TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 6 Januari 2011

Makam Haji Shuib-Mukim Pulau Kerengga, Marang, Terengganu


Salam,

Alhamdulillah, tanggal 14 Disember 2010, hari Selasa, 8 Muharram 1432, hamba sampai ke Makam Tuan Haji Shuib Hj Ahmad, Mursyid Tariqat Naqsyabandi Rahmaniah di kawasan sekitar Marang. Kisah Tuan Haji Shuib hamba memang tak tahu. Tuan Hasrizal Fuad @ Tuan Mangkuk memberitahu ada satu Makam di Alur Tumin, Marang. Beliau (Tuan Mangkuk) pernah berguru dengan Tuan Haji Shuib sewaktu beliau tinggal di Terengganu Darul Iman. Mengikut beliau, Tuan Haji Shuib pernah menuntut ilmu di Madinah dan mengasaskan tariqat Naqsyabandi Rahmaniah, gabungan Naqsyabandi dengan beberapa tariqat/amalan lain...

Daripada maklumat Tuan Mangkuk, hamba diminta mencari Alur Tumin sekitar Marang dan bertanyakan tentang surau lama Hj Shuib/Hj Syaiban...Maka hamba pun bertolak ke Alur Tumin. Banyak kali berhenti tanya orang tentang surau lama, tapi banyaknya tak betul. Akhirnya dalam perjalanan ke arah Bandar Marang, hamba berhenti di satu 'macam workshop kereta' dan bertanyakan tentang Surau Lama Hj Syaiban. Alhamdulillah, orang tua di tempat itu kata, jalan yang hamba masuk sampai ke hujung itu sudah betul dan surau itu adalah yang terhujung, di sebelah rumah anaknya. Ehmmm, penting tanya orang tua kalau tujuan-tujuan sebegini.

Hamba masuk semula melalui jalan itu dan sampai ke rumah anaknya yang terletak bersebelahan surau lama itu.  Surau lama ini sebenarnya digunakan untuk aktiviti tariqat Naqsyabandi Rahmaniah yang dipimpin oleh Tuan Hj Shuib Hj Ahmad ketika beliau hidup dulu.  Ia juga digunakan  untuk kegiatan suluk. Setelah berjumpa anaknya, En. Naim, maka hamba tunggu sekejap dalam 10 minit untuk beliau bersiap; beliau pun nak keluar juga.  Setelah itu, hamba mengekori kereta beliau dan dibawanya ke makam ayahnya yang tidak jauh dari Alur Tumin.  Setelah menunjukkan maka ayahnya, beliau meninggalkan hamba berseorangan di situ, menghabiskan apa yang patut.  Ini makam kesembilan dalam ziarah hamba ke makam-makam terpilih.  Sebelum berpisah dengan En. Naim, beliau memberitahu hamba tempat ayahnya diambil oleh Pak Senu, rumah yang terletak bertentangan dengan Pasaraya Marang (sebelah kiri) kalau ikut jalan menghala Kuala Terengganu.  Rumah Pak Senu ada Musolla di depannya, petua dari En. Naim.


Sedikit maklumat tentang Tuan Hj Shuib Hj Ahmad...Beliau mengaji 5 tarikat... qodiriah, naqsyabandi kholidi, naqsyabandi  mujadidi, syatariah dan rahmaniah @ akbariyah @ muwafaqqah (tarikat muhyiddin ibnu arabi). Beliau adalah khalifah dalam naqsyabandi kholidi dan syeikh dalam naqsyabandi mujadidi dan rahmaniah. Tiada maklumat tentang kedudukan beliau dalam dua lagi tariqat. Beliau mengaji dan ambil kat mekah dan madinah semenjak remaja....tahun 1998 tu, umurnya dah hampir 80. Perjalanan beliau ada suluk yang tersendiri, tapi adabnya jumlah hari lain sikit adabnya dari naqsyabandi kholidi...Bia buat suluk sepanjang tahun dan anak murid kena masuk 3 hari sebulan. Beliau meninggal pada malam nuzul quran jam waktu azan Isyak....pergilah seorang kekasih menemui Kekasih yang abadi....Tariqat Naqsyabandi Rahmaniah yang diolah beliau daripada beberapa tariqat itu mendapat izin......


Setelah selesai urusan di Makam Tuan Hj Shuib, hamba kembali ke Hotel Seri Terengganu...



Komuniti Bestari, Mukim Pulau Kerengga, Marang


Ini pintu gerbang ke kampung ini


Kawasan perkuburan di sini



Di sinilah Makam Tuan Haji Shuib


Tuan Haji Shuib Haji Ahmad, kembali ke rahmat Ilahi pada 17 Ramadhan 1419, dimakamkan sehari selepas Nuzul Quran yakni pada 18 Ramadhan


Masih makamnya, makam isterinya bersebelahan, kata anaknya En. Naim

3 ulasan: