Assalamu'alaikum,
Artikel ini dah lama terpendam dalam tangan hamba. Dah dua bulan berlalu dari tarikh sebenar hamba ke Pulau Besar, Melaka. Alhamdulillah, hamba dapat menyiapkan artikel ini pada hari ini. Ini artikel ketujuh dan terakhir dalam kunjungan hamba ke Pulau Besar pada 9-10 Julai 2011 selepas Makam Sheikh Yusuf Siddiq, Gua Yunus, Makam Sheikh Ibrahim r.a. , Makam Syarifah Rodziah , khurafat di Pulau Besar, khurafat dan bidaah sebelum ini. Pulau Besar Melaka adalah Pulau Bertuah. Mengapa bertuah, di mana tuahnya, hamba tidaklah tahu. Tetapi itulah kata-kata guru hamba yang mulia. Hamba ada corekan sedikit tentang pengalaman hamba dengan Pulau Besar sebelum ini.
Dalam sejarah, umumnya Pulau Besar Melaka merupakan tempat penyebaran, pengembangan agama Islam di Melaka dan Nusantara. Bersemadinya para Wali Allah di situ, ulamak-ulamak di situ mengungkap satu rahsia mengapa Pulau Besar itu yang menjadi pilihan untuk disemadikan jasad mereka di situ. Apabila dikatakan pusat pengembangan agama Islam, maka Pulau Besar sebenarnya adalah pusat aktiviti kerohanian Islam suatu ketika dahulu.
Pulau Besar Melaka juga merupakan pusat pelbagai ilmu persilatan. Tanyalah guru-guru silat tentang kedudukan Pulau Besar dalam hierarki ilmu kependekaran, ilmu kepanglimaan dan ilmu tok guru, pasti ada pelbagai jawapan. Adakah silat penting bagi umat Islam di Malaysia? Pasti penting kerana ia adalah warisan yang begitu sebati dengan orang Melayu. Sepertimana tidak sempurna Melayu tanpa Islam, maka kuranglah hemah seseorang Melayu tanpa silat.
Marina Resort yang terbiar begitu sahaja
Alangkah baiknya kalau tempat ini ditukarkan wajahnya menjadi Pusat Tahfiz
Kita akan rugi selagi kita melihat keuntungan dunia dalam satu-satu perkara. Kita tidak akan rugi kalau kita melihat keuntungan akhirat dalam satu-satu perkara.
Sejarah semenjak 1980-an sehingga kini merakamkan pelbagai kerosakan yang melanda Pulau Besar akibat kegelojohan dan keserakahan nafsu sebilangan manusia. Maka terbinalah Marina Resort di belakang pulau. Maka terdamparlah padang golf 18 lubang merentasi sebahagian pulau. Maka terbinalah beberapa chalet di sekitar kawasan makam Sultan Arifin. Kegelojohan dan keserakahan nafsu sebilangan manusia tidak dapat melawan ketentuan Ilahi, Raja Segala Raja. Maka akhirnya, Marina Resort di belakang pulau tidak dapat beroperasi, tidak berpenghuni selain ular dan haiwan serta 'makhluk lain berkeliaran'. Maka akhirnya, padang golf 18 lubang merentasi sebahagian pulau tidak menjadi, tidak keruan. Cita-cita penerajunya untuk buat duit tidak kesampaian. Keuntungan yang diharapkan dengan pelaburan berjuta-juta, maka kerugian besar juga menjadi habuannya. Itulah ketentuan Sang Maha Pencipta, tidak dapat kita melawan ketentuan-NYA. Akhirnya terbiarlah padang golf 18 lubang menjadi projek gajah putih sebagaimana Marina Resort jirannya.
Kini, Pulau Besar menerima suatu masalah baru. Kedatangan begitu ramai pelancong beragama Hindu yang membuat 1001 'kerosakan' di atas Pulau Besar atas sebab Pulau Besar dijadikan lokasi pelancongan oleh pemerintah Melaka masa kini. Mereka menyembah Batu Belah di puncak pulau, mereka menyembah 'Makam Nenek Kebayan' di sebelah padang golf. Macam-macam jadi kat 'Makam Nenek Kebayan'. Begitu juga dengan Makam Tujuh Beradik dan Makam Tok Putih yang disembah mereka. Sebagai orang Islam, adakah anda redha dengan perkara ini? Tidak cukup dengan itu, kedapatan orang Islam yang melakukan kesyirikan dan kekhurafatan di Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Putih, Makam Tujuh Beradik dan lain-lain tempat. Adakah anda redha makam ibu-bapa, tok-nenek anda dipuja, disembah, dikhurafatkan oleh orang bukan Islam? Di manakah sensitiviti anda dalam perkara ini? Sedangkan Junjungan RSAW tercinta berpesan, umat Islam itu seperti satu tubuh??? Di manakah tugas dan tanggungjawab Jabatan Agama Islam Melaka?
