TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 28 Julai 2011

Allah Wujud Tanpa Bertempat : Lagi Ulasan Ulamak

sumber : http://al-masabihul-munawwirah.blogspot.com/

AL-SHAYKH ^ABDUL-BASIT AL-FAKHURI AL-SHAFI^I MUFTI WILAYAH BAYRUT (w. 1323 H). Beliau berkata dalam kitabnya al-Kifayah li-Dhawil-^Inayah (hlm. 13): "Dia bukanlah suatu jirim yang mengambil suatu kadar dari lapang. Oleh itu, tiada suatu tempat bagi-Nya. Dan Dia bukanlah suatu ^arad (iaitu suatu sifat yang mendatang) yang berdiri dengan jirim, Dia bukanlah di suatu arah dari pelbagai arah dan Dia tidak disifatkan dengan saiz besar dan tidak juga saiz kecil. Dan setiap apa yang tergambar di benak anda maka Allah bersalahan dengannya". Intaha. Beliau berkata dalam kitabnya al-Majalisus-Sunniyyah (hlm. 2) iaitu di pembukaan kitab tersebut: "Allah maha suci dari tempat dan masa". Intaha. Beliau berkata lagi dalam kitabnya al-Majalisus-Sunniyyah (dalam bentuk puisi) di halaman 119: "Tidak sayugia bagi Tuhan yang Maha Esa lagi al-Samad itu bertempat di suatu tempat sedangkan Dia-lah penciptanya. Bahkan, Tuhan-ku ada (azali) sedangkan tiada suatu arasy pun, tiada suatu malaikat pun dan tiada suatu langit pun. Tuhan Arasy telah mengadakan Arasy itu. Dan setiap sesuatu yang di suatu tempat maka dia sentiasa memerlukan tempat dan diliputi oleh batasnya". Intaha.

AL-SHAYKH SALIM AL-BISHRI AL-MISRI SHAYKHUL-AZHAR (w. 1335 H). Al-Shaykh Salamah al-Quda^i al-^Azami al-Shafi^i (w. 1376 H) berkata dalam kitabnya Furqanul-Qur'an (hlm. 74) bahawa al-Shaykh Salim al-Bishri berkata: "Ketahuilah - semoga Allah menolong anda dengan taufik-Nya dan melorongkan kami dan anda ke jalan-Nya yang lurus - bahawa mazhab al-Firqatun-Najiyah (Golongan Selamat) dan perkara yang telah diijmakkan oleh golongan Sunni (Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah) ialah bahawa sesungguhnya Allah taala maha suci dari persamaan dengan perkara baharu (makhluk) iaitu menyalahi perkara baharu itu dalam semua sifat baharu. Dan antara perkara yang diijmakkan itu ialah Allah maha suci dari arah dan tempat sebagaimana bukti-bukti yang putus telahpun menunjukkan perkara itu". Intaha.

AL-SHAYKH YUSUF AL-NUBHANI AL-SHAFI^I AL-BAYRUTI (w. 1350 H). Beliau berkata kitabnya al-Ra'iyyatul-Kubra (sebuah karya puisi) di halaman 3: "Maka tiada suatu arahpun yang meliputi-Nya, tiada suatu arah bagi-Nya. Tuhan-ku maha suci dari arah tersebut dan Dia maha tinggi dari segi martabat". Intaha.

