Assalamu'alaikum,
Masih lagi pada 2 April 2011. Selepas bertemu adik hamba dan keluarganya di sebuah medan makan di Shah Alam, kami ke i-City di Shah Alam. Hamba sebenarnya dah banyak kali lalu sebelah i-City (Lebuhraya Persekutuan), tapi tak pernah singgah ke i-City ni. Memandangkan adik hamba ajak, hamba pun penuhi ajakannya itu. Lagipun beliau bersusah-payah turun dari Utara dengan anak2nya untuk ambil isterinya yang baru habis kursus, takkan hamba tak 'entertaint' pulak. Kami sampai di i-City dekat jam 1000 malam. Kena bayar parkir RM10.
Apa yang membuatkan beribu-ribu orang datang ke sini? Lampu LED nya...Belum ada bandar sebegini di Malaysia. Jadi orang nak tengok benda yang depa belum pernah tengok. Parkir Malam Ahad memang penuh. Jumlah yang datang memang beribu-ribu. Kebetulan adik hamba terlupa bawa kameranya (tertinggal di penginapan isterinya), nasib baik hamba bawa kamera den yang separuh profesional ni.
Pendapat hamba sendiri tentang i-City??? Datang sekali cukuplah, nak tengok orang kata. Kalau tak tengok, dah tak jauh mana. Orang dari Utara, Selatan dan Timur datang ke i-City, kita yang tak jauh mana tak datang, macam 'peghak' pulak....Yang istimewa hanya lampu2nya. Kalau tengok Master Plan bandar ini, macam2 lagi depa nak bangunkan. Tapi i-City sendiri tak dapat bertahan lama dengan lampu2 LEDnya. Jadi depa tambah Snow Walk, bayarannya memang mahal juga. Kami tak masuk pun. Hamba sendiri, hampir 4 tahun di luar negara dah 'puas', main salji yang asli...:-) ...Kemudian depa tambah macam fun-fair jugalah dengan beberapa kedai dan restoran. Biasalah Shah Alam, mana ada barang murah.
Adik ipar hamba kata seronok dok kat Shah Alam. Keluaq sana-sini nampak Melayu saja. Sebab depa dok di Seberang Perai, kalau pi mana2, asyik nampak orang Cina saja. Hamba kata memang seronok sebab Bandaraya Melayu tapi kos sara hidupnya mampu ke??? Kalau pendapatan isi rumah bawah RM7,000, tak senang mana dok Shah Alam ni.
Kami tinggalkan i-City dekat jam 1130 malam. Dah tengok sekali cukuplah...hakikatnya ini gaya hidup masa kini, orang keluaq waktu malam-malam untuk berhibur, hayati suasana malam. Kalau dulu, malam dok dalam rumah saja...Sayangnya, orang sekarang tak pandai menggunakan waktu malam. Kalau mereka boleh bangun jam 2-3 pagi nak tengok bola/EPL, tapi orang sekarang tak boleh bangun awal nak solat tahajud dan buat ibadat2 lain (termasuk hamba jugak tu...:-) masih liat nak bangun 1/3 malam terakhir)...Zaman dah berubah. Melayu sudah lupa...Melayu sudah lupa diri...Melayu semakin hilang jati diri...Besar benar cabaran2 membesarkan dan mendidik anak-anak dalam kehidupan akhir zaman ini....
Permainan sebegini ada unsur perjudian. Elakkanlah....
Malangnya, majoriti yang bermain adalah 90% Melayu....Melayu dah lupa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan