by Sangbogoroyo Khuzariry on Friday, 18 February 2011 at 08:43
Bismillahir Rohmaanir Rohiim.
Ini fasal menyatakan Kiblat atas orang sembahyang itu tiga perkara. Pertama Kiblat Tubuh, kedua Kiblat Hati dan ketiganya Kiblat Roh. Adapun Kiblat Tubuh kepada Ka’bah Allah, maka hendaklah segala orang Islam yang sembahyang itu menghadapkan kiblat ini, jikalau tidak maka tiada sah sembahyangnya. Maka hendaklah dihadapkan dadanya dan segala urat dan daging darahnya dan tulangnya dan segala anggotanya kepada Ka’bah Allah ini sebab difardhukan oleh Allah Ta’ala segala orang Islam menghadapkan ke arahnya, maka sahlah sembahyangnya.
Adapun Kiblat Hati itu kepada Tuhan Ka’bah Allah, bahawasanya hendaklah kita ‘itiqadkan Allah Ta’ala itu tiada ia di kanan dan di kiri dan tiada di hadapan dan tiada di belakang. Tiada ia di bawah dan tiada ditentukan suatu tempat ia jua meliputi alam sekalian Ahadus Shomad seperti firman Allah Ta’ala “Wallohu Muhiitun ‘Anil ‘Aalamin” artinya “Allah Ta’ala jua meliputi alam sekalian. Firman Allah Ta’ala lagi “Wa Huwa Ma’akum Aina Maa Kuntum” artinya Allah jua serta kamu barang di mana kamu ada”. Jikalau demikian itu nyatalah bahawa Allah Ta’ala itu tiada ditentukan tempat padanya suatu tempat ia hadir jua. Keadaan demikian itu i’tiqad kita maka inilah dikehendaki kepada hati kita.
Adapun Kiblat Roh itu sentiasa ia tidak bercerai dengan Tuhannya kerana yang dianugerahi Tuhannya tujuh sifat yaitu Hayat itu dihantar kepada roh kita maka jadi hidup dengan yang hidup. Maka dihantarkan sifat Ilmu pada hati kita maka jadi tahu kita dengan yang tahunya. Maka dihantarkan sifat Kudrat pada anggota kita maka jadi kuasa dengan yang kuasanya. Maka dihantar sifat Iradat kepada nafsu kita maka jadi berkehendak dengan yang berkehendaknya. Maka dihantar sifat Sama’ kepada telinga kita maka jadi mendengar dengan yang mendengarnya. Maka dihantarkan sifat Bashor kepada mata kita maka jadi melihat dengan yang melihatnya. Maka dihantar sifat Kalam kepada lidah kita maka jadi berkata-kata dengan yang berkata-katanya. Maka dita’yinkan pada i’tiqad kita yang berkata-kata inilah Allah Ta’ala.
Apabila engkau mengetahui akan hal yang demikian, maka hendaklah fanakan dirimu itu dan segala perbuatanmu di dalam Af’al Allah semata-mata. Maka hendaklah hapuskan, karamkan sifat hamba itu di dalam sifat Allah semata-mata, maka tiada sifat kita lagi. Maka hendaklah sifat zat kita di dalam Zat Allah, maka tinggallah Zat Allah, Sifat Allah, Af’al Allah semata-mata adanya kerana kita telah kembali kepada Adam sediakala. Maka tatkala itu kata olehmu Allahu Akbar, inilah bernama sembahyang orang yang Khoshul Khos namanya. Maka memperoleh maqam munajat, maqam tabdul Kalamullah, jikalau tiada demikian itu tiada sah sembahyangnya.
Maka ditilik sembahyangnya tetaplah menyembah huruf dan suaranya dan menyembah bayang-bayang itu ESA, sempurnalah ibadatmu dan amalmu kepada ALLAH Ta’ala kerana inilah dinamai sembahyang itu saudaraku. Ketahui olehmu akan sempurna sembahyang, tiada sah sembahyang itu tiada Niat dan Ikhlas melainkan dengan Hati dan tiada bernama Hati melainkan Ilmu dan Ta’yin. Adapun artinya Hati itu dan Ikhlas dan Ilmu dan Ma’rifat itu Rohani. Maka ketahui olehmu bahawasanya sekalian perbuatan itu dengan Niat dan Tertib. Tertib itu terbit daripada Hati yang Latif yaitu Rohani. Adapun Cita-Cita itu terdahulu daripada Niat.
Adapun Qosad itu tiga bahagi, pertama Qosad Nafsu, kedua Qosad Tabliyat dan ketiga Qosad Roh. Adapun Qosad Roh di dalam Rahsia, adapun tatkala berdiri sembahyang itu maka hapuskanlah dan lenyapkan perbuatan kita di dalam Af’al ALLAH. Maka tinggallah Af’al ALLAH semata-mata dan QudratNya, maka katalah olehmu ALLAHU AKBAR. Inilah maqam munajat dan maqam mi’raj dan maqam tabdul dan maqam Islam, maka beroleh lazat dan cintarasa baginya. Wabillahit Taufiq Wal Hidaya

Asalamualaikum, mohon izin untuk diamalkan.. wasalam..
BalasPadamSidq..Alhamdulillah dapat penulisan yg comel...syukran..
BalasPadamAlhamdullilah
BalasPadamAmin y allah
BalasPadam