Assalamu'alaikum,
Yang pertamanya sila salin dan tampal posting ini dan sebarkan kepada rakan-rakan...
Adakah editor di The STAR tidak tahu babi adalah haram untuk umat Islam atau sengaja buat-buat tidak tahu?
Adakah editor di The STAR terlalu jahil kerana tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu babi adalah haram untuk umat Islam?
Adakah editor di The STAR terlepas pandang perkara penting sebegini atau sengaja berbuat begitu?
Apakah maksud dan tujuan mereka berbuat demikian?
Mereka sebenarnya sengaja mencari isu dan masalah dengan umat Islam. Ketepikan faham politik anda, ketepikan kepentingan ekonomi anda. Mereka sengaja ingin menduga sejauhmana sensitiviti umat Islam dengan isu itu. Mereka sengaja ingin menyakitkan hati kita, umat Islam dengan isu sebegitu.
Apakah kita perlu menyokong dengan membeli akhbar The STAR yang dipunyai oleh bukan Islam yang sengaja mencari isu dan masalah dengan umat Islam?
Bersama-samalah kita memboikot dan memulaukan dari membeli akhbar The STAR. Ajak, pujuk dan rayu sahabat, rakan, saudara-mara anda yang membeli akhbar The STAR agar tidak terus membelinya.
‘Penjelasan The Star tidak memuaskan’
KUALA LUMPUR 12 Ogos – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak berpuas hati dengan penjelasan pihak pengurusan akhbar The Star berhubung iklan hidangan daging babi dalam suplemen Ramadan Delights yang disiarkan kelmarin.Justeru, beliau telah memanggil Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai untuk bertemu secara peribadi dalam masa terdekat bagi mendapatkan pendirian dan penjelasan penuh pengurusan akhbar tersebut berhubung isu sensitif itu.
“Saya tidak berpuas hati dengan penjelasan yang telah diberikan berhubung penerbitan iklan dan tulisan mengenai hidangan daging babi dalam sisipan mereka,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Kelmarin, akhbar berbahasa Inggeris itu dilihat tidak sensitif dan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini apabila menyiarkan iklan berserta gambar hidangan daging babi dalam sisipan khas Ramadan Delights.
Iklan itu dilihat amat janggal kerana umum mengetahui daging babi haram dimakan umat Islam dan penyiarannya bersama sisipan tentang juadah berbuka puasa dilihat sebagai tidak sensitif terhadap bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Chun Wai dipercayai telah dipanggil memberi keterangan kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini berhubung perkara itu dan perlu memberi keterangan sekali lagi kepada Hishammuddin dalam masa terdekat.
Selain itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan akhbar tersebut tidak serius dan sambil lewa dalam permohonan maaf mereka kerana hanya menyiarkan kenyataan dua perenggan dalam muka surat tiga akhbar berkenaan hari ini.
sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0813&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm&arc=hive
Ambil tindakanke atas editor
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Persatuan Peguam Muslim Malaysia menuntut akhbar The Star mengambil tindakan terhadap editor yang terlibat dengan paparan masakan daging babi dalam sisipan Ramadan Delights kelmarin.
Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, apatah lagi permohonan maaf dua perenggan The Star di muka surat tiga akhbar itu hari ini dilihat terlalu kecil dan tidak memadai dengan perbuatan mereka yang jelas menyinggung perasaan umat Islam.
''Kita tidak mahu perkara yang membangkitkan sensitiviti umat Islam dipandang remeh. Tapi kalau yang menyentuh sensitiviti mereka, pelbagai tekanan diberikan kepada umat Islam termasuk dilabel tidak sensitif atau perkauman.
''Justeru, The Star tidak boleh ambil mudah. Perlu ada tindakan (terhadap editor terlibat) dan mereka juga mesti memaklumkan kepada rakyat negara ini apa bentuk tindakan yang telah diambil," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, The Star menyiarkan iklan masakan daging babi serta artikel mengenai restoran yang menyediakannya dalam sisipan Ramadan Delights yang merupakan ruangan khas bagi mempromosikan tempat berbuka puasa kepada umat Islam.
Mengenai permohonan maaf The Star hari ini, Zainul Rijal berkata, ia sememangnya tidak memadai kerana ada beberapa perkara yang boleh dipertikaikan termasuk penggunaan perkataan oversight yang boleh ditakrifkan sebagai terlepas pandang atau tidak perasan.
Katanya, selain itu, ramai yang kurang senang dengan bentuk permohonan maaf tersebut yang hanya dibuat dalam dua perenggan atau enam baris sedangkan perbuatan mereka kelmarin membangkitkan sensitiviti agama.
''Soal terlepas pandang atau tak perasan memang tak masuk akal. Semua tahu babi itu haram kepada orang Islam. Sebab itu The Star kena jelaskan kenapa ia boleh berlaku selain memaklumkan kepada umum tindakan yang telah diambil terhadap editor berkenaan.
''Dengan beberapa perkembangan semasa, kita tidak mahu umum mempunyai persepsi bahawa apa yang berlaku ini sengaja dicetuskan untuk membangkitkan rasa marah umat Islam," jelasnya.
sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0813&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm&arc=hive
KDN digesa gantung permit The Star
MELAKA 12 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menggantung permit penerbitan akhbar The Star kerana menyiarkan iklan dan berita mempromosi daging babi dalam suplemen khas Ramadan Delights kelmarin.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebagai media penerbitan, akhbar tersebut sepatutnya sensitif dan menghormati perasaan umat Islam dan bukan melakukan perkara yang boleh menimbulkan provokasi kaum.
''Tindakan akhbar itu sangat biadab dan tidak sensitif langsung terhadap perasaan umat Islam di negara ini dan amat menyedihkan ia berlaku pada bulan Ramadan dan merupakan penghinaan kepada masyarakat Islam," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri 2011 anjuran Badan Amal Kebajikan Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (Bistari) dan Mamee Double Decker (M) Bhd. kepada 177 orang terdiri warga emas, pelajar miskin dan Pusat Dalam Komuniti (PDK) bagi kawasan Parlimen Masjid Tanah.
Mohd. Ali yang juga Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) berkata, permohonan maaf akhbar tersebut berhubung perkara itu tidak memberi sebarang makna sebaliknya telah mencalar perasaan umat Islam serta menghina kesucian bulan Ramadan.
Ujarnya, perkara tersebut boleh dielakkan sekiranya akhbar berbahasa Inggeris itu peka dan menghormati masyarakat Islam dan tiada motif mewujudkan provokasi kaum.
''Kita mahu KDN menggantung permit akhbar ini kerana ia satu perbuatan melampau dan langsung tidak boleh diterima kerama ia amat memalukan Islam.
''Akhbar ini perlu bertanggungjawab terhadap insiden ini dan saya harap KDN tidak perlu bimbang untuk menarik balik permit akhbar tersebut kerana mereka jelas menghina Islam," katanya.
sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0812&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm&arc=hive
NGO kecam The Star
KUALA LUMPUR 11 Ogos – Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membidas tindakan akhbar The Star yang menyiarkan suplemen Ramadan Delights yang turut memaparkan iklan dan berita mempromosi daging babi pada keluaran semalam.
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pihaknya amat kesal dengan penyiaran tersebut kerana ia telah mencemari kesucian Ramadan dan menyinggung perasaan orang Islam.
“Perbuatan tersebut amat menghina orang Islam kerana tidak mungkin orang bukan Islam negara ini tidak mengetahui orang Islam tidak boleh memakan daging babi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Tambah Zainul Rijal, The Star perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan kejadian tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam.
“Hubungan orang Islam dengan bukan Islam sedikit pudar ekoran pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja baru-baru ini, jadi The Star hanya ‘menambah api’ yang sedang membara di hati orang Islam ketika ini,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma’amor Osman berkata, isu tersebut tidak boleh dipandang remeh kerana ia langsung tidak menghormati sensitiviti orang Islam di negara ini.
“Iklan yang ingin disiarkan perlu diteliti terlebih dahulu faktanya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan isu agama. Jadi, tindakan akhbar tersebut hanya akan menunjukkan kebodohan mereka sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mengecam akhbar tersebut kerana langsung tidak memahami sensitiviti agama Islam lebih-lebih lagi ketika Ramadan.
“Perkara ini sengaja dilakukan untuk menghina Islam secara halus dan apa pun alasannya ia perbuatan yang biadab dan langsung tidak sensitif dengan agama rasmi negara ini.
“Jika akhbar Melayu yang melakukan perkara sedemikian, ia akan dilabel sebagai tidak sensitif dan sengaja memainkan isu perkauman,” katanya.
Sebelum ini, iklan Ramadan yang disiarkan stesen televisyen 8TV ditarik balik penyiarannya berikutan kononnya pengumuman khidmat masyarakat (PSA) tersebut berbaur rasis.
Dalam tiga klip iklan yang disiarkan, iklan tersebut memaparkan seorang perempuan Cina yang tidak menghormati bulan puasa dan dia digambarkan memakai pakaian seksi, tamak serta tidak beradab ketika mengunjungi bazar Ramadan.
Iklan tersebut turut menyiarkan adab yang sepatutnya dilakukan oleh penganut agama lain bagi menghormati Ramadan.
sumber : http://www.malaysiakini.com/news/172710
Juadah 'tidak halal': Star dipanggil KDN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.
Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan.
"Kementerian memandang serius perkara ini, terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.
- Bernama
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.
Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan.
"Kementerian memandang serius perkara ini, terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.
- Bernama
mana dia PERKASA.PEKIDA , PATRIOT dan PEMUDA UMNO buatlah demo depan pejabat akhbar The Star.
BalasPadamSalam TTES, Perkasa dah buat. Mana UMNO, PKR, PAS??? Mana GAMIS, PKPIM, ABIM, JIM dll???
BalasPadamWira Perkasa bantah akhbar The Star (Utusan Malaysia)
IPOH 17 Ogos - Sayap Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Wira Perkasa Negeri mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan bangunan pejabat akhbar The Star di sini sebagai bantahan terhadap penyiaran gambar daging babi di ruangan Ramadan Delights, di akhbar berkenaan baru-baru ini.
Setiausahanya, Aizad Syibrie Fakhruddin Razi berkata, perhimpunan itu dibuat bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap akhbar berkenaan yang dilihat tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.
"Kami menggesa akhbar The Star menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia kerana walaupun mereka telah berbuat demikian menerusi akhbar berkenaan, tetapi kami melihatnya sebagai tidak ikhlas dan seperti melepaskan batuk di tangga.
"Kami tak pernah ganggu bangsa atau kaum lain, tetapi kenapa mereka ganggu kita menerusi isu-isu sensitif seperti ini?
"Kami sebulat suara mengatakan bahawa akhbar The Star adalah akhbar yang anti-Islam," ujar Aizad selepas Wira Perkasa membakar akhbar The Star sebagai simbolik menyatakan rasa marah di hadapan bangunan akhbar berkenaan, di sini.