AL-SHARIF AL-SHAYKH ^ABDUL-MAJID AL-MAGHRIBI AL-HASANI (w. 1352 H) SETIAUSAHA FATWA DI TRIPOLI (SYAM). Beliau berkata dalam kitabnya Risalah ^Ilmiyyah fil-Isra' wal-Mi^raj (hlm. 24): "Allah tidak diliputi oleh suatu tempat pun, tidak dibatasi oleh suatu arah, tidak di atas dan tidak di bawah. Allah taala ada pada keazalian-Nya dan tiada suatu pun dari sekalian makhluk, tempat dan arah secara mutlak (pada keazalian-Nya)". Intaha. Beliau berkata dalam kitabnya al-Kawkibush-Sharqi fi Radd Nazariyyah Labalas wa-Rufaqa'ihi (hlm. 57): "Dan hendaklah diketahui di sini bahawa Allah itu pencipta sekalian makhluk dan (Dia-lah) yang mengadakannya, wajib pada akal bahawa Dia bukanlah suatu yang bersamaan dengan sesuatu dari mahkluk dari setiap segi. Dan tiada suatu pun dari sekalian makhluk ini melainkan ia dibatasi oleh tempat dan disempadani oleh arah. Dan setiap suatu tempat itu adalah suatu yang disempadani. Dan setiap suatu yang disempadani dan dibatasi itu pula adalah suatu yang baharu (iaitu yang kewujudannya didahului dengan ketiadaan), sedangkan Allah itu qadim (yang kewujudan-Nya tidak didahului dengan ketiadaan), maka tidak boleh pada akal untuk mengatakan bahawa Allah itu ada di suatu tempat atau dibatasi oleh suatu arah". Intaha.

AL-SHAYKH MAHMUD IBN MUHAMMAD KHATTAB AL-SUBKI (w. 1352 H) SALAH SEORANG DARIPADA MASHAYIKH AL-AZHAR AL-SHARIF. Beliau berkata dalam kitabnya Ithaful-Ka'inat bi-Bayan Madhhabis-Salaf wal-Khalaf fil-Mutashabihat (hlm. 5): "Dan adapun mazhab Salaf dan Khalaf dengan nisbah kepada ayat-ayat dan hadis-hadis mutashabihat, maka sesungguhnya telah sepakati oleh semua mereka itu bahawa Allah taala itu maha suci dari segala sifat makhluk. Oleh itu, maka tiada bagi Allah ^azz wa-jall itu suatu tempat di Arasy, tiada juga di langit dan tiada juga di selain dari dua ini. Dan Dia tidak disifatkan dengan hulul (meresap) dalam suatu makhluk, tidak juga disifatkan dengan sifat bersambungan dengan suatu makhluk, tidak juga disifatkan dengan sifat perubahan dan perpindahan dan seumpamanya dari sekalian sifat perkara baharu (mahkluk)". Intaha.

AL-SHARIF AL-MUHADDITH AL-KHATIB AL-SHAYKH ^ABDUL-FATTAH AL-ZA^BI AL-HASANI AL-LUBNANI AL-TARABULSI (w. 1354 H) NAQIB AL-ASHRAF DI TRIPOLI (SYAM). Beliau berkata dalam kitabnya al-Mawa^iz al-Hamidiyyah fil-Khutubil-Jum^iyyah (hlm. 85): "Bagaimanakah akal boleh mengenali (Tuhan) yang maha suci dari kammiyyah (persoalan bilangan), kayfiyyah (persoalan bagaimana) dan ayniyyah (persoalan tempat). Maka kamu hendaklah mensucikan Tuhan kamu dan mengkuduskan-Nya dari segala lintasan fikiran". Intaha.

L-SHARIF WALIYYULLAH AL-MUHADDITH AL-AKBAR AL-SHAYKH MUHAMMAD BADRUD-DIN IBN AL-SHAYKH YUSUF AL-HASANI AL-DIMASHQI (w. 1354 H). Beliau telah menghuraikan matan al-^Aqidah al-Shaybaniyyah, antara maksud matan tersebut (dalam bentuk puisi) ialah: "Aku akan sentiasa memuji Tuhan-ku kerana taat dan ta^abud dan aku menyusun suatu simpulan di dalam aqidah dalam hal aku bertauhid. Maka tiada suatu arah pun yang meliputi Tuhan dan tiada bagi-Nya suatu tempat dalam hal Dia maha suci dari kedua-dua perkara itu dan Dia maha mulia. Lantaran alam itu suatu yang dicipta dan Tuhan-ku itu pula pencipta, nescaya Dia ada (azali) sebelum alam sebagai Tuhan dan tuan. Dan tiada suatu pun yang sama seperti Allah, dan tiada suatu yang sama dengan-Nya dalam hal Tuhan kita maha suci dari disempadani..."

AL-^ALLAMAH AL-SHAYKH YUSUF AL-DIJWI AL-MISRI (w. 1365 H) SALAH SEORANG ULAMA BESAR DI AL-AZHAR AL-SHARIF. Beliau berkata dalam Majalah al-Azhar (jil. 7, juz. 4, Muharam 1357 H) ketika mentafsir ayat 1 surah al-A^la: "Al-A^la - Yang Maha Tinggi - itu sifat Tuhan, dan yang dikehendaki dengan ketinggian ialah ketinggian dengan kekuatan dan kekuasaan bukannya dengan tempat dan arah lantaran kemahasucian-Nya dari perkara itu". Intaha.

AL-^ALLAMAH AL-SHAYKH MUHAMMAD ZAHID AL-KAWTHARI AL-HANAFI (w. 1371 H) WAKIL AL-MASHIKHAH AL-ISLAMIYYAH DI NEGARA KHILAFAH UTHMANIYYAH. Beliau berkata dalam kitabnya Maqalat al-Kawthari (Maqal al-Isra' wal-Mi^raj, hlm 452): "Penyucian Allah subhanahu dari tempat serta segala yang dinisbahkan dengan tempat, dan masa serta segala yang dinisbahkan kepada masa adalah aqidah Ahlul-Haqq (Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah) meskipun golongan al-Mujassimah yang berterus terang dan yang tidak terang pendapat mereka marah terhadap perkara tersebut". Intaha. Beliau berkata dalam kitabnya Takmilah al-Radd ^ala Nuniyyah Ibnil-Qayyim (hlm. 88): "Maka dengan itu zahirlah kebatilan pegangan dengan kalimah "fawq" dalam ayat-ayat dan hadis-hadis bagi menetapkan arah bagi-Nya ta^ala. Allah maha suci dari tanggapan kaum al-Mujassimah". Intaha.

AL-^ALLAMAH AL-SHAYKH MUSTAFA WUHAYB AL-BARUDI AL-TARABULUSI (w. 1372 H). Beliau berkata dalam kitabnya al-Fawzul-Abadi fil-Hadyil-Muhammadi (hlm. 73): "Sesungguhnya Allah taala itu maha suci zat(-Nya) dari penentuan dengan sebarang tempat dan masa. Dan ini satu asas daripada asas-asas aqidah iman kerana jika Dia memerlukan tempat nescaya Dia adalah baharu (suatu yang ada yang didahului dengan tiada). Dan sebenarnya dalil yang menunjukkan wajib bagi Allah itu bersifat qidam (sifat yang tidak didahului dengan ketiadaan) dan mustahil atas-Nya bersifat ^adam (ketiadaan) telah nyata, dan kerana segala arah ini Dia-lah yang telah menciptakannya". Intaha.

AL-SHAYKH MUHAMMAD AL-KHIDR HUSAYN AL-TUNISI (w. 1378 H) SHAYKHUL-AZHAR. Dinyatakan dalam majalah al-Hidayah al-Islamiyyah (juz. 12, jil. 4) yang beliau mengetuainya: "Sesungguhnya kejisiman menuntut tempat berhenti dan tempat. Dan sebenarnya telahpun pasti bahawa itu mustahil bagi Allah". Intaha.

AL-HAFIZ AL-MUHADDITH AL-MUJTAHID AL-SHAYKH AL-SAYYID AHMAD IBN MUHAMMAD IBN AL-SIDDIQ AL-GHUMARI AL-MAGHRIBI (w. 1380 H). Beliau berkata dalam kitabnya al-Minahul-Matlubah fi Istihbab Raf^il-Yadayn fid-Du^a' ba^das-Salawatil-Maktubah (yang dihimpunkan dalam sebuah kitab yang berjudul Thalath Rasa'il fi Istihbab al-Du^a', hlm. 61 - 62): "Maka jika dikatakan: "Jika (Allah) al-Haqq subhanahu itu tiada di suatu arah, maka apakah makna perbuatan mengangkat kedua-dua tangan kerana berdoa ke arah langit? Maka jawapannya ialah sebagaimana yang dinukilkan (oleh al-Hafiz al-Mujaddid al-Lughawi Muhammad Murtada al-Zabidi) di dalam kitab Ithafus-Sadatil-Muttaqin (jil. 5, hlm. 34 - 35) daripada al-Turtushi - al-Maliki - dengan dua cara: Pertamanya; bahawa sesungguhnya perbuatan mengangkat dua tangan itu suatu kedudukan ta^abbud (peribadatan) seperti perbuatan menghadap Kaabah ketika solat dan perbuatan menempelkan dahi ke bumi ketika sujud berserta mensucikan-Nya subhanahu dari tempat al-Bayt[ul-Haram] dan tempat sujud. Oleh itu, seolah-olah langit itu kiblat doa. Keduanya; sesungguhnya oleh kerana langit itu tempat jatuh rezeki dan wahyu dan sebagai tempat rahmat dan barakah, di atas makna bahawa hujan itu sentiasa turun dari langit ke bumi lalu hujan itu mengeluarkan suatu tumbuhan, dan langit juga tempat al-Mala'ul-A^la. Oleh itu, jika Allah menqada'kan suatu perkara maka Dia mencampakkannya kepada mereka, lalu mereka mencampakkannya kepada penduduk bumi. Demikian juga amalan diangkat. Dan di langit juga ada bukan seorang daripada kalangan para nabi, padanya ada syurga - iaitu syurga berada di atas langit ketujuh - yang merupakan kemuncak cita-cita. Oleh kerana langit itu menjadi suatu lombong bagi perkara-perkara besar ini dan juga sebagai makrifah al-Qada' dan al-Qadar maka azam yang kuat beralih kepada langit dan sebab-sebab tertumpu kepada langit". Intaha.

AL-MUHADDITH AL-SHAYKH MUHAMMAD ^ARABI AL-TABBAN AL-MALIKI (w. 1390 H) GURU DI MADRASAH AL-FALAH DAN DI AL-MASJIDIL-HARAM. Beliau berkata dalam kitabnya Bara'atul-Ash^ariyyin (jil. 1, hlm. 79): "Mereka yang berakal daripada golongan Ahlus-Sunnah yang bermazhab al-Shafi^i, bermazhab al-Hanafi, bermazhab al-Malik, tokoh-tokoh utama yang bermazhab al-Hanbali dan selain mereka bersepakat bahawa Allah tabarak wa-ta^ala itu maha suci dari arah, kejisiman, batas, tempat dan persamaan dengan segala makhluk-Nya". Intaha.

AL-SHAYKH MUHAMMAD AL-TAHIR IBN ^ASHUR AL-MALIKI (w. 1393 H) KETUA PARA MUFTI MAZHAB MALIKI DI TUNISIA DAN SHAYKH JAMI^ AL-ZAYTUNAH DAN CAWANGAN-CAWANGAN JAMI^ AL-ZAYTUNAH DI TUNISIA. Beliau berkata dalam kitab tafsirnya al-Tahrir wat-Tanwir (jil. 29, hlm. 33): "Firman-Nya - taala - [yang mafhumnya] ((yang di langit)) di dua tempat tersebut (iaitu dalam ayat 16 dan 17 surah al-Mulk) dari segi makna yang kesamaran yang zahirnya memberi makna bertempat di suatu tempat, dan itu tidak layak dengan Allah". Intaha.

AL-SHAYKH ^ABDUL-KARIM AL-RIFA^I AL-DIMASHQI (w. 1393 H) SALAH SEORANG MURID KHUSUS AL-SHARIF AL-MUHADDITH AL-AKBAR AL-SHAYKH MUHAMMAD BADRUD-DIN AL-HASANI. Beliau berkata dalam kitabnya Kitabul-Ma^rifah fi Bayan ^Aqidatil-Muslim (hlm. 55 dan 57): "Mustahil bagi Allah itu ada sifat persamaan dengan perkara baharu, pergantungan dengan masa dan tempat, berada di suatu arah atau ada suatu arah bagi-Nya". Intaha.

AL-SHARIF AL-SHAYKH MUHAMMAD ABUL-YUSR ^ABIDIN AL-HUSYANI (w. 1401 H) MUFTI SYRIA. Beliau berkata dalam kitabnya al-Ijaz fi Ayatil-I^jaz: "Ketahuilah sesungguhnya telah diakui dalam agama Islam bahawa Allah taala itu tiada suatu tempat dan suatu masa bagi-Nya, dan Dia-lah Tuhan [yang mencipta dan mentadbir] masa dan tempat. Dan sesungguhnya tempat-tempat yang disandarkan kepada-Nya taala itu hanya disandarkan untuk pemuliaan kerana Dia telah memuliakan tempat-tempat tersebut. Lalu disebut "BaytuLlah" [rumah Allah]". Intaha.

AL-MUHADDITH AL-SHAYKH AL-SAYYID ^ABDULLAH IBN MUHAMMAD IBN AL-SIDDIQ AL-GHUMARI (w. 1413 H). Beliau berkata dalam kitabnya Qasasul-Anbiya' (hlm. 11): "Allah ada (azali) dan tidak ada suatu pun selain-Nya. Oleh itu, tiada suatu masa pun, tiada suatu tempat pun, tiada suatu ruang pun, tiada suatu detik pun, tiada suatu arasy pun, tiada suatu malaikat pun, tiada suatu bintang pun dan tiada suatu orbit pun. Kemudian Dia mengadakan alam ini tanpa berhajat kepadanya, dan jika Dia mahu maka Dia boleh tidak mengadakannya. Oleh itu, seluruh alam ini dengan suatu yang ada di dalamnya terdiri daripada jauhar, ^arad adalah suatu yang baharu wujud dari ketiadaan...". Intaha.

AL-^ALIMUL-^ALLAMAH AL-SHAYKH ^ABD RABBIH IBN SULAYMAN IBN MUHAMMAD IBN SULAYMAN YANG DIKENALI DENGAN PANGGILAN AL-QALYUBI AL-MISRI SALAH SEORANG DARIPADA ULAMA AL-AZHAR. Beliau berkata dalam kitabnya Faydul-Wahhab fi Bayan Ahlil-Haqq (jil. 2, hlm. 26 - 27): "Kami berkata: "Antara yang telah diakui menurut dalil aqli dan dalil naqli bahawa Allah taala itu Tuhan yang qadim (iaitu yang kewujudan-Nya tidak didahului dengan ketiadaan) lagi yang tidak memerlukan setiap sesuatu selain-Nya dan selain-Nya itu pula memerlukan-Nya. Oleh itu, bagaimana Dia bertempat di langit sedangkan sifat bertempat itu adalah dalil keberhajatan. Dan sesungguhnya jika Dia taala itu ada di suatu tempat nescaya Dia adalah perkara yang boleh dikadarkan, sedangkan sesuatu yang boleh dikadarkan itu adalah suatu yang baharu (iaitu suatu yang kewujudannya didahului dengan ketiadaan), sedangkan Allah taala itu qadim, maka sifat bertempat di suatu tempat atau suatu arah itu mustahil bagi-Nya". Intaha.

SAMAHATUSH-SHAYKH HASANAYN MUHAMMAD HASANAYN MAKHLUF (w. 1410 H) MUFTI MESIR. Beliau berkata dalam kitabnya Mukhtasar Sharh ^Aqidah Ahlil-Islam (hlm. 12 - 13): " - Sesungguhnya Allah - maha suci dari segala kekurangan dan sifat-sifat kebaharuan (iaitu sifat-sifat makhluk). Dan antara sifat-sifat kekurangan dan makhluk itu ialah masa dan tempat. Oleh itu, Allah tidak diiringi oleh suatu masa dan tidak diliputi oleh suatu tempat lantaran Dia-lah pencipta bagi kedua-dua perkara tersebut, maka bagaimana mungkin Dia memerlukan kepada kedua-dua perkara itu pula?!". Intaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan