TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 28 Februari 2011

Masjid Rasah-Masjid ke-14

Assalamu'alaikum,

Hari Selasa, 22 Februari 2011 bersamaan 19 Rabiul awal 1432, hamba ke Seremban ada urusan kerja di Oakland Business Centre, tidak jauh dari Seremban 2. Selepas bertolak keluar dari rumah jam 7.00 pagi untuk menghantar anak sulung ke sekolah menengah, hamba terus ke Seremban.  Memandangkan hamba sengaja memilih untuk tidak bersarapan pagi di rumah kerana ingin singgah di Perhentian Nilai Arah Selatan, maka hamba singgah di Perhentian ini. Bukan apa, Perhentian ini ditutup agak lama untuk kerja-kerja pengubahsuaian.  Jadi teringin nak singgah bila ianya dah siap. Alhamdulillah, suraunya diperbesarkan dan kelihatan lebih bersih dan cantik. Sebelum ini suraunya agak kecil, beratur orang nak bersolat terutamanya ketika Maghrib dan Isyak.

Seperti biasa, ruang makan dan gerai makannya lebih anggun dan menarik. Itulah sebenarnya 'nature' dalam bidang perniagaan. Perubahan diperlukan dalam tempoh tertentu. Kita tidak boleh berniaga dengan keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang terutamanya jika berada dalam industri yang sengit.  Selepas mengenakan nasi lemak (menu biasa orang Malaysia untuk sarapan pagi), hamba meneruskan perjalanan ke Seremban. Seboleh mungkin, hamba tak minum sejurus makan kerana mengamalkan petua orang tua-tua. Biasanya selepas 5 minit dan ke atas baru hamba minum. Kali ini hamba minum air mineral dalam kereta sahaja. Dalam usia yang semakin meningkat ni, makan-minum kena jaga. 'Tarbiyyah oleh Allah Taala' selama 3 hari 3 malam di sebuah hospital di luar negara pada tahun lepas membuatkan hamba semakin komited jaga badan, jaga kesihatan. Manusia biasanya alpa dan buat tak kisah dengan nikmat kesihatan. Kalau Allah Taala ambil sekejap saja nikmat kesihatan ini, maka barulah kita sedar.

Memandangkan masa yang masih awal, pejabat pun belum tentu buka, hamba ke Masjid Rasah yang merupakan masjid ke 14 dalam ziarah ke masjid-masjid di Malaysia. Ini kali ke sekian-sekian hamba sampai ke sini. Awal tahun 2006 rasanya, hamba pernah ke sini kali terakhir untuk 'satu kerja' dan 'ambil air kolah masjid ini'. Agak awal hamba sampai iaitu dalam jam 8.30 pagi. Alhamdulillah tiada sesiapa beramal, berikhtikaf dalam masjid ini.  Suasana dalam kawasan masjid ini, ruang solat utama memang agak tenang dan hening di kala pagi begini. Berbanding tahun 2006, beberapa kerja pengubahsuaian telah dijalankan ke atas masjid ini. Bersyukur ke hadrat Allah kerana jalinan jalan raya baru tidak mengubah, meruntuhkan masjid ini. Diharapkan kerajaan negeri 'faham akan masjid ini', walaupun jalan itu kelihatan begitu dekat dengan masjid.

Setelah membersihkan diri, hamba meneruskan kerja-kerja hamba. Dalam jam 930 pagi, hamba selesai kerja-kerja yang patut. Semasa melintas keluar kelihatan beberapa orang lelaki sedang beramal di kawasan luar sedikit daripada dewan solat utama. Dan dengan berbekalkan kamera kompak, hamba sempat merakamkan beberapa gambar dalam dan luar masjid ini untuk tatapan pembaca.  Masjid Rasah merupakan antara masjid yang tua di Seremban. Ramai orang lama dan pengamal Tariqat Ahmadiah Idrisiah yang arif tentang masjid ini. Justeru itu, tidak hairanlah masjid ini merupakan antara masjid pilihan di Negeri Sembilan.

Kwasan imam. Hamba buat kerja sebahagiannya di kawasan ini. Alhamdulillah waktu itu, tak ada orang.

Mimbar masjid


Ruang solat utama

Ruang solat di kawasan belakang, sudah berjubin.

Pintu untuk masuk ke dalam dewan solat utama. Selepas pintu ini, anda perlu melepasi satu lagi pintu 
untuk ke dewan solat utama

Kawasan solat wanita di bahagian sebelah kiri

Terdapat sebuah makam di kawasan depan masjid sebelah kanan. Ada kelas agama untuk kaum Hawa di bilik bersebelahan makam ini. Hamba tidak pasti kelas apa.

Menurut internet, ini Makam Datuk Syahbandar, Dato Ahmad

Kelihatan kolah masjid. Seperti sudah lama tidak digunakan. 
Orang sekarang tidak tahu manfaat air kolah masjid...:-(

Jalinan jalan raya di depan masjid. Satu yang baik adalah ia menjadikan perkarangan masjid 
tidak sibuk seperti dulu.


Nama rasmi masjid ini


Bahagian depan masjid

Jalan raya bertingkat betul-betul di hadapan masjid.



Hamba meninggalkan masjid dalam jam 945 pagi dan menuju ke Oakland Business Centre  Seremban untuk urusan kerja.

Wassalam.


2 ulasan:

  1. ADA SATU LAGI KOLAH KAT DALAM BILIK TERTUTUP TU..
    ADA MASUK TAK?

    BalasPadam
  2. ehmmm, terima kasih Ezal.... tak tau pulak...nanti kalau ke sana hamba tanya....mengapa kolah ada dalam Bilik tertutup?

    BalasPadam