Salam,
Selepas Makam Tokku Pulau Manis, kami sekeluarga ke Masjid Kristal di Kuala Terengganu. Ini merupakan kunjungan kami kali pertama. Agak tertarik dengan namanya dan 1001 cerita mengenainya, kami singgah dan bersolat di sini. Ada pelajar-pelajar tahfiz Al-Quran di dalam masjid ini. Memandangkan masa yang suntuk, kami tidak melawat binaan lain di Taman Tamadun Islam. Dapat bersolat dan merehatkan sedikit letih dan banyak rahmatnya.
Turut berhenti sekejap di sekitar masjid ini adalah pasukan polis yang berbasikal dari ???.... Selepas bersolat dan berehat sekejap di masjid ini, hamba hantar anak-anak dan isteri di Hotel Seri Terengganu dan hamba meneruskan misi mencari satu lagi makam di sekitar Marang...
Masjid Kristal dari jeti
Kubah
Mihrab
Mimbar
Kawasan solat utama
Kawasan solat wanita di belakang
Masjid kristal dari sudut yang berbeza
Tiada ulasan:
Catat Ulasan