Assalamu'alaikum,
Masih dengan cerita tahun 2014 yang belum habis. Hamba sempat ke Ekspo Buku Islam di Putrajaya pada tahun lepas. Apa2pun, yg pertamanya, tahniah kepada penganjur atas inisiatif ini. Cuma kalau nak tambah baik, bilangan penerbit dan jumlah buku haruslah ditambah. Masih terasa 'kecilnya' ekspo buku Islam ini berbanding ekspo buku yang lain. Kita tidak harus melihat buku Islam menurut kacamata kita hanya yang pada tajuknya 'ada perkataan Islam', susah kalau gitu. Ada beberapa penerbit dari Brunei, Singapura, China Indonesia dan Timur Tengah. Hamba mengharapkan lebih banyak penerbit dari Indonesia kerana lebih banyak buku2 tasawuf di sana, tetapi penyertaan dalam Ekspo Buku Islam ini masih terhad. MAPIM yang mewakili universiti pun tidak banyak buku yang dipamerkan. Penganjur harus fikirkan tentang sewa, kemudahan penginapan, keluasan tapak lokasi, promosi yang dijalankan (taklah ramai sangat pengunjung), dan lain-lain aktiviti untuk menarik pengunjung. Apa2pun, ia satu permulaan yang baik. "Putrajaya' sebagai satu jenama harus dikaitkan dan diikatkan dengan "Islam", bukannya dengan "Hard Rock Cafe" dan lain-lain jenama maksiat atau terlalu kebaratan atau membawa imej liberal. Wassalam.