Satu perkara yang penting dalam dunia hari ini adalah ekonomi. Satu perkara yang antaranya kita, umat Islam masih ketinggalan adalah bidang ekonomi. Perubahan geopolitik dan sekitaran masa kini menuntut kita memperhebatkan jihad ekonomi. Tanpa memperkatakan sesuatu yang lebih besar, bolehlah kita, sanggupkah kita?
- Membeli barangan runcit harian di kedai umat Islam berbanding bukan Islam walaupun harganya sedikit tinggi
- Membeli barangan di pasar malam dari peniaga Muslim berbanding bukan Muslim walaupun kuantitinya kurang sedikit.
- Servis kereta di bengkel Muslim berbanding bengkel bukan Muslim walaupun bengkel Muslim masih ketinggalan dan kekadang mengenakan harga yang sedikit tinggi. Bagaimana bengkel Muslim ingin maju jika kita sendiri tidak menyokongnya? Jika bengkel Muslim bermasalah, bolehkah kita yang menasihati mereka, memberikan teguran berguna ke atas mereka?
- Rugi seringgit dua, sepuluh dua ataupun dalam lingkungan kadar yang masih boleh ditanggung oleh kita dengan berbelanja di premis milik Muslim berbanding di premis milik bukan Muslim.
- Membeli baju, menempah baju daripada peniaga Muslim berbanding peniaga bukan Muslim.
- Membeli ubat gigi yang halal dan dikeluarkan oleh pengusaha Muslim.
- Menukar cermin mata di premis milik Muslim berbanding milik bukan Muslim. Sudah banyak kedai optometri milik umat Islam di pasaran, kenapa kita masih tidak mahu menyokong.
- Menggunakan agen takaful orang Islam berbanding agen bukan Musliim
- Menggunakan takaful berbanding insurans sedangkan sudah ada banyak pilihan takaful di Malaysia. Tahukah kita insurans haram antaranya kerana ia mempunyai unsur 'gharar', iaitu tidak dapat dipastikan ke mana duit caruman kita itu dilaburkan sama ada halal atau haram.
- Mengajak dan menasihati rakan seagama menggunakan takaful berbanding insurans
- Menggunakan sistem perbankan Islam berbanding perbankan konvensional. Kenapa masih ada 1001 alasan menggunakan perbankan konvensional sedangkan alternatif sistem Islam sudah ada.
- Mengajak dan menasihati rakan seagama menggunakan perbankan Islam berbanding perbankan konvensional
- Tidak terlalu menitikberatkan bayaran yang sedikit peringkat awal dalam perbankan konvensional tetapi menitikberatkan keberkatan dalam menggunakan sistem perbankan Islam
- Membeli makanan yang berstatus halal sahaja dari mana-mana kedai/premis perniagaan.
- Mengajak dan menasihati rakan seagama agar lebih prihatin dalam memilih makanan supaya jelas halalnya.
- Membeli makanan yang berstatus halal dan diketahui dihasilkan oleh orang Islam berbanding makanan berstatus halal yang dihasilkan oleh pengeluar bukan Muslim.
- Bersama-sama mengajak rakan seagama berbelanja di premis milik Muslim berbanding bukan Muslim.
- Ke Klinik Panel dimiliki Doktor Islam berbanding klinik panel bukan Muslim. RM30 yang dibayar oleh majikan kita, jika seratus pekerja berapa jumlahnya, jika sebulan berapa jumlahnya, jika setahun berapa banyak wang yang masuk ke dalam tangan orang Islam berbanding bukan Islam.
- Mendapatkan rawatan di hospital swasta milik Muslim berbanding hospital swasta dimiliki bukan Muslim. Walaupun bayaran itu biasanya dikeluarkan oleh majikan kita, bukan duit kita, sekurang2nya ia membantu ekonomi Islam.
- Tidur di hotel Muslim walaupun 'kurang selesa' berbanding hotel bukan Muslim yang mungkin lebih selesa.
- Menggunakan kad Bank Islam, Kad Bank Rakyat, kad Debit berbanding kad kredit konvensional. Dosa riba amat besar tetapi kita 'tak nampak' berbanding dosa lain dan ini menyebabkan kita 'leka berbuat dosa riba'.
- Memboikot dan mengajak rakan seagama memboikot restoran, kedai makan, hotel yang tidak jelas status halalnya atau pernah diketahui 'mempermainkan status halal'.
- Memboikot dan mengajak orang islam lain turut memboikot kedai bukan Muslim yang turut menjual barangan yang tidak halal seperti arak. Ini kerana mereka ini turut menjual arak ini kepada pembeli Muslim.
- Kerugian sedikit kerana tidak mengambil peluang promosi oleh syarikat bukan Muslim.
- Berurusan dengan syarikat-syarikat yang lebih banyak memberi manfaat kepada orang Islam.
- Beli barang dari Multi-Level Marketing yang dipelopori oleh orang Islam berbanding MLM yang dikuasai oleh bukan Muslim. RM1000 yang kita jual untuk syarikat MLM bukan Muslim, RM750 mungkin masuk ke kantung bukan Muslim. RM1000 yang kita jual untuk syarikat MLM Muslim, RM950 mungkin masuk ke kantung Muslim.
- Membeli kereta dari agen Muslim berbanding bukan Muslim. RM1000-RM2000 komisen yang agen terima, ke mana masuknya jika kita memilih agen bukan Muslim. Sedarkah kita bahawa betapa susah dan jarang-jarang agen Muslim mendapatkan jualan daripada orang bukan Muslim sedangkan kita orang Islam, senang-senang pilih agen bukan Islam untuk membeli kereta.
- Belilah kereta terpakai daripada pengusaha Muslim. Kereta terpakai banyak di pasaran, harganya tidak banyak berbeza, siapa lagi yang akan menolong rakan seagama kita kalau bukan kita?
- Menggunakan tenaga kerja umat Islam, dari Indonesia contohnya untuk kerja-kerja renovasi rumah. Kalau kita ambil tokey yang bukan Islam pun, mereka pakai/guna tenaga buruh yang sama juga tetapi duit kita lebih banyak masuk poket bukan Islam berbanding poket orang Islam.
- Bersama-sama menyemarakkan sumbangan kita ke atas ekonomi Islam, setakat mana yang kita mampu.
- Sambunglah sendiri senarai ini......
Hanya umat Islam yang boleh membantu umat Islam berjaya dalam dunia perniagaan dan bidang ekonomi. Tolonglah saudara kita, bantulah mereka, tegurlah mereka, nasihatilah mereka agar mereka berjaya kerana kejayaan mereka adalah kejayaan kita.
Seringgit yang kita sumbangkan untuk ekonomi Islam, kesan terkumpulnya akan menjadi lebih besar jika semakin ramai umat Islam bertindak serupa.
Kiralah sendiri, dalam sebulan gaji dan pendapatan kita, berapa yang kita sumbangkan untuk ekonomi Islam? Yang mana lebih banyak, untuk ekonomi Islam atau untuk ekonomi bukan Islam?
Hamba pun mungkin belum mampu membuat semuanya. Namun sedikit demi sedikit yang kita lakukan, insya-Allah kesan terkumpulnya, umat Islam akan berjaya. Sanggupkah anda mengedarkan/copy and paste/masukkan dlm blog, risalah ini kepada saudara seagama yang lain?
Terima kasih Tuan. Boleh link kan blog tuan dgn hamba/sebaliknya?
BalasPadam