TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Jumaat, 26 Februari 2016

Kalau nak sedekah tahlil boleh ke idak?


sumber : Facebook Abu Abdullah Yasin


Soalan:

Kalau nak sedekah tahlil boleh ke idak?



Sahih Bukhari 1299/7008: 
Dari 'Aisyah radliallahu 'anha bahwa ada seorang laki-laki berkata, kepada Nabi Shallallahu'alaihiwasallam: "Ibuku meninggal dunia dengan mendadak, dan aku menduga seandainya dia sempat berbicara dia akan bersedekah. Apakah dia akan memperoleh pahala jika aku bersedekah untuknya?". Baginda menjawab: "Ya, benar". [Sahih Bukhari 2554/7008; Sahih Muslim 3082/5362; Sahih Muslim 3083/5362; Bulughul Maram, I...bnu Hajar Al-Asqolani, Kitab Jual-beli#983]



Sahih Bukhari 5562/7008: 
Telah dikisahkan kepada kami Ali bin 'Ayasy telah dikisahkan kepada kami Abu Ghassan dia berkata; telah dikisahkan kepadaku Muhammad bin Al Munkadir dari Jabir bin Abdullah radliallahu 'anhuma dari Nabi sollallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Setiap perbuatan baik adalah sedekah."



Sahih Muslim 1181/5362: 
Telah dikisahkan kepada kami Abdullah bin Muhammad bin Asma` Adl Dluba`i telah dikisahkan kepada kami Mahdi yaitu Ibnu Maimun telah dikisahkan kepada kami Washil mantan budak Abu 'Uyainah dari Yahya bin 'Uqail dari Yahya bin Ya'mar dari Abul Aswad Ad Du`ali dari Abu Dzarr dari Nabi sollallahu 'alaihi wasallam bahwa beliau bersabda: "Setiap pagi dari persendian masing-masing kalian ada sedekahnya, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, dan setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir sedekah, setiap amar ma'ruf nahyi mungkar sedekah, dan semuanya itu tercukupi dengan dua rakaat dhuha."



Sahih Muslim (1523/5362)
Telah dikisahkan kepada kami Abu Bakr dan Utsman -keduanya adalah anak dari Abu Syaibah- -dalam jalur lain- Dan telah dikisahkan kepadaku Amru An Naqid semuanya berkata, telah dikisahkan kepada kami Abu Khalid Al Ahmar dari Yazid bin Kaisan dari Abu Hazim dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Talkinlah diantara kalian yang didatangi mati, Laa Ilaaha IllaLLah.”

-Dan telah dikisahkan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah dikisahkan kepada kami Abdul Aziz Ad Darawardi -dalam jalur lain
- Dan telah dikisahkan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah dikisahkan kepada kami Khalid bin Makhlad telah dikisahkan kepada kami Sulaiman bin Bilal semuanya menggunakan isnad ini.


Sahih Muslim (1524/5362)
Telah dikisahkan kepada kami Abu Bakr dan Utsman -keduanya adalah anak dari Abu Syaibah- -dalam jalur lain- Dan telah dikisahkan kepadaku Amru An Naqid semuanya berkata, telah dikisahkan kepada kami Abu Khalid Al Ahmar dari Yazid bin Kaisan dari Abu Hazim dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Talkinlah diantara kalian yang didatangi mati, Laa Ilaaha IllaLLah.”

Komen Tuan Guru berkenaan isu 16 orang penceramah yang tidak dibenarkan berceramah di Johor baru-baru ini?

sumber;  https://www.facebook.com/pondok.ledang


Alhamdulillah… akhirnya admin dapat jugak kesempatan untuk berbual-bual dengan syeikhuna Tuan Guru Syeikh Ibrahim Ibn Masran Al-Banjari hafizahullah, mengambilfaedah dan nasihat, serta berpeluang menemuramah syeikhuna tentang isu hangat seminggu dua ni yang berlaku di Negeri Johor.
Sebagaimana yang dijanjikan. Berikut ialah hasil temuramah kami dengan syeikhuna. Pesan admin, kalau boleh, kalam syeikhuna tu dibaca satu persatu dengan cermat.. Jom baca dengan tenang dan lapang dada.. Bismillah..
(Admin) : Apa komen Tuan Guru berkenaan isu 16 orang penceramah yang tidak dibenarkan berceramah di Johor baru-baru ini?
(Syeikhuna) : Masya Allah.. ana baca berita tentangnya dan rasanya tiada nak komen apa-apa. Sudah ramai orang yang bercakap tentangnya.
(Admin) : Err.. Maksud kami, adakah wajar pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bertindak sedemikian?
(Syeikhuna) : Ya akhi.. Itu dibawah bidang kuasa dia. Kita perlu faham.. Pada adatnya, setiap rumah, tanah, dan negeri, ada tuannya. Jangan kita masuk ke dalamnya, melainkan dengan rasa hormat dan menjaga adab. Jika tuan rumah itu bermazhab, maka raikanlah mazhabnya. Bukannya memgadu domba dan menghasut ahli rumah agar meninggalkan anutan mazhabnya. Bukan juga dengan menghina-hina dan melekeh-lekehkan mazhabnya. Kerana yang demikian itu tidak lain melainkan penghinaan dan perlekehan terhadap tuan rumah itu sendiri.
Siapa pun yang menjadi tuan rumah ketika itu, pasti tidak suka jika ada tetamu yang datang ke rumahnya kemudian membeberkan bicara yang mengandungi penghinaan dan perlekehan terhadap ahli keluarga, sanak saudara dan keturunannya, sehingga ahli rumah menjadi bermusuhan dan bertelagah. Maka jika tuan rumah itu tidak membenarkan tetamu itu bertandang ke rumahnya lagi, maka tindakan itu wajar. Dan itulah perkara lumrah yang berlaku pada adat kebanyakan orang kita.
Setiap rakyat yang mempunyai rumah, menjadi tuan di dalam rumahnya. Setiap pemimpin, menjadi tuan di dalam negeri yang mana ia memimpin rakyatnya. Dan setiap Sultan juga menjadi tuan kepada sekelian rakyat di dalam negeri dan jajahan takluknya. Sebagai tuan yang bertanggungjawab dan bermaruah bagi rumahnya atau negerinya, tentulah ia akan menjaga rumahnya dan negerinya dengan sebaik-baiknya. Apalagi jika ia bersangkutan dengan amanah dan tanggungjawab.
Maka tidak dianggap sebagai tuan rumah yg bertanggungjawab, jika sekiranya ia membawa masuk tetamu bahkan menyediakan ruang kepada tetamu itu untukmenghina ahli rumah dan anutan keturunannya.
Jadi, perkara ini lumrah dari sudut hukum adat. Bahkan dari sudut hukum syari'at pun memang ada dasarnya. Sebagai waliyul amri (pemerintah), mereka boleh menggunakan qaedah "Sadduz Zara'ei' / سد الذرائع" dalam masalah ini dengan tujuan untuk menutup dan menolak "mafsadah" yang besar yang mungkin bakal terjadi di dalam negerinya.
Dan bagi orang yang memerhatikan sejarah, di mana pun wujud kelompok yang berfahaman wahhabi, maka di situ akan berlaku perpecahan, permusuhan, pertikaian lidah, pentabdi'an (tuduhan sebagai ahli bida'ah), pengkafiran, bahkan juga pembunuhan. Ini semua adalah mafsadah.. Semoga Allah menyelamatkan kita dan mengampunkan dosa2 kita.
(Admin) : Tapi Tuan Guru, ada yang mengatakan penceramah tersebut bagus, dan kuliah-kuliahnya bermanfaat. Mengapa tidak dibiarkan saja supaya orang lain pun boleh ambil manfaat daripada mereka?
(Syeikhuna) : Jika benar bermanfaat, maka ambillah manfaat itu. Kita boleh mengambil manfaat, faedah, atau hikmah sekalipun daripada musuh kita. Itu tidak mengapa. Sabda Nabi Shallallahu 'alahi wasallam: 
الكلمة الحكمة ضالَّة المؤمن ، فحيث وجدها فهو أحق بها
"Hikmah itu merupakan barang pungutan orang mu'min, maka di mana saja ia bertemu, ia berhak mengambilnya".

Mengambil manfaat tidak salah. Tetapi berapa ramai orang awam yang tidak dapat membezakan antara manfaat dan mudharat? Sebagaimana ramainya orang tidak dapat membezakan antara kaca dan permata. Khususnya bagi kita yang hidup di akhir zaman. Zaman di mana diangkat dan ditariknya ni'mat furqaniyah, iaitu nikmat mampu membezakan antara haq dan bathil, membezakan yang benar dan yang salah, yang mana manfaat dan mudharat, dan sebagainya.
Terkadang kulitnya manfaat, tetapi isinya mudharat. Terkadang pucuknya mudharat, tetapi akarnya manfaat. Terkadang manfaat bagi kita, tetapi mudharat bagi saudara kita. Maka hal ini sangat berhajat kepada ahlinya yang dapat menunjuk jalan.
Jangan kita ukur berdasarkan nafsu semata-mata. Sebab itu kita perlu sentiasa minta kepada Allah Jalla wa 'Ala akan taufiq dan hidayah-Nya. Banyakkan berdoa :
اللهم أرنا الحق حقا وأرزقنا اتباعه وأرنا الباطل باطلا وأرزقنا اجتنابه
( "Ya Allah! Tunjukkanlah kepada kami yang benar itu sebagai kebenaran dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kepada kami yang bathil itu sebagai kebathilan dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya".)

(Admin) : Ada juga yang mengatakan tindakan MAIJ menyekat para penceramah yang bagus dan bermanfaat ini sebagai tindakan yang zalim. Apa pandangan Tuan Guru?
(Syeikhuna) : Mereka adalah waliyul amri (pemerintah). Mereka boleh bertindak di atas bidang kuasa mereka. Inilah waqi' yang perlu kita sedar dan fahami.
Kebaikan atau manfaat itu mungkin saja dapat diterima oleh 100 orang. Tetapi mudharat dan kesan bahayanya mungkin menimpa ke atas 1000 orang bahkan dapat mengkucar kacirkan kerukunan dan keharmonian masyarakat bagi sesebuah negeri itu.
Maka kita perlu faham apa yang lebih awla di sisi waliyul amri dalam menghadapi situasi ini. Di sana ada qaedah feqh : دفع المضار مقدم على طلب المنافع iaitu "menolak bahaya lebih diutamakan daripada menuntut manfaat."
Jadi dalam masalah ini, jika ditimbang dari sudut siasah syar'iyyah, tindakan mereka itu masih dianggap sah dan dibenarkan pada syarak. Ini ana kena amanah dengan ilmu. Ana perlu adil dalam menilai. Ana lihat tindakan MAIJ itu bukan disebabkan sentimen politik, bukan juga sembrono tanpa sebab musabab, bahkan ada sebab dan munasabah yang kuat. Dan lebih kepada nak mengawal negeri daripada dimasuki virus dan anasir yang boleh merosakkan aqidah dan muamalah rakyat. Mereka lebih kepada nak menjaga keharmonian rakyat khususnya umat Islam.
Kita perlu tahu, bahawa amalan dan pegangan umat Islam di negeri Johor ni sudah pun diwartakan sejak sekian lama. Dalam aqidah berpegang dengan Mazhab Asya'irah Maturidiyah. Dalam Syari'at atau feqah berpegang dengan Mazhab Syafie, dan menerima serta meraikan mazhab Hanafi, Hanbali dan Maliki. Sementara dalam Tasawuf pula bermazhabkan thoriqah Imam Junaid Al-Baghdadi dan juga thoriqah Imam Al-Ghazali. Ini suatu fakta.
Kalau kita mengaji qawaed feqh, di sana ada qaedah تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة "Tindakan pemerintah atau penguasa terhadap rakyat selalunya bergantung kepada pertimbangan kemashlahatan rakyat". Jadi, difahami daripada qaedah ini, penguasa mesti melihat terlebih dahulu dari sudut kemashlahatan rakyat dalam tindakan mereka. Penguasa tidak boleh bertindak atau melakukan sesuatu yang boleh merugikan rakyat atau memudharatkan rakyatnya. Menjaga agama dan keharmonian rakyat, itu jelas mashlahat yang utama.
Seperkara lagi, kadang-kadang kita mendengar mereka kata itu zalim ini zalim, sedangkan kita tidak sedar apakah makna zalim? Para ulamak sudah pun memberi ta'rif (definasi) zalim. Zalim ialah وضع الشيء في غير موضعه iaitu "meletakkan sesuatu TIDAK KENA pada tempatnya".
Tuan rumah tidak membenarkan si fulan masuk ke dalam rumahnya kerana tidak mahu si fulan itu mengkucar kacirkan rumahtangganya. Maka tindakan tuan rumah ini KENA pada tempatnya.
Seorang pemuda yang tidak bermazhab masuk ke dalam rumah orang yang bermazhab Syafie sambil sewenang-wenang menghina mazhab mereka, mengelirukan anutan mereka, dan menghasut ahli rumah yang lain supaya meninggalkan mazhab mereka tanpa ada perasaan hormat. Maka tindakan pemuda itu jelas tidak beradab, dan jelas TIDAK KENA pada tempatnya.
Dengan dua contoh ini, maka fikirlah ya akhi, siapakah yang zalim? Dalam ertikata siapakah yang melakukan pekerjaan yang TIDAK KENA PADA TEMPATNYA?
(Admin) : Ada juga yang mengatakan tindakan ini adalah disebabkan hasad dengki dari sesetengah pihak tertentu.
(Syeikhuna) : Ya, boleh jadi juga begitu. Kerana hasad dengki ini penyakit bathin yang boleh berlaku ke atas sesiapa pun, melainkan mereka yang ma'shum dan yang mahfuz. Dan hasad dengki ini biasanya berlaku sesama sekufu mereka. Seperti pelajar dengki dengan pelajar, peniaga dengki dengan peniaga, dato' dengki dengan dato', pelakon dengki dengan pelakon, ustaz dengki dengan ustaz, ahli politik dengki dengan ahli politik, dan begitulah seterusnya. Antum kiaskanlah..
Kata ulamak : ما يحسد المرء إلا من فضائله "Tidak dicemburui seseorang itu melainkan kerana memang ada kelebihan-kelebihan pada dirinya". Dan lazimnya seseorang itu dicemburui kerana ilmunya, keadaannya, keberaniannya, dan kepemurahannya.
Diriwayatkan juga bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : إن كل ذي نعمة محسود "Sesungguhnya tiap-tiap orang yang mempunyai nikmat itu dihasad oleh orang akan dia".
Jadi, kalau nak taqdir kata ini disebabkan oleh hasad dengki, memang boleh taqdir begitu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya.
Adapun kita, maka kita tidak boleh menghukum seseorang itu dengan apa yang ada di hatinya. Hasad dengki itu penyakit bathin, penyakit dalam hati seseorang. Kita tidak melihat apa yang ada dalam hatinya. Kita hanya dibenarkan menghukum dengan yang zahir sahaja.
Jadi, jika ingin bercakap dalam isu ini, maka lihat apa yang zahirnya. Yang zahir di sini adalah terdapatnya ucapan daripada mereka dari sudut boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam. Dan atas dasar yang zahir ini, maka mereka dikenakan tindakan.
Adapun bagi mereka yang berhasad dengki itu, maka kita katakan, ittaqullah.. Takutlah kamu kepada Allah. Ingatlah pesan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:
لا تحاسدوا ولا تقاطعوا ولا تباغضوا ولا تدابروا وكونوا عباد الله إخوانا
"Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu memutuskan silaturrahmi, dan jangan kamu membelakangkan setengah kamu akan setengah yang lain ketika berjumpa, dan jangan kamu berbenci-bencian, dan jadilah kamu itu hamba Allah yang berkasih sayang dan bersaudara".

Dan hendaklah kita berasa bimbang dan selalu ingat pada hadits Nabi shallallahu 'alaihi wasallam : الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب "Hasad dengki itu memakan kebajikan sebagaimana api memakan membinasakan kayu api".
Jangan sampai pahala amal kebajikan kita binasa gara-gara sifat hasad dengki ini. Tinggalkan hasad dengki. Ini sifat mazmumah yang sangat keji. Jangan ada sifat ini dalam diri kita. Ini sifat kaum munafiq. Kata Fudhail bin 'Iyadh rahimahullah المؤمن يغبط والمنافق يحسد : "Orang mukmin itu yaghbit, dan orang munafiq itu yahsud". Bersaing secara sihat itu sifat orang beriman. Berhasad dengki itu sifat orang munafiq.
(Admin) : Secara pribadi, adakah Tuan Guru yakin kesemua 16 penceramah yang disekat itu adalah Wahhabi? Dan masih bolehkah kita mendampingi mereka.
(Syeikhuna) : Wallahu Ta'ala a'lam. Ana tidak mengenali mereka semua sekali. Tanyalah kepada yang mengenali mereka. Kata ulamak : لكل شيء علامة "Tiap-tiap sesuatu itu ada tandanya".
Adapun soalan masih bolehkah mendampingi mereka atau belajar dengan mereka. Maka ana teringat satu hadits riwayat Abu Nu'aim daripada Jabir radhiallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 
لا تجلسوا عند كل عالم إلا إلى عالم يدعوكم من خمس إلى خمس: من الشك إلى اليقين, ومن الرياء إلى الإخلاص, ومن الرغبة إلى الزهد, ومن الكبر إلى التواضع, ومن العداوة إلى النصيحة
"Janganlah kamu duduk di sisi sembarangan orang alim, kecuali orang alim yang mengajak kamu daripada lima perkara kepada lima perkara : iaitu daripada ragu kepada yaqin. Dan daripada riya' kepada ikhlas. Dan daripada gemar dunia kepada zuhud. Dan daripada sifat sombong kepada sifat tawadhu'. Dan daripada permusuhan kepada nasihat."

Hadits ini boleh dijadikan panduan. Jika ada sifat-sifat ini, maka duduklah dalam majlisnya. Ambillah faedah darinya. Mudah-mudahan Allah Azza wa Jalla mengurniakan ilmu dan berkah. Wallahu a'lam.
(Admin) : Terakhir Tuan Guru, mohon Tuan Guru berikan nasihat umum kepada kami khususnya yang berkait dengan isu ini.
(Syeikhuna) : Allahu Rabbi.. Nasihat pulak.. (Syeikhuna diam + tunduk).. Cukuplah tadi tu..
(Admin) : Sekarang ni ramai orang dah mula minat belajar agama.. Sana sini ada saja pengajian. Macam-macam pihak buat pengajian. Syiah pun buat, Wahhabi pun buat pengajian. Mungkin Syeikh ada nasihat atau tips terhadap fenomena ini. Terutama untuk orang awam.
(Seyikhuna) : Nasihatnya ialah.. pertama, tuntutlah ilmu fardhu ain dahulu sebelum ilmu lainnya. Kedua, carilah guru yang benar atau guru yang mursyid. Ketiga, jangan gaduh-gaduh dalam masalah khilafiyyah, kalau boleh jangan sibukkan diri kita dalam masalah ini. Keempat, selalu muhasabah diri. Sedar kemampuan diri. Maqam kita muqallid bukan mujtahid. Dan yang kelima, tuntutlah ilmu hanya kerana Allah..
(Admin) : Err.. Allah.. Kalau boleh, minta Tuan Guru syarahkan sikit supaya lebih jelas maksud nasihat tersebut..
(Syeikhuna) : Baiklah.. Nasihat ana buat diri ana dan antum, sebagai orang awam, atau sebagai penuntut ilmu mubtadi, hendaklah bersungguh-sungguh belajar ilmu fadhu ain. Ana pun lihat sekarang ni sudah ramai orang awam yang gemar menuntut ilmu. Alhamdulillah.. itu bagus. Tetapi sayangnya, sebahagian mereka itu menyibukkan diri menuntut ilmu yang bukan fardhu ain atas diri mereka, sedangkan ilmu fardhu ain itu mereka tidak pelajari. Kita kena tahu beza yang mana ilmu fardhu ain dan yang mana bukan fardhu ain. Dan ilmu fardhu ain ini mesti kita dahulukan sebelum ilmu fardhu kifayah.
Adapun ilmu fardhu kifayah, maka itu tidak dituntut kepada semua orang awam untuk mempelajarinya. Memada jika sudah ada wakil di setiap qariah kita yang pelajarinya, maka sudah terlepas dosa setiap muslim di qariah atau mukim mereka. Tujuan mengaji ilmu yang fardhu kifayah ni ialah supaya dengannya kita dapat menolak syubhah jika ada pihak yang mendatangkan syubhat dalam agama. Dan dengannya, kita dapat menguatkan agama dan memajukan urusan dunia.
Dan ilmu fardhu ain daripada ilmu usuluddin, ilmu feqah dan ilmu tasawwuf yang dimaksudkan itu, ialah ilmun Naafi'. Yakni ilmu yang benar-benar memberi manfaat di dalam akhirat nanti. Ilmu inilah yang wajib dituntut dan dicari oleh setiap muslim.
Kita biasa dengar hadits : طلب العلم فريضة على كل مسلم "Menuntut ilmu itu fardhu atas setiap muslim". Ulamak muhaqqiqin menyebutkan bahawa ilmu yang dikehendaki di sini, atau yang dimaksudkan dalam hadits ini, ialah ilmun Nafi'. Ilmu yang memberi manfaat di dalam akhirat.
Sifat ilmu Nafi' atau ilmu yang bermanfaat itu sekurang-kurangnya ada lima. Pertama: ما يزيد في الخوف من الله "Ilmu itu dapat menambahkan rasa takut kepada Allah". Dua, وفي المعرفة بعيوب النفس والعبادة "Ilmu itu dapat buat kita mengetahui keburukan-keburukan nafsu dan ibadah". Tiga, ويقلل الرغبة في الدنيا "Dengan ilmu itu, akan mengurangkan rasa cinta pada duniawi". Empat, ويزيد الرغبة في الآخرة "Dengan asbab ilmu itu, semakin bertambah rasa cinta terhadap akhirat". Dan yang kelima, ويدل على مكايد الشيطان "Ilmu itu dapat menunjukkan kepada kita pelbagai jenis tipudaya syaithan".
Inilah sifat ilmun Nafi'. Sifat ilmu yang bermanfaat untuk akhirat kita. Ilmu sebeginilah yang kita perlu utamakan. Dan ini termasuk adab yang penting bagi sesorang penuntut ilmu. Iaitu mendahulukan apa yang perlu didahulukan. Ulamak dahulu sangat menjaga adab ini. Tidak hairanlah kalau ilmu mereka berkat.. ilmu dan amal mereka meningkat seiring..
Maka jangan sia-siakan masa dan umur kita dengan ilmu yang tidak bermanfaat untuk akhirat kita. Rasulullah shallallahu 'alahi wa sallam sendiri minta berlindung dengan Allah daripada perkara ini. Antara doanya yang diajarkan kepada kita ialah اللهم إني أعوذ بك من علم لا ينفع "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tiada memberi manfaat".
Itu (Nasihat) yang pertama. Kedua, hendaklah belajar dengan guru yang takut kepada Allah Azza wa Jalla. Yang jujur dan amanah dengan ilmu. Sebolehnya, carilah guru yang mursyid. Yang boleh membimbing kita kepada redha Allah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sudah beri isyarat :يكون في آخر الزمان عباد جهال وعلماء فساق "Akan terjadi pada akhir zaman, kebanyakan orang berbuat ibadah itu jahil, dan kebanyakan ulamak itu fasiq".
Kerana itulah Al-Imam Al-Ghazali rahimahullahu ta'ala membahagikan ulamak itu kepada dua jenis. Iaitu ulamak dunia dan ulamak akhirat. Supaya kita tidak tersalah dalam berguru, dan tidak tersilap dalam mengangkat ulamak.
Maka carilah guru atau ulamak yang benar, yang termasuk dalam golongan ulamak akhirat itu. Setengah daripada sifat ulamak akhirat itu disebutkan oleh Imam al-Ghazali rahimahullah dalam kitab Ihya' : 
أن تكون عنايته بتحصيل العلم النافع في الآخرة, والمرغب في الطاعات, مجتنبا للعلوم التي يقل نفعها ويكثر فيها الجدال والقيل والقال

"Bahawa dia sungguh-sungguh berhendakkan hasil ilmu yang memberi manafaat di dalam akhirat". والمرغب في الطاعات "Dan menggemarkan ia di dalam berbuat ibadah". مجتنبا للعلوم التي يقل نفعها ويكثر فيها الجدال والقيل والقال "Padahal ia menjauh daripada ilmu-ilmu yang sedikit manfaatnya di dalam akhirat, dan ilmu yang membanyakkan jidal, dan yang membanyakkan akan "Qiil", dan membanyakkan "Qaal"."
Maksud membanyakkan "Jidal" yakni membanyakkan berdebat, berbantah-bantah dan pertikaian. Maksud membanyakkan akan "Qiil" yakni banyak membawakan qaul atau perkataan ulamak itu ulamak ini, sehingga mengelirukan dan membawa kepada susah hati, yang akhirnya tidak menghasilkan faedah ilmu dan amal. Dan maksud membanyakkan "Qaal" yakni membanyakkan perkataan dirinya sendiri yang tidak memberi manfaat di akhirat.
Ringkasnya, ulamak akhirat itu bukan sahaja mengajarkan ilmu yang bermanfaat untuk akhirat, bahkan berkat ilmunya menjadikan kita gemar berbuat ibadah kepada Allah. Dan didikannya menyebabkan kita menjauhi jidal dan pertikaian yang tidak bermanfaat. Ajarannya pula tawadhu' dan meraikan mazhab masyarakatnya, bukan memeningkan atau mengelirukan masyarakat awam disebabkan banyaknya dia mendatangkan Qiil wa Qaal.
Dan lagi kata Imam Al-Ghazali rahimahullah : أن لا يكون مسارعا إلى الفتيا "Bahawa dia tidak tergesa-gesa memberikan fatwa". Yakni tidak gopoh. Ada perkara yang sudah jelas, maka boleh dijawab dengan jelas. Ada perkara yang masih meragukan, maka sebaiknya dia berkata : لا أدري "Aku tidak tahu". Jangan malu untuk berkata "aku tidak tahu" dalam perkara yang memang dia tidak tahu.
وإن سئل عما يظنه باجتهاد وتخمين, احتاط, ودفع عن نفسه, وأحال على غيره إن كان في غيره غنية 
"Dan jika ditanya suatu masalah yang hanya berdasarkan ijtihad atau perkiraan, hendaklah ia berhati-hati, sebolehnya dia menolak dan serahkan kepada orang lain, jika ada orang lain yang sanggup menjawabnya". Apa yang disebutkan ini, adalah antara sifat-sifat ulamak akhirat.

Jadi, jangan kita terlalu mudah teruja atau terlalu cepat terpedaya bila lihat seseorang itu kelihatan hebat, pandai berfatwa itu dan ini, semua masalah nak jawab, nak beri pandangan.. Atau banyak membawa qaul ulamak itu ulamak ini, sehingga terkadang terlajak kepada talfiq. Atau gemar berjidal dihadapan orang awam yang tidak mengerti..
Ini sengaja ana ingatkan dan nasihatkan pada diri ana sendiri khususnya. Sebab, segala pujian Allah dan Rasul-Nya terhadap ilmu dan kelebihan ilmu, maksudnya ialah tertentu hanya ilmu yang memberi manafaat di dalam akhirat, bukannya semua jenis ilmu. Dan segala pujian Allah dan Rasul-Nya terhadap alim ulamak, ialah tertentu kepada ulamak akhirat, bukannya kepada semua alim ulamak seperti yang kita sangkakan. Wallahul muwafiq wal hidayah.
Ketiga, orang awam atau penuntut ilmu yang awam, yang tidak takhasus, atau para asatizah, jangan terlalu gemar membahaskan perkara khilafiyah. Masa'ilul khilafiyah ini sebenarnya sudah ada jawapannya daripada para ulamak kita. Tanggungjawab kita ialah menghormati dan meraikan, bukannya menyelisihi dan merombakkan. Seorang yang bertaraf mujtahid pun tidak mengingkari ijtihad ulamak lain. Jadi, orang awam janganlah belajar atau diajar untuk melampaui batas.
Keempat, boleh dikatakan bahawa kita orang Johor yang ada sekarang ini, bahkan di Malaysia kita ini, kedudukan kita ni adalah muqallid. Bukannya mujtahid. Hatta para asatizah yang kita lihat hebat-hebat pun belum sampai kepada darjat mujtahid. Jadi, kita perlu sedar siapa kita dan apa kedudukan kita. Sudah ramai yang jatuh ke lembah binasa disebabkan tidak sedar kemampuan diri dan melampaui batas. Pepatah Arab kata : قدر لرجلك قبل الخطو موضعها "Ukurlah kakimu sebelum engkau melangkah". Pepatah Melayu kata : "Ukurlah baju di badan sendiri".
Kata khalifah Umar Abdul Aziz radhiyallahu 'anhu : رحم الله امرء عرف قدر نفسه "Allah merahmati orang yang tahu kadar dirinya". Dan kata ulamak : ما هلك امرؤ غرف قدر نفسه "Tidak binasa seseorang yang tahu kemampuan dirinya".
Ertinya, tidak rugi apa pun kalau kita selalu sedar siapa diri kita, apa kemampuan ilmu kita, hebat mana amal kita.. jika dibandingkan dengan imam-imam mazahib dan ulamak-ulamak terdahulu.
Dan yang terakhir, nasihat ana ialah carilah ilmu kerana Allah. Untuk membaiki ibadah kita kepada Allah. Dan untuk mencapai makrifatullah. Ingat baik-baik hadits Nabi ini. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
لا تعلموا العلم لتباهوا به العلماء, أو لتماروا به السفهاء, أو لتصرفوا وجوه الناس إليكم, فمن فعل ذلك, فهو في النار
"Jangan kamu berlajar ilmu kerana nak bermegah-megah dengannya akan ulamak, dan kerana nak berdebat kamu dengannya akan orang yang bodoh, dan kerana kamu nak memalingkan dengannya muka manusia kepada kamu. Maka barangsiapa berbuat akan yang demikian itu, maka ia diseksa di dalam api nereka".

Hadits ni jelas nak beritahu kepada kita semua. Bahawa jangan sampai kita belajar dengan tujuan nak tunjuk yang kita lebih hebat daripada ulamak yang lain. Kita mengaji hadits masalan (umpamanya), sebab nak tunjuk kepada ulamak lain yang kita lebih hebat daripada mereka. Kita mengaji sampai peringkat PHD masalan, sebab nak tunjuk pada tok guru lain yang kita lebih hebat daripada mereka. Maka siapa saja yang ada niat dan tujuan begini, istighfar cepat-cepat. Minta ampun dengan Allah. Bimbang kita ada PHD, kita alim hadits, tetapi dibakar di dalam neraka. Na'uzubillahi min zalik.
Dan hadits ini nak ajar kepada kita, bahawa jangan sampai kita mengaji ni, dengan tujuan nak berdebat dengan orang lain. Terutama berjidal dengan orang jahil. Belajar kitab itu, mengaji kitab ini, bukan nak baiki ibadahnya, tapi supaya ada modal nak guna buat berdebat dengan orang sufaha'. Maka siapa saja yang ada niat dan tujuan begini, istighfar cepat-cepat. Minta ampun dengan Allah. Perbetulkan semula niat. Bimbang kita jadi juara jidal, menang debat, tetapi dibakar di dalam neraka. Na'uzubillahi min zalik..
Dan hadits ini juga nak beritahu kepada kita, bahawa jangan sampai kita mengaji ni, kita belajar sana sini, kita ada banyak guru, kita ada banyak riwayat, banyak sanad, banyak ijazah, banyak PHD, dengan niat supaya orang akan muliakan kita. Supaya orang kagum kepada kita. Supaya ramai orang jadi pengikut kita. Maka siapa saja yang ada niat dan tujuan begini, istighfar cepat-cepat. Astaghfirullah.. Minta ampun pada Allah Ta'ala yang Maha Pengampun. Bimbang kita mulia di sisi manusia, tetapi hina di sisi Allah. Bimbang di dunia ini manusia jadi kagum kepada kita, tetapi di akhirat kelak, kita jadi bahan bakaran dalam neraka. Na'uzubillahi min zalik..
(Admin : Kulihat mata syeikhuna berlinang air.. tangannya menggigil mengusapi mata.. Kemudian syeikhuna menyambung katanya dengan nada perlahan dan tersedu-sedu.. )
Tok Tok Guru kita dahulu.. rahimahumullahu ta'ala rahmatan wasi'atan.. ada yang menulis di pintu gerbang pondok mereka.. ada yang tulis di mimbar masjid mereka.. sebuah hadits yang berbunyi.. من تعلم علما لغير الله فليتبوأ مقعده من النار "Barangsiapa yang mencari ilmu bukan kerana Allah, maka silalah ambil tempatnya di dalam neraka".. Mudah-mudahan jadi peringatan bagi mu'allim dan muta'allim..
(Allah… 
cry emoticon
 Admin pun bagi syeikhuna minum, dan tamatlah temuramah yang penuh ilmiyah berkah ini.. Allah.. )

Ya Allah.. Ampunkan kami, ampukan ibubapa kami, ampunkan guru-guru kami.. Pelihara kami dari fitnah akhir zaman.. Ya Allah.. Pelihara syeikh kami dan murabbi kami saiyidi Tuan Guru Syeikh Ibrahim Al-Banjari ..
Allahumma aameen… 
cry emoticon

Jual-Beli Kucing : Antara ASWJ dan 'ILMU'


PENDAPAT 'ILMU'

sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/islam-haramkan-jual-beli-kucing-1.489637

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahaya memberitahu ramai di kalangan masyarakat Islam tidak mengetahui bahawa hukum jual beli kucing adalah haram.

Menerusi rakaman video programnya, Fokus Kitab Ahli Sunnah (Fokas)  Fathul yang juga merupakan Exco Pemuda Umno berkata, larangan itu adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

"Ini contoh mungkin mengejutkan kita, tapi memang betul pun dalam Hadis, nabi larang jual beli kucing, jadi kita perlu mengelak berurus niaga dalam hal ini," katanya.

Dalam pada itu, katanya orang Islam dibolehkan untuk membela haiwan tersebut cuma larangan itu hanya ke atas urusan jual beli haiwan itu sahaja.

"Soal kita hendak bela, hendak jaga, hendak ambil tepi jalan ambillah," katanya.

Katanya lagi, larangan ini adalah perintah ALLAH, jadi apa yang perlu kita lakukan adalah cuma mentaati perintahNYA.

"Kenapa dilarang, apa masalahnya? Ini bukan soal kita suka atau tidak tetapi ia soal larangan daripada ALLAH," katanya.



PENDAPAT ULAMAK ASWJ

sumber :  http://www.rumahfiqih.com/fikrah/x.php?id=252&=jual-beli-kucing-haramkah.htm


Beberapa kawan bingung ketika mendapati hadits yang melarang jual-beli kucing berikut ini :
سَأَلْتُ جَابِرًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ فَقَال : زَجَرَ عَنْ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم

Aku bertanya kepada Jabi bin Abdullah tentang jual beli sinnaur (kucing liar) dan anjing. Lalu beliau menjawab: Nabi SAW melarang itu. (HR. Muslim)

Padahal para sahabat banyak yang mencintai kucing, bahkan ada shahabat yang digelari 'bapaknya kucing', yaitu Abu Hurairah. Padahal nama aslinya Abdul-Rahman bin Shakhr al-Dausi (57 H). Namun digelari seperti itu lantaran beliau sering dikelilingi kucing, 
Ada juga riwayat shahih dari Nabi SAW bahwa beliau memasukkan kucing dalam kategori hewan yang suci, dan mengatakan bahwa ia adalah hewan yang sering ada di sekeliling kita. 

Tapi di sisi lain ditemukan juga bahwa ada hadits di atas yang secara terjemahan lahiriyahnya melarang kita untuk menjual kucing itu sendiri. Apalagi derajat hadits itu juga shahih karena terdapat di dalam kitab Shahih Muslim.

Lalu, bagaimana sebenarnya hukum jual beli kucing? Kalau haram, kenapa boleh dipelihara? 

Kalau haram dijual dengan alasan haram makan dagingnya, keledai juga diharamkan makan dagingnya, tapi jual belinya tidak dilarang? 

Bagaimana cara kita memahami hadits ini?

Ulama Empat Madzhab

Ulama Empat madzhab yaitu Al-Hanafiyah, Al-Malikiyah, Asy-Syafi’iyyah dan Al-Hanabilah sepakat atas kebolehan jual-beli kucing. Dibolehkan karena memang kucing adalah hewan yang suci bukan najis, karena suci maka tidak ada larangan untuk memperjual belikannya.

Pernyataan ini tertulis dalam kitab-kitab mereka, seperti Bada’i al-Shana’i 5/142 (Al-Hanafiyah) karangan Imam al-Kasani (587 H), Hasyiyah al-Dusuqi 3/11 (Al-Malikiyah) karangan Imam al-Dusuqi (1230 H), Al-Majmu’ 9/230 (al-Syafi’iyyah) karangan Imam an-Nawawi (676 H), Al-Mughni 4/193 (Al-Hanabilah) karangan Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisy (620 H).

Imam an-Nawawi menjelaskan bahwa kucing itu hewan suci, karena suci maka bisa dimanfaatkan. Dan dalam praktek jual-beli kucing, tidak ada syarat jual-beli yang cacat, semuanya terpenuhi. Sah jual belinya sebagaimana juga sah jual beli kuda atau juga baghl atau keledai.

Setelah sebelumnya beliau mengutip pernyataan Imam Ibnu al-Mundzir yang mengatakan bahwa mmemelihara kucing itu dibolehkan secara ijma’ ulama. Jadi jual belinya pun menjadi tidak terlarang. (Al-Majmu’ 9/230)

Pendapat Menyendiri (Madzhab Zahiri)

Pendapat berbeda dikeluarkan oleh madzhabnya Imam Daud Abu Sulaiman al-Zohiri, bahwa jual-beli kucing itu hukumnya haram. Ini dijelaskan oleh ulamanya sendiri, yaitu Imam Ibn Hazm (456 H) dalam kitabnya Al-Muhalla (9/13).

Tapi hukumnya bisa menjadi wajib jika memang kucing itu dibutuhkan untuk ‘menakut-nakuti tikus’. Dalam kitabnya dituliskan:

وَلاَ يَحِلُّ بَيْعُ الْهِرِّ فَمَنْ اُضْطُرَّ إلَيْهِ لأَذَى الْفَأْرِ فَوَاجِبٌ

Tidak dihalalkan jual beli kucing, (tapi) barang siapa yang terdesak karena gangguan tikus (di rumahnya) maka hukumnya menjadi wajib.

Artinya, walaupun madzhab ini mengharamkan, tapi keharamannya tidak mutlak. Ada kondisi dimana jual beli kucing menjadi boleh bahkan menjadi wajib hukumnya.

Alasan madzhab ini mengharamkan jual beli kucing, karena memang ada hadits yang melarangnya. Hadits itu diriwayatkan oleh Imam Muslim, bahwa Abu Zubair pernah bertanya kepada sahabt Jabir bin Abdullah:

سَأَلْتُ جَابِرًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ فَقَال : زَجَرَ عَنْ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم

Aku bertanya kepada Jabi bin Abdullah tentang jual beli sinnaur (kucing liar) dan anjing. Lalu beliau menjawab: Nabi shallallhu a’alaih wa sallam melarang itu. (HR. Muslim)

Menurut Imam Ibnu Hazm, kata “Jazar”[جزر] dalam bahasa itu punya arti jauh lebih berat dibandingkan kata “Nahyu” [نهى] yang berarti melarang.

Imam Nawawi Menjawab Hadits

Ketika menjelaskan pendapat madzhabnya tentang kebolehan jual-beli kucing, Imam Nawawi juga memaparkan pendapat yang melarang beserta dalil dari hadits yang dipakainya. Beliau menjawab bahwa haditsnya memang shahih tapi maksudnya bukan larangan secara mutlak.

Dalam kitabnya (al-Majmu’ 9/230) beliau menyanggah dalil ini dengan argumen:

جَوَابُ أَبِي العباس بن العاص وَأَبِي سُلَيْمَانَ الْخَطَّابِيِّ وَالْقَفَّالِ وَغَيْرِهِمْ أَنَّ الْمُرَادَ الهرة الوحشية فلا يصح بيعها لِعَدَمِ الِانْتِفَاعِ بِهَا

Jawaban Abu al-Abbas bin al-‘Ash dan juga Abu Sulaiman al-Khaththabiy serta al-Qaffal dan selainnya bahwa yang dimaksud [sinnaur] di situ adalah kucing liar atau hutan [al-wahsyi]. Terlarang jual belinya karena tidak ada manfaat.

Jawaban yang sama juga beliau katakan dalam kitabnya yang lain, yaitu Syarah Shahih Muslim (10/234) ketika menjelaskan hadits yang sedang kita bahas ini.

Jadi memang yang dilarang itu bukan kucing [الهرة], akan tetapi kucing liar atau hutan yang disebut dengan istilah sinnaur [سنور]. Sinnaur juga terlarang untuk dimakan karena termasuk dalam kategori hewan bertaring yang menyerang manusia. Dalam madzhab Asy-Syafi’iyyah juga yang terlarang itu jika kucing liar, kalau kucing peliharaan itu tidak terlarang jual belinya.

Toh kalau pun terlarang, pasti Rasululah SAW akan mengatakan dengan istilah al-hirrah juga, tidak dengan lafadz sinnaur. Pembedaan istilah ini juga menunjukkan bahwa kucing tidak satu jenis, dan perbedaan jenis, beda juga hukumnya. Karena memang secara bahasa sinnaur dan hirrah punya makna beda; liar dan tidak liar, buas dan tidak buas.

Wallahu a’lam.

Penceramah luar yang ingin berceramah di Johor perlu mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)



Penceramah luar yang ingin berceramah di Johor perlu mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terlebih dahulu sebelum mengadakan ceramah agama di negeri berkenaan.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah walaupun penceramah tersebut bagus kerana pandai berhujah dan sering berceramah di televisyen, namun apabila dia tidak diberi tauliah, pasti ada yang tidak kena dengan pengajarannya.

"Cermin dahulu muka sendiri sebelum nasihat kepada orang lain. Kita akan mengawal mana-mana orang daripada mengajar agama Islam tanpa tauliah kerana ajaran sesat dan ceramah berbaur politik yang menjadi medan untuk mengata, memfitnah dan mencaci orang lain akan hanya mengelirukan masyarakat Islam dan meruntuhkan perpaduan rakyat," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Johor Ke-60 di Dataran Tanjung Emas malam tadi.

"Dalam Perlembagaan Persekutuan, jelas memperuntukkan agama Islam di bawah bidang kuasa negeri dan sultan adalah ketua agama di negeri masing-masing. Dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 diperuntukkan dengan jelas Sultan adalah ketua agama bagi negeri Johor Darul Takzim.

"Tapi sejak kebelakangan ini, ada pihak yang suka mencampuri kuasa agama di negeri-negeri sedangkan mereka hanya mempunyai bidang kuasa di negeri masing-masing," titah baginda.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sultan Ibrahim bertitah amalan yang sekian lama diamalkan di Johor seperti Maulidur Rasul, bacaan doa awal dan akhir tahun, nisfu syaaban, bacaan Yasin dan tahlil pada malam Jumaat, membaca doa qunut dalam sembahyang subuh, membaca talkin dan sebagainya juga dipertikaikan dan dituduh sebagai bidaah yang membawa kepada balasan neraka di hari kiamat kelak.

"Saya ingin mengingatkan pihak tertentu yang mempunyai pandangan berbeza supaya tidak mencampuri urusan agama di Johor kerana perbuatan itu akan menjadikan umat Islam keliru dan berpecah belah. Umat Islam di Johor tetap dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Semua negeri mempunyai majlis agama masing-masing yang ada kuasa dan tanggungjawab untuk mengawal selia serta memastikan perjalanan hal ehwal agama Islam di negeri masing-masing supaya berjalan dengan baik, teratur dan harmoni.

"Tidak perlulah orang luar campur tangan dan sibuk memberi ulasan seakan menunjuk pandai sangat.

"Peranan seorang mufti dalam sesebuah negeri adalah untuk mengeluarkan fatwa dan menjelaskan mengenai hukum Islam hanya untuk negeri berkenaan.

"Duduklah diam-diam di negeri sendiri dan jangan jaga tepi kain orang lain," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah al-Quran hendaklah ditafsirkan oleh mereka yang pakar dan mahir dalam bidang tafsir kitab suci itu bagi mengelakkan ia disalah tafsir sewenangnya.

"Kita mestilah belajar dengan guru agama atau alim ulama yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama yang sudah menyiasat latar belakang guru dan penceramah yang betul berdasarkan tauliah yang diberikan.

"Untuk mendalami al-Quran dan ajaran Islam, kita tidak boleh hanya merujuk kepada Google, YouTube dan Facebook semata-mata atau johbulat-bulat maklumat yang disebarkan di media sosial.

"Memang benar urusan dakwah itu boleh dilakukan sesiapa sahaja, tetapi di Johor ini, kita ada undang-undang untuk mengawal pendakwah yang boleh mengelirukan dan tidak sehaluan dengan cara kita," titah baginda.

- Bernama