Salam,
http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Muhammadi
Selepas ziarah Pok Teh Enggong di Kuala Krai, Kelantan, kami kembali ke Kota Bharu. Waktu amat bersesuaian kerana setelah sampai di Masjid Muhammadi, azan kedengaran menandakan masuknya waktu Maghrib. Ini kali ke sekian2, hamba sekeluarga sampai ke sini dan hamba pernah bersama guru mursyid singgah ke sini suatu ketika dahulu...Masjid ini merupakan masjid kesebelas dalam ziarah masjid-masjid utama di Tanah Melayu...
Seperti telah diatur-NYA, ketiga-tiga masjid negeri yang diziarahi dalam ekspedisi kali ini, semuanya kami tiba dan bersolat ketika waktu Maghrib. Akan tetapi memang baik kami sampai dan beramal ketika waktu Maghrib dan Isyak kerana kariahnya ramai dan waktu tersebut ramai orang yang beriktikaf di dalam masjid, tidaklah orang prasangka kita macam2....Seperti Masjid Abidin, kesibukan menguruskan anak-anak ke bilik air dan lain-lain 'melupakan' hamba untuk mengambil gambar-gambar di masjid ini.
Seteleh selesai bersolat dan buat apa yang patut, kami kembali ke rumah tumpangan untuk berehat kerana perjalanan esoknya (hari Jumaat) agak panjang iaitu menuju ke Kerteh, Terengganu, cadangnya untuk bermalam di rumah sahabat BSC, Kanjeng Sunan.
wassalam.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Muhammadi
Masjid Muhammadi merupakan masjid yang terkenal di Malaysia secara amnya, dan secara khususnya di Kelantan. Ia merupakan Masjid Negeri dan terletak di Kota Bharu. Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad ke-IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dipanggil sebagai "Masjid Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan.
[sunting] Sejarah
Pada asalnya masjid ini diberi nama sebagai Masjid Besar Kota Bharu. Masjid ini telah dibina pada tahun 1867 pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1830 - 1886) dengan menggunakan kayu-kayu yang terpilih. Pengubahsuaian bangunan masjid daripada kayu kepada struktur konkrit telah dilakukan pada tahun 1922 dan telah dirasmikan oleh oleh KDYMM Baginda Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 31 Julai 1931, dan dinamakan sebagai Masjid Muhammadi.
Masjid ini mengalami kerja-kerja pengubahsuaian dan pembesaran pada tahun 1959, 1968, 1976 dan 1987. Luas keseluruhan masjid kini adalah 10,600 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 2,400 orang ahli jemaah.
Peranan Masjid Muhammadi di dalam penyebaran dan pendidikan Islam di Kelantan amatlah istimewa. Di sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar pelbagai ilmu agama. Di antaranya ialah Tuan Taba (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933). Sistem pengajaran di masjid ini mempunyai persamaan dengan pengajaran di Masjidil Haram, Makkah di mana pelajar akan ke Makkah untuk menyambung pelajaran mereka setelah tamat pengajian di masjid ini.
Masjid ini menjadi pusat penyebaran ilmu agama yang masyhur di Nusantara sehingga Kelantan dikenali sebagai "Serambi Mekah".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan