِيْ مِثْلُ هَذَا".

Maksudnya:
"Perkataan Nabi Ibrahim, hadza rabbi( bukanlah pernyataan keyakinan bahwa bintang, bulan dan matahari adalah tuhannya. Hal ini diibaratkan seperti ketika kamu melihat orang lemah yang tak mampu berdiri, lalu anda mengatakan hadza nashirati (inikah penolongku?)''.

Selain itu, kisah Nabi Ibrahim yang mencari-cari tuhannya juga telah disanggah oleh al-Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya, al-Jami` Li Ahkam al-Quran. Ketika menafsirkan ayat tersebut, beliau menyebut bahawa terdapat beberapa pendapat tentang firman Allah { قَالَ هَـٰذَا رَبِّي }. Antaranya ialah pendapat yang mengatakan Nabi Ibrahim menyembah bintang, matahari dan bulan sehingga hilang. Maka pendapat ini ditolak oleh beliau dengan menyebut:

"غَيْرُ جَائِزٍ أَنْ يَكُوْنَ لِلَّهِ تَعَالَى رَسُوْلٌ يَأْتِيْ عَلَيْهِ وَقْتٌ مِنَ الأَوْقَاتِ إِلا وَهُوَ لِلَّهِ تَعَالَى مُوَحِّدٌ وَبِهِ عَارِفٌ ، وَمِنْ كُلِّ مَعْبُوْدٍ سِوَاهُ بَرِيْءٌ. قَالُوْا : وَكَيْفَ يَصِحُّ أَنْ يَتَوَهَّمَ هَذَا عَلَى مَنْ عَصَمَهُ اللهُ وَآتَاهُ رَشْدَهُ مِنْ قَبْلَ ، وَأَرَاهُ مَلَكُوْتَهُ لِيَكُوْنَ مِنَ الْمُوْقِنِيْنَ ، وَلا يَجُوْزُ أَنْ يُوْصَفَ بِالْخُلُوِّ عَنِ الْمَعْرِفَةِ ، بَلْ عَرَفَ الرَّبَّ أَوَّلَ النَّظَرِ".

Maksudya:
“Tidak harus bagi Allah mendatangkan rasul yang tidak mentauhidkan dan mengenali-Nya, dan setiap manusia semuanya tidak berdosa (ketika lahir). Berkata: dan bagaimana ada golongan yang menyangka perkara tersebut (kisah nabi mencari tuhannya) ke atas manusia yang dipelihara oleh Allah dan diberikan petunjuk sebelum kerasulannya, dia melihat kekuasaan-Nya untuk menjadi yakin dan tidak boleh menganggap dia tidak mengenal Allah bahkan dia terlebih dahulu mengenal tuhannya”.

Antara ulama’ tafsir lain yang sependapat dengan al-Imam al-Qurtubi ialah al-Imam Fakhruddin al-Razi dalam tafsirnya, Mafatihul Ghaib (al-Tafsir al-Kabir), al-Imam al-Baidhawi dan ramai lagi. Sebenarnya ayat dari surah al-An`am ayat 76-78 adalah dalam konteks Nabi Ibrahim berhujah dan berdebat dengan kaumnya, yakni kaum Harran yang cenderung terhadap ilmu astronomi, bahkan mereka sampai menyembahnya (bintang, bulan, dan matahari). Oleh sebab itu, Allah mengutuskan Nabi Ibrahim kepada mereka dengan membawa hujjah qawiyah(kuat). Maka Nabi Ibrahim mempersoalkan apakah layak sesuatu yang terbit lalu tenggelam, sesuatu yang berubah, dan tidak dapat memberikan manfaat dan mudarat untuk dijadikan Tuhan? Oleh karena itu, Nabi Ibrahim berkata kepada kaumnya { لا أُحِبُّ ٱلأَفِلِينَ } (aku tidak suka sesuatu yang tenggelam). Dalam tafsir Jalalain karya Jalaluddin al-Mahalli dan Jalaluddin al-Suyuthi dijelaskan:

''Aku tidak suka sesuatu yang tenggelam untuk dijadikan Tuhan kerana Tuhan itu tidak patut mempunyai sifat yang berubah-rubah, bertempat, dan berpindah-randah kerana sifat-sifat itu hanya layak dimiliki oleh makhluk''.

Terdapat dalil lain dari al-Quran al-Karim yang menunjukkan bahawasanya Nabi Ibrahim tidak pernah mencari atau jahil tentang Tuhannya seperti yang telah difirmankan oleh Allah ta`ala:

Maksudnya:
“Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan”.

(Surah al-An`am : 78)

Begitu juga pada ayat yang seterusnya:

Maksudnya:
“Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan”

(Surah al-An`am : 79)

Allah ta`ala berfirman:

Maksudnya:
“Ibrahim bukanlah seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, tetapi dia adalah seorang yang hanif/lurus lagi Muslim (seorang yang tidak pernah mempersekutukan Allah dan jauh dari kesesatan) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang musyrik (tidak pernah musyrik sama sekali baik sebelum menjadi nabi maupun sesudahnya)”

(Surah Ali-`Imran : 67)

Dan firman Allah ta`ala lagi:

Maksudnya:
“Dan sesungguhnya telah Kami anugerahkan kepada Ibrahim hidayah kebenaran sebelum (Musa dan Harun) dan adalah Kami mengetahui (keadaan)nya”.

(Surah al-Anbiya’ :51)

Ayat dari surah al-Anbiya’ ayat 51 ini menjelaskan bahawa sebelum Nabi Ibrahim menjalankan misi dakwahnya, dia telah diberikan iman yang kuat dan pengetahuan bahwa hanya Allah sahaja Tuhannya yang layak disembah, bukan bulan, bintang, ataupun matahari. Hal ini bersesuaian dengan kata-kata al-Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat tersebut:

"قَوْلُهُ تَعَالَى: { وَلَقَدْ آتَيْنَآ إِبْرَاهِيمَ رُشْدَهُ } قَالَ الْفَرَّاءُ: أَيْ أَعْطَيْنَاهُ هُدَاهُ { مِن قَبْلُ } أَيْ مِنْ قِبَلِ النُّبُوَّةِ، أَيْ وَفَقْنَاهُ لِلنَّظَرِ وَالاِسْتِدْلالِ لِمَا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ فَرَأَىْ النَّجْمَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ".

Maksudnya:
"Allah berfirman :  {ولقدنا اتينا ابراهيم رشده} Berkata Al-Farra’ yaitu Allah anugerahkannya hidayah {مِن قَبْلُ} Yaitu sebelum kenabian lagi, yaitu kami berikan petunjuk kepadanya untuk melihat bukti-bukti ketika datangnya malam maka dia melihat bintang, matahari dan bulan".

          Kesimpulannya, Nabi Ibrahim yang merupakan seorang nabi dan rasul telahpun mengenal dan beriman kepada Allah ta`ala dari hari sebelum menjadi nabi sebagaimana para nabi lainnya. Ketahuilah tidak pernah ada keraguan sedikit pun baginya tentang keberadaan Allah yang tidak sama dengan makhluk dan ketuhanan hanya layak disandang oleh Allah. Sebahagian orang yang tidak amanah dengan ilmu membuat tanggapan bahwa Nabi Ibrahim suatu ketika pernah keliru dan ragu-ragu, lalu mencari siapa Tuhannya. Tanggapan ini adalah tidak benar sama sekali malah ianya merupakan satu bentuk pendustaan terhadap al-Quran. Wal`iyazubillah…

Ketahuilah bahawa semua para nabi dan rasul MUSTAHIL untuk melakukan kesesatan, kekufuran, syirik, dosa besar, dan dosa kecil yang keji, baik sebelum mahupun sesudah menjadi nabi. Merekalah yang telah diutus sebagai Hudatan Muhtadin (orang yang mencerahkan dan tercerahkan) dengan menyampaikan risalah kebenaran kepada seluruh alam semesta.


[1] Al-Syeikh Abdullah al-Harari, Bughyah al-Talib, h. 67.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan