TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 18 Julai 2011

Makam Sheikh Yusuf Siddiq, Pulau Besar, Melaka

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, hamba sampai kembali ke Pulau Besar, Melaka pada 9 Julai 2011, 7 Syaaban 1432, hari Sabtu. Asalnya hamba sekeluarga bercadang ke Kuantan untuk menziarahi seorang rakan yang baru balik dari luar negara yang mengadakan kenduri kesyukurannya pada hari yang sama. Namun, melihat akan masalah yang bakal dicetuskan oleh pelbagai pihak di Kuala Lumpur dan sekitarnya, yang mana setiap pihak yang bertentangan suka mencari salah orang lain, tidak mahu mengaku salah sendiri, kelemahan sendiri, yang rugi akhirnya kerana umat Islam yang berpecah, bergaduh sesama sendiri, menyemarakkan perpecahan umat Islam, bukannya semakin menyatupadukan umat Islam, maka hamba batalkan rancangan ke Kuantan.  Orang luar bertepuk tangan di atas pergaduhan, permusuhan orang Islam sesama sendiri. Itulah hakikatnya. Yang jelasnya adalah umat Islam di Malaysