TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Selasa, 11 Januari 2011

Masjid Negeri Terengganu- Masjid Kesepuluh

Salam,

Hamba hampir terlupa dan tertinggal catatan tentang masjid ini dan menulis tentang aktiviti-aktiviti lain. Antara sebabnya kerana hamba tidak mengambil gambar Masjid Abidin ini. Selepas urusan di Makam Tuan Hj Shuib Hj Ahmad di Mukim Kerengga, Marang, hamba kembali ke hotel dan mengambil anak-isteri untuk bersolat Maghrib dan Isyak di Masjis Negeri Terengganu. Alhamdulillah, kami sampai tepat pada waktunya.  Hamba memang dah banyak kali ke sini, termasuk dengan Mursyid suatu ketika dahulu ...:-(

Masjid Abidin ini juga terkenal dengan warnanya yang putih dan senibinanya. Selepas solat, hamba menyelesaikan kerja-kerja yang patut, anak kedua setia disisi, anak ketiga sudah masuk ke alam mimpi. Nasib baik, pihak Masjid tidak terlalu ketat dalam perkara-perkara sebegini. Ada masjid yang agak keras dalam 'melarang kanak-kanak dari tertidur' dan lain-lain. Hamba merasakan kesederhanaan yang penting, penting dalam menjaga kesucian dan kebersihan masjid tetapi jangan sampai menyusahkan umat Islam yang ingin datang beribadat, kerana ibadat solatlah tujuan utama masjid didirikan dan dinamakan.

Satu perkara yang penting juga berkaitan Masjid Abidin adalah Restoran Padang yang terletak berhampiran.  Ini kerana hamba menggunakan Masjid Abidin sebagai 'milestone' untuk mencari Restoran Padang ini. Restoran Padang ini merupakan antara lokasi wajib hamba jika ke Kuala Terengganu terutamanya untuk makan tengahari. PakCoh, saudara jauh sebelah ibu hamba yang tinggal di Kuala Terengganu yang memperkenalkan kami dengan Restoran Padang ini. Kalau waktu tengahari memang agak ramai orang yang singgah untuk makan. Lauknya adalah pelbagai dan nasinya memang banyak...

Ketika sedang buat kerja yang patut ini, sesekali terdengar juga kuliah penceramah malam tersebut, seorang guru tua lulusan Al-Azhar yang membicarakan juga tentang tasawuf, tetapi diadunnya dengan kitab salah seorang Syeikhul Al-Azhar, lupa namanya tetapi ulamak terakhir dewasa ini  yang 'mendapat gelaran Al-Imam' . Kebijakan guru tua ini menyusun katanya memang dapat menambat hati para pendengar yang tekun.  Selesai urusan di Masjid Abidin, kami kembali ke hotel untuk berehat dan tidur.
wassalam.



SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASJID ABIDIN ((http://masjidabidin.org.my/Latar%20Belakang.aspx)

Masjid ini dibina oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin II (juga dikenali sebagai Marhum Masjid) di antara tahun 1793 - 1808. Asal usul pembinaan adalah daripada kayu namun pada masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Umar (dikenali Marhum Baginda), kira-kira pada tahun 1852, bangunan masjid ini telah digantikan dengan bangunan yang diperbuat dari batu. 

Sekali lagi masjid ini melalui pengubahsuaian pada tahun 1981 pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, masjid ini diperbesarkan bagi menampung jemaah yang semakin bertambah. Selain daripada pembaikan ini, tiang-tiang batu bulat turut dibina dan tiga buah menara dinaikkan.

Pembesaran masjid sekali lagi dilakukan pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 1972, ianya diperbesarkan demi menampung sejumlah 2,500 orang jemaah. Turut didirikan sebuah menara yang tinggi dan beberapa buah  kubah di atas sutoh bangunan Masjid Abidin. Keistimewaan masjid ini ialah terdapatnya seni ukiran Khat Al-Qur'an, doa-doa dan awan larat yang dipasang di atas pintu dan sisi masjid. Selain daripada itu, terdapat juga sebuah mimbar berukiran yang unik di dalam masjid ini.

Pada awal pembinaan masjid ini, tiang seri atau tiang di tengah-tengah masjid masih belum dibina. Juga terdapat hanya sebuah kubah yang dibuat berasingan daipada kayu dan beratap kayu berlian, serta mempunyai 6 buah kolah sahaja. Di dalam pemerintahan almarhum Sultan Zainal Abidin III, barulah binaan masjid ynag lama itu dibesarkan seperti keadaan sekarang. Sebelum tiang dibahagian tengah masjid ditambah, hanya terdapat dinding tembok diperbuat daripada simen, didirikan sutoh dan tiga menara sahaja.

Pada tahun 1881, Sultan Ahmad II ibni Yang Dipertua Muda Tengku Mahmud telah membangunkan kubah masjid ini bagi menggantikan kubah lama yang telah dibina pada masa pemrintahan Sultan Umar. Satu istiadat telah diadakan sempena upacara tersebut pada jam 7.00 pagi, Sabtu 1hb Jamadil Akhir 1298H (1881M). 16 das tembakan meriam menandakan rasminya penggunaan kubah baru di masjid ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan