TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Selasa, 19 April 2011

Tak ke Mana-Mana, Bersembang Dengan Dua Sheikh

Assalamu'alaikum,

Hujung minggu lepas, hamba tak ke mana-mana.  Tengahari Ahad, selepas Zohor, hamba sekeluarga ke rumah kawan yang buat kenduri kesyukuran. Petangnya, kira-kira jam 625 petang, seorang sahabat hamba, Sheikh Lampir ambil hamba di rumah dan kami ke sebuah perhentian komuter utk ambil seorang lagi Sheikh, Sheikh Mangkuk.

Kemudian kami pergi minum-minum dulu. Selepas minum, kami bersolat Maghrib di sebuah masjid dan kemudian bergerak ke sebuah restoran untuk sesi sembang-sembang. Sheikh Mangkuk ada seminar esoknya (Isnin) di sekitar Sunway, jadi beliau mengambil peluang ini untuk bertemu Sheikh Lampir dan hamba sendiri. Sheikh Lampir pun dah lama tak jumpa Sheikh Mangkuk ni, ini kali kedua mereka bertemu secara zahir, sebelum ni dok bersembang cara maya saja...

Banyak juga yang disembangkan sampai kira-kira 1115 malam tu... Antara yang menarik adalah berkenaan 'menerima Af'al yang mendatang' yang dikemukakan oleh Sheikh Mangkuk, siap dengan hadis dan sirahnya.  Sheikh Lampir pula mengemukakan hujah balasnya, bersetuju dan tidak bersetuju dengan isu 'menerima Af'al yang mendatang' ini, di mana yang bersetuju dan di mana yang tidak bersetuju...Ringkasnya, menurut Sheikh Lampir, boleh 'tidak menerima' jika tahu 'di mana hendak duduknya'... Hamba jadi 'pemerhati' saja lihat dua orang Sheikh bermuzakarah....he3...

Hamba pula 'memegang af'al yang asal', yakni yang mula terzahir, jadi tak ada masalah untuk 'menerima atau menolak af'al yang mendatang'. Memandangkan hujah Sheikh Mangkuk menarik, hamba minta pandangan guru hamba tentang 'menerima Af'al yang mendatang' ini. Katanya 'ikut ilmu masing-masing', maksudnya kita meraikan pandangan sahabat tentang amalannya 'menerima af'al yang mendatang', tetapi ikut ilmu kita sendiri 'apabila berhadapan dengan situasi sedemikian'. Maksudnya, tidak boleh taklid  buta, kena ikut ilmu masing2, dalam berhadapan sesuatu perkara, kita boleh menerima dan menolak 'af'al yang mendatang' dalam faham ilmu kita, sebagaimana hujah Sheikh Lampir tentang boleh menerima atau menolak 'af'al yang mendatang', dalam faham ilmu beliau. 

Mudahnya, rahmat dan ilmu Allah Taala itu luas, tidak boleh kita standardkan dengan satu cara sahaja, masing2 dengan ilmu dan kaedah masing-masing, tidak boleh kita katakan cara kita saya yang benar, cara orang lain salah, asalkan menuju matlamat yang sama,  tiada yang salah, semuanya benar, Insya-Allah. Di situlah menariknya muzakarah dua orang Sheikh ni, tak ada saling menyalahkan, perbezaan pendapat itu membuahkan rahmat dengan hujahan masing-masing. Susahnya kalau bermuzakarah dengan 'mereka yang tertutup', tidak banyak pergaulan, tidak banyak ziarah, 'dok rasa depa saja yang hebat/betul'...Orang-orang macam ni belum matang.

Banyak lagi yang disembangkan dalam persembangan ini. Antaranya bab doa Akashah...Sheikh Mangkuk membuka tentang saliur-galurnya, Sheikh Lampir membuka tentang sejarahnya.  Terpesona seketika hamba ketika Sheikh Lampir membuka tentang sejarah doa ini. Umumnya mereka yang terlalu berpegang dengan ilmu hadis 'kurang berminat' dengan doa ini kerana dikatakan tiada hadis sahih mengenainya. Tetapi pengalaman hamba dengan guru-guru tasawuf, doa ini memang bukan sebarang doa juga.  Kalau pembaca hendak tahu tentang doa ini, carilah  Do'a Akashah dalam kitab Majmu' Syari, kitab kecil yang berkulit emas tu....Nak amal tak ada salahnya, cuma kalau dah berguru, elok 'minta izin/restu' guru untuk amalkan doa ni... Sheikh Mangkuk ada pengalaman tersendiri bab ini...Panjang, memang panjang doa ini, dan nama Nabi Syith A.S. dan Nabi Danial A.S juga disebut dalam doa ini.

Kami juga ada sembang2 bab Yaasin Fadilat dan guru di hujung benua.   Yaasin Fadilat memang ada 'banyak jenis', ada yang bersalur-galur dengan Sheikh Ahmad Tabrani, ada yg bersalur-galur dengan Sheikh Ahmad Darobi, dan ada Yaasin Fadilat yang telah dicetak dan dijual di kedai-kedai tertentu. Kalau nak beramal, afdalnya ambil izin daripada guru yang boleh beri izin, dengan itu kita boleh bertanya kaedah membacanya, di mana hentinya, di mala ulangnya, di mana nak berdoa dan lain-lain  selain 'ada barokah' dari guru yang memberi izin...Tetapi kalau beli kat kedai buku, dengan niat yang betul, hati yang ikhlas, insya-Allah boleh amalkan juga. Moga2 keikhlasan si pengamal akan beroleh natijah yang baik juga disisi-Nya. Kan dituntut untuk kita membaca Al-Quran, Kalam Allah...

Satu kebetulan malam tersebut adalah ketiga-tiga kami mempunyai jalan Naqsyabandi Kholidi...Sheikh Mangkuk ambil sendiri di Besilam daripada Sheikh Hashim Syirwani (melalui sanad Sheikh Abdul Wahab Rokan), Sheikh Lampir ambil di Pahang dan hamba ambil di Kuala Kangsar (melalui sanad Sheikh Abdul Rahman, sahabat seguru Sheikh Abdul Wahab Rokan di Mekah)...cuma sanad hamba 'kelabu sikit' sebab 'amalan hamba dlm tariqat ini kurang' sedangkan Sheikh Mangkuk dan Sheikh Lampir dah banyak kali bersuluk...Jadi hamba dok ternganga dengaq dua orang Sheikh ni sembang bab silibus Naqsyabandi Kholidi...:-)...Cuma satu perkara utama yang disetujui adalah pengamal-pengamal tariqat kena menutup ruang fitnah yang timbul daripada isu-isu yang ditimbulkan (seperti kes di Sungkai tempohari)  Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...

Sheikh Mangkuk tanya tentang persetujuan 'Matlamat Tariqat, Hakikat dan Makrifat Adalah Menyempurnakan Syariat (pada diri sendiri)', hamba kata kita pasti setuju, yang tak setuju geng2 hakikat, geng2 rohani saja yang depa dok perasan 'dah kenyang dengan berniat', walaupun zahirnya 'depa makan juga untuk kenyang'...:-)...Insya-Allah, moga2 hamba diberi kelapangan masa dan petunjuk-Nya untuk menyiapkan tajuk tu...

Takat tu dululah...kalau nak ceghita pun, ada yg tak boleh ceghita..Selepas hantar Sheikh Mangkuk di rumah adiknya, Sheikh Lampir hantar hamba di rumah dan beliau pun balik ke rumahnya...Alhamdulillah, 'terisi' juga hujung minggu hamba dengan sembang-gebang tariqat tasawuf...

wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan