Assalamu'alaikum,
Pulau Besar umpama sahabat setia hamba, sentiasa menanti kekasihnya yg kerdil ini untuk menjejakkan kaki ke sana
Terlalu banyak kenangan di Pulau Besar, pahit dan manis, suka dan duka...
Ketika daku 'sedikit bercelaru' dengan ketentuan-Nya masa kini, maka aku akan ke sana utk menjadikan kecelaruan itu satu yg indah dari-Nya...
Ketika hatiku dibalut luka dalam menerima ketentuan-Nya yg bakal datang, maka aku akan ke sana utk menjadikan ketentuan-Nya itu diredhai sepenuhnya
Ada ketikanya, daku perlu bersendirian, tanpa anak, isteri dan sahabat di samping, maka Pulau Besar adalah destinasinya...
Ada ketikanya, kegelojohan atas dunia merimaskan daku, maka daku akan ke Pulau Besar kerana rahmat-Nya menanti di sana
Pulau Besar, Pulau Bertuah, kata guruku yg utama
Di mana tuahnya, hanya jauhari yg mengenal maknikam
Pulau Besar, Pulau Misteri...banyak orang mencari misteri yg tidak sudah di sana
Ada 9 pulau semuanya dan Pulau Besar yg terbesar dan terletak di tengah2 yg lainnya, apakah makna, apakah maksudnya...
Zahirnya semakin dinodai oleh penguasa yg tidak mengenal tuahnya dan pengunjung yg melakukan kesyirikan dan kemaksiatan, namun pulau bertuah ini masih di situ...
Pulau Besar, Dia menunjukkan dan menyatakan sifat harus-Nya di situ pada diriku yg jahil ini...
Pulau Besar merakam pelbagai peristiwa dan sejarah, dua sunan berguru di situ...
Pulau Besar, jika mahu mendengar dan melihat yg ghaib menjadi nyata, cari2lah tempatnya di situ
Pulau Besar, beberapa lokasinya menjadi pusat pertemuan utama segolongan insan...natijahnya dunia tidak tahu...
Memulihkan diri, mencari kekuatan dalam dalam diri, maka destinasinya adalah Pulau Besar...
Pulau Besar, tiada kesedihan yg begitu menyerap dan mendalam melainkan peristiwa di sana...
Pulau Besar, bahtera di lautan bergerak dengan terlalu perlahan, daku malu pada Yang Maha Esa...
Pulau Besar, kau masih dikunjungi oleh pengunjung setiamu yg terus setia seperti diriku ini...tidak jemu untuk aku mengunjungimu dan bersahabat denganmu...
Bertikhtikaflah di mana-mana masjid yg utama di Melaka, sebelum ke sana, jika anda mengetahui rahsianya...
Pulau Besar, nyata keghaiban itu zahir kekuasaannya pada mereka yang bongkak dan menurut hawa nafsu...marina yang tidak siap menjadi buktinya...
Pulau Besar, yang hak di situ, yg batil di situ, pandai2lah memilih mana yang kamu kehendaki
Pulau Besar, ketika hati kecilku mengatakan perlu ke sana, maka aku pun mengunjungimu...
Pulau Besar, antara destinasi mereka yg memilih mati yg berbeza di lokasinya yang rahsia..
Kau mahukan hikmah, sakti dan natijah amalan, ke sanalah kau ke Pulau Besar, Kau mahukan kesyirikan, ke sanalah juga tempatnya, Kau rindukan rahmat dan kasih Ilahi, berkorbanlah untuk ke sana...Kau dambakan keheningan daripada kesibukan dunia, ke sanalah jua tempatnya...
Pulau Besar, makin banyak kugali, makin banyak yg ku tidak tahu,,, itulah kebesaran-Nya...
Pulau Besar, kaulah Pulau dihatiku di Tanah Melayu, bumi bertuah ini...Moga kita akan terus bersama...
SubhanallaH.AlhamdulillaH.Allahuakbar.
BalasPadamteringin rasanya hamba ke sana...
Semoga diizinkan-Nya.
(Wan Khairul Azmi)
Tuan hamba buatlah rombongan dgn kawan2 spt Tuan BJ dan AZ, cari masa yg sesuai, ambil cuti dan pergilah...nak bawa isteri dan anak2 pun boleh...
BalasPadammenarik nie...tapi kena ada sorang 'otai' join skali... kami tak pernah ke sana... kang gi, jadi makan angin pulok...
BalasPadam(BJ)
Tuan BJ, kalau nak hamba join, kena 'booking' awal..:-)
BalasPadambetul tu tuan BJ. kena ada 'otai' mcm Tuan QAH ke.. kalu jadi comel jugak ni..mintak tuan BJ ngejas la..:)
BalasPadamWKA
QAH wrote,"Ketika daku 'sedikit bercelaru' dengan ketentuan-Nya masa kini, maka aku akan ke sana utk menjadikan kecelaruan itu satu yg indah dari-Nya...
BalasPadamKetika hatiku dibalut luka dalam menerima ketentuan-Nya yg bakal datang, maka aku akan ke sana utk menjadikan ketentuan-Nya itu diredhai sepenuhnya,"
tersangat musykil, ketentuan apakah yg bakal datang, jika sudi tuan huraikn?
Salam Anon 519pm - ada perkara yg rahsia antara kita dgn DIA, ada yg rahsia DIA saja yg tahu dan kita tidak tahu, ada yg dikongsi dengan isteri, ada yg dikongsi dgn pembaca, begitulah...
BalasPadam