Pulau Besar perlu dikembalikan kepada sejarahnya, sebagai tempat, pusat kegiatan pengembangan dan penyebaran Islam. Sebuah pusat tahfiz boleh didirikan dan mengganti Marina Resort yang terbengkalai itu. Pusat latihan dan dakwah Islam sama ada sama ada dimiliki oleh kerajaan negeri atau kerajaan pusat boleh dibina di sini. Maka aktiviti-aktiviti luar bilik darjah untuk pusat sebegini sesuai dijalankan kerana persekitaran Pulau Besar. Pusat kajian, pusat pengembangan, muzium sejarah atau apa-apa pusat berkaitan ilmu persilatan Melayu juga wajar dibuka di sini sama ada oleh pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan seperti PESAKA. Ini kerana Pulau Besar juga sinonim dengan ilmu persilatan dan kerohanian Melayu pada zaman dahulu kala. Ini lebih baik daripada menarik pelancong yang ruginya lebih banyak daripada untungnya, pada hakikatnya. Bekalan elektrik perlu disalur terus dari tanah besar, daripada bergantung kepada mesin penjana elektrik.
Hamba yakin jika cadangan-cadangan ini atau cadangan-cadangan lain yang berkaitan tajuk ini menjadi kenyataan, maka limpahannya akan sampai ke tanah besar juga. Moga-moga pihak yang berkuasa diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah Taala untuk menjadikan perkara-perkara berkaitan tajuk ini menjadi kenyataan. Kalau ada cadangan yang membina dari pembaca tentang Pulau Besar, sila masukkan dalam ruangan komen. Wassalam.
Kini, Pulau Besar menerima suatu masalah baru. Kedatangan begitu ramai pelancong beragama Hindu yang membuat 1001 'kerosakan' di atas Pulau Besar atas sebab Pulau Besar dijadikan lokasi pelancongan oleh pemerintah Melaka masa kini. Mereka menyembah Batu Belah di puncak pulau, mereka menyembah 'Makam Nenek Kebayan' di sebelah padang golf. Macam-macam jadi kat 'Makam Nenek Kebayan'. Begitu juga dengan Makam Tujuh Beradik dan Makam Tok Putih yang disembah mereka. Sebagai orang Islam, adakah anda redha dengan perkara ini? Tidak cukup dengan itu, kedapatan orang Islam yang melakukan kesyirikan dan kekhurafatan di Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Putih, Makam Tujuh Beradik dan lain-lain tempat. Adakah anda redha makam ibu-bapa, tok-nenek anda dipuja, disembah, dikhurafatkan oleh orang bukan Islam? Di manakah sensitiviti anda dalam perkara ini? Sedangkan Junjungan RSAW tercinta berpesan, umat Islam itu seperti satu tubuh??? Di manakah tugas dan tanggungjawab Jabatan Agama Islam Melaka?
Pulau Besar perlu dikembalikan kepada sejarahnya, sebagai tempat, pusat kegiatan pengembangan dan penyebaran Islam. Sebuah pusat tahfiz boleh didirikan dan mengganti Marina Resort yang terbengkalai itu. Pusat latihan dan dakwah Islam sama ada sama ada dimiliki oleh kerajaan negeri atau kerajaan pusat boleh dibina di sini. Maka aktiviti-aktiviti luar bilik darjah untuk pusat sebegini sesuai dijalankan kerana persekitaran Pulau Besar. Pusat kajian, pusat pengembangan, muzium sejarah atau apa-apa pusat berkaitan ilmu persilatan Melayu juga wajar dibuka di sini sama ada oleh pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan seperti PESAKA. Ini kerana Pulau Besar juga sinonim dengan ilmu persilatan dan kerohanian Melayu pada zaman dahulu kala. Ini lebih baik daripada menarik pelancong yang ruginya lebih banyak daripada untungnya, pada hakikatnya. Bekalan elektrik perlu disalur terus dari tanah besar, daripada bergantung kepada mesin penjana elektrik.
Like :)
BalasPadam