Assalamu'alaikum,
2 September 2011 bersamaan 4 Syawal 1432, hamba sekeluarga ke Bukit Bendera, Pulau Pinang. Hamba 'ada urusan' di puncak sana, jadi ambil peluang bawa anak dan isteri untuk jalan-jalan sempena cuti Raya. Memandangkan cuti Raya yang panjang, memang sesak juga kat stesen bawah sebelum naik ke atas. Kami terpaksa menunggu dalam 30 minit sebelum dapat naik keretapi yang baru. Hamba dah banyak kali ke Bukit Bendera, dari zaman sekolah menengah sehinggalah bersama keluarga. Ini merupakan kali pertama naik ke Bukit Bendera dengan keretapi baru...
Perjalanan dari stesen bawah...
Dalam setiap masa, ada 2 buah keretapi yang beroperasi, satu naik dan satu turun...
Di puncak Bukit Bendera
Jambatan Pulau Pinang masih kelihatan
Dulu, dalam 1980-an dan awal 90-an, KOMTAR adalah tumpuan rakyat dan pelancong di sini. Sekarang, tidak lagi. Dunia persaingan sentiasa berubah. Kita boleh menang hari ini, tetapi kita mungkin kalah esok hari...
Hamba pernah mendaki Bukit Bendera melalui Taman Botani pada tahun 1988
Jika cuaca mengizinkan, anda boleh nampak Gunung Jerai dari puncak Bukit Bendera
Cuaca sedikit berkabus pada hari ini
Keretapi lama dipamerkan untuk tatapan sejarah
Gerai menjual cenderamata tak banyak mana...
Ada klinik di sini...
Pentas terbuka ini mempamerkan pelbagai koleksi ular dan anda boleh bergambar dengan ular-ular ini dengan sedikit bayaran
Balai Polis pun ada di puncak Bukit Bendera
Tahun 1988, hamba mendaki Bukit Bendera semasa menyertai sebuah perkhemahan pengakap di Kem Coronation di Taman Botani (kini Kem Coronation sudah tiada 'dimakan arus pembangunan')
Budak2, pi mana pun, yg ni jugak depa suka
Kabus, bukan jerebu
Jangan terkejut, pejabat pos pun ada di puncak Bukit Bendera
Terasa sedikit sejuk, tapi OK je bagi kami yg 'pernah merasa musim sejuk' di luar negara...:-)
Apa dah jadi??? Kerajaan negeri tidak sensitif dengan perkara ini?
Masjid Bukit Bendera dari kawasan permainan
Ini kawasan larangan (berhampiran Masjid Bukit Bendera)... apa di sebaliknya? ...itu adalah rahsia kerajaan...he3... Nak tau tanya orang Pulau Pinang...
Dari atas bukit yang menempatkan kawasan permainaan
Setelah banyak kali ke sini, 'Tiada apa yang menarik di Bukit Bendera'... Kerajaan negeri belum bijak dalam mempromosikan pelancongan tanah tinggi...
Hamba dan keluarga tak masuk pun....takdak mende pun kalau nak masuk....
Satu-satunya hotel di puncak Bukit Bendera
Pemikiran sebahagian orang Islam di Malaysia masih terjajah. Bukit-bukit, nama tempat, nama jalan masih nak letakkan nama orang luar... jangan harap kaum Cina dan India di Malaysia, mereka bukan 'pewaris sebenar bumi ini'.
Memandangkan kerajaan negeri dikuasai kaum Cina dari dulu, jangan harap mereka akan tukarkan nama-nama seperti ini...
Ini pembaharuan dari dulu, utk yg dah tak kuasa nak berjalan kaki...
Koleksi cenderamata yang dijual masih terhad....
Flora adalah tumpuan hamba kalau ke tempat sebegini...Malangnya hanya sedikit yang ditanam di puncak ini. Kerajaan negeri seharusnya menanam lebih banyak pokok bunga memandangkan hawasejuk yang ada di puncak Bukit Bendera...
Tiada satu lokasi yang dipenuhi bunga yang benar-benar menawan hati
Pi mai pi mai tang tu...itu antara kesimpulan hamba apabila menjejakkan kaki ke puncak Bukit Bendera buat sekalian kalinya...tiada pembaharuan yang benar-benar dapat menaik pelancong agar datang lagi...
Bukit Bendera ditutup setahun lebih untuk menawarkan perkhidmatan keretapi baru yang lebih canggih, lebih luas dan lebih cepat...Malangnya restoran/kedai makan di puncak masih ditutup untuk pengubahsuaian.. Depa buat apa waktu tutup setahun lebih tu??? Kenderaan 4WD masih boleh naik Bukit Bendera melalui Taman Botani utk hantar barang...
Kemudahan tandas awam kelihatan di sana-sini..
Beratur nak balik...memang ramai orang
Satu perkara penting adalah kena bawa kad pengenalan untuk beli tiket (di stesen bawah) untuk dapatkan harga pelancong tempatan. Harga tiket untuk pelancong luar negeri memang 'mahal'...
Mr. Bean mengurangkan letih menunggu
Pengalaman semasa turun 'menarik juga'
Koc baru berhawa dingin dan boleh memuatkan sekitar 100 orang rasanya dalam satu perjalanan yang mengambil masa kurang dari 10 minit...
Rata-rata pengunjung adalah pelancong tempatan yang bukan orang Pulau Pinang
Lajunya sampai nak ambil gambar pun tak sempat
Dah sampai kat stesen bawah....
Kemudahan bilik air juga disediakan di bawah
Pemandangan sekitar stesen bawah
Kawasan parkir bertingkat ini sudah siap tetapi tidak dibuka kepada orang ramai/pelancong...Entah apa sebabnya??? 'Ada masalah lah tu!!!'... Gerak hati hamba kata mungkin ada masalah struktur kerana tiangnya kelihatan kecil...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan