Assalamu'alaikum,
Selepas ke Jeruk Madu Pak Ali di Wakaf Seetee Aisah Seberang Jaya, kami singgah di Mee Udang Pak Ngah di Sungai Dua. Dah ramai kekawan yang cadangkan kami singgah di sini, untuk merasai kelainan berbanding mee udang Sungai Dua yang terletak bersebelahan sungai. Kalau anda turun dari Lebuhraya PLUS, sebelum tol Sungai Dua (dari Bukit Mertajam/Seberang Jaya) atau selepas tol Sungai Dua (dari Sungai Petani dan Utara), ambil simpang ke Pekan Sungai Dua. Masuk saja jalan biasa, Restoran Mee Udang Pak Ngah terletak di sebelah kiri jalan. Wassalam.
Hamba minta izin pekerjanya untuk ambil gambar dan masukkan dalam blog
Udang kena pilih sendiri
Kerusi mejanya biasa2 saja tapi boleh menampung lebih 100 orang rasanya
Memang menyelerakan...rasanya? Kenalah rasa sendiri!!!
Sawah padi aka Bendang bersebelahan Mee Udang Pak Ngah