Assalamu'alaikum,
Semalam, 1 Februari 2011 bersamaan 27 Safar 1443, sedikit kekecewaan terasa di hati, walaupun tidak lama. Hamba berkunjung ke sebuah kedai aksesori Bumiputera (mengikut papan tandanya), yang bermakna kedai aksesori kereta milik pengusaha Muslim. Kunjungan selepas waktu pejabat dilakukan untuk mengetahui perkembangan barang yang hamba tempah kira-kira sebulan lalu, iaitu di penghujung Disember 2010. Sebenarnya hamba tempah cermin belakang, yang biasanya dipasang di belakang MPV untuk melihat bahagian belakang kereta, agak konvensional berbanding meerka yang menggunakan kamera. Kadang-kadang yang konvensional itu pun OK, citarasa manusia tidak sama.
Memandangkan hamba dah tempah lebih sebulan lalu, dalam tempoh ini hamba selalu terfikir, dah sampai ke belum, dah sampai ke belum. Mengikut kata stafnya, dua minggu sudah cukup, boleh bawa kereta dan pasang. Deposit RM50 pun sudah dibayar. Selepas dua minggu, hamba masih menunggu panggilan telefon, namun tidak kedengaran. Namun selepas sebulan, hamba pun pergi sendiri ke kedai tersebut untuk bertanya sendiri.
Masalah pertama adalah hamba terlupa bawa resit. Jadi staf kedai dok belek resit2 kedainya untuk cari tempahan hamba tu. 10 minit dok belek tak jumpa-jumpa, hamba kata mai hamba tengokkan. Tak sampai seminit hamba dah jumpa, tak jumpa atau sengaja buat tak nampak. Jelas tempahan dilakukan pada penghujung Disember 2010, no. telefon hamba pun ada beserta maklumat lain. Jadi tanyalah hamba, dah ada ke belum....tak terjawab stafnya, dia telefon pengedar dan kata lepas Tahun Baru Cina baru boleh dapat dan pasang.
Terkecewa sedikit hati hamba dengan sikap dan perangai pengusaha Bumiputera/Muslim sebegini. Kita sanggup ke kedai mereka, dan sanggup menunggu berminggu-minggu, akhirnya ini habuannya. Tidak sensitif dengan kehendak pelanggan, tidak serius dalam bekerja, sikap ambil mudah rungutan pelanggan, ambil mudah banyak perkara antara masalah-masalah perniagaan milik Muslim. Di situlah terdetik hati hamba untuk menulis artikel ini. Tidak cukup orang Islam berniaga dan mengharapkan orang Islam lain datang kerana mereka pengusaha Muslim. Tidak cukup dengan status halal kerana restoran bukan Muslim pun dapatkan status halal juga.
Memang kita digalakkan membantu ekonomi Islam dengan membeli-belah di kedai Muslim sepertimana dalam artikel hamba sebelumnya tentang Ekonomi Islam. Namun orang Islam yang menjadi pengusaha, usahawannya tidak boleh ambil mudah galakan dan suruhan ini. Apatah lagi umat Islam tidak dilarang berniaga dengan bukan Muslim asalkan dalam 'konteksnya'. Maksudnya kita tidak boleh menghalang orang Islam yang ingin berjual-beli dengan orang bukan Islam asalkan sempurna rukun jual-beli, syarat-syarat sah jual-beli, majlis akad dan sebagainya. Dan inilah yang berlaku dalam dunia hari ini dimana ramai orang Islam yang berjual-beli dengan orang bukan Islam.
Pokoknya, mengapa orang Islam berjual-beli dengan orang bukan Islam. Antaranya kerana :
- Mereka pandai ambil hati kita
- Mereka suka layan kita, kalau budak2 depa suka bagi gula2 contohnya
- Cakap kita depa dengar, tak membantah, pelanggan sentiasa betul
- Janji ditepati, bukan nak kena tangguh2kan.
- Barang mereka lebih berkualiti
- Harga barang mereka lebih murah
- Mereka 'tahan lasak' dalam berniaga
- Kadang-kadang mereka tidak berkira dengan kita sebab org Melayu suka tawar-menawar...
pasti banyak lagi...Adakah pengusaha Muslim berbuat sepertimana di atas? Berapa ramai? Yg pastinya, peniaga, pengusaha, usahawan Muslim tidak boleh bergantung kepada sentimen 'Islam' semata2. Banyak yg perlu dilakukan untuk berjaya, untuk menarik perhatian org Islam berjual-beli dengan mereka, apatah lagi utk menarik orang bukan Islam berjual-beli dengan pengusaha Muslim. Kita harus ingat, Islam itu sempurna, dan hanya dalam Islam ada kesempurnaan, bukannya di Harvard Business School, MIT, Stanford dan lain2 tempat.
Kesempurnaan 'berniaga' dalam Islam itu wajib kita zahirkan kerana ini juga dakwah kita dalam menarik orang bukan Islam terhadap Islam. Kita perlu zahirkan peradaban dalam berniaga, akhlak dalam berniaga, maka akan terpancarlah keelokan berniaga menurut Islam. Realitinya, pengusaha Islam di Malaysia masih jauh dalam mempraktis Islam yang sebenar dalam kegiatan perniagaan mereka.
Namun, kekecewaan sedikit bukan bermakna kekecewaan hakiki. Moga kita sama-asma berjuang untuk memartabatkan ekonomi Islam.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan