July 20, 2011
KUALA LUMPUR, 20 Julai — Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakat Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Dr Mohd Sani Badron menegaskan penyalahgunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil Bahasa Melayu harus digugurkan kerana ia menggambarkan “Allah” dalam pelbagai bentuk.
Kata Mohd Sani, penterjemahan kitab Injil itu atau Alkitab turut menggunakan istilah “Allah” sebagai “allah” sebagai terjemahan yang salah dan boleh mengelirukan.
Polemik isu penggunaan istilah “Allah” kembali ekoran tindakan Putrajaya menahan mengeluarkan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Kuching dan Pelabuhan Klang, sejak 2009.
Bagaimanapun Alkitab dilepaskan selepas pelbagai pihak mendesak Putrajaya berbuat demikian.
Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Pope Benedict XVI.
“Terjemahan itu (‘God’ kepada Allah) sangat tidak betul, ia sepatutnya perlu diterjemahkan dengan betul... kita terjemahkan bukan terjemah perkataan, tapi maknanya dan kalau maknanya tidak tepat ia salah.
“Maknanya, istilah yang tepat kepada perkataan ‘God’ itu adalah Tuhan dan perkataan ‘Lord’ juga adalah Tuhan, bukan Allah,” katanya kepada The Malaysian Insider selepas membentangkan kertas kerja bertajuk “Kontroversi Nama Khas Allah Dalam Konteks Pluralisme Agama” pada Seminar al-Quran dan Cabaran Pluralisme Agama: Pengajaran Masa Lalu, Keperihalan Semasa dan Hala Tuju Masa Depan.
Terdahulu dalam membentangkan kertas kerjanya, Mohd Sani menegaskan istilah “allah” dalam Alkitab telah digunakan “dalam bentuk jamak” dan “kepada banyak perkara”.
Jelas beliau, tindakan Kristian menggunakan kalimah “Allah” dalam bentuk jamak dan kepada banyak perkara telah mencemarkan perkataan yang ekslusif bagi Tuhan Yang Maha Esa.
“Dalam Alkitab, pertamanya ‘allah’ digunakan dalam bentuk ramai iaitu ‘para allah’ yang digunakan kepada makhluk-makhluk syurga seperti yang tertulis dalam kitab itu ‘Allah berdiri di sidang ilahi di antara para allah Ia menghakimi’.
“Kedua ‘Allah’ digunakan kepada ramai manusia seperti ayat ‘Aku sendiri telah berfirman: Kamu adalah allah dan anak-anak Yang Maha Tinggi kamu sekalian.’
“Ketiga ‘allah’ digunakan dalam bentuk banyak untuk berhala seperti ‘Sebab segala allah bangsa-bangsa adalah berhala, tetapi Tuhanlah yang menjadikan langit’,” kata Mohd Sani yang turut mengkaji contoh-contoh ayat berkenaan dalam terjemahan Alkitab.
Mengulas lanjut, beliau juga berkata “keempat, ‘allah’ dan ‘Allah’ digunakan kepada patung berhala lembu.”
“Istilah sama digunakan kepada Tuhan dan bukan Tuhan seperti ‘Bersyukurlah kepada Allah segala allah’, ‘Sebab Tuhan, Allahmulah Allah segala allah dan Tuhan segala tuhan.’
“Selain itu istilah Allah juga disamakan dengan Yesus (Jesus) yang juga seorang manusia seperti ‘Yesus Kristus, yaitu Allah Mahabesar’, ‘Yesus Kristus: pada dasarnya Ia sama dengan Allah’.
“Ketujuh ‘Allah’ digunakan tidak lebih daripada sekadar sebagai sifat yang mencirikan seseorang dan kelapan ‘allah’ digunakan kepada semua benda yang dipuja,” katanya.
Menurut Mohd Sani, penggunaan istilah “Allah” dalam Alkitab telah digunakan secara “berbelit-belit” dengan maknanya yang bertentangan.
“Kesan, akibat dan pengaruh dari keadaan ini wajib diambil kira dengan cermat sebelum kerajaan dan masyarakat memperhitungkan langkah seterusnya.
“Membuka ruang kepada penyalahgunaan istilah ‘Allah’ merupakan satu kebiadaban yang amat sangat terhadap makna kalimah ‘Allah’ dan satu perkosaan kepada bahasa Melayu, alasan bahawa ada dua ejaan iaitu ‘allah’ dan ‘Allah’ adalah alasan yang tidak memadai,” katanya.
Justeru beliau percaya isu yang berlarutan sehingga sekarang merupakan isu provokatif yang terancang untuk membangkitkan kemarahan umat Islam.
“Istilah ‘Allah’ adalah istilah yang dihormati oleh orang Islam dan dengan tindakan membawanya ke mahkamah dan menyebarkan persepsi Islam suka menindas, ia sudah tentu akan membangkitkan kemarahan masyarakat Islam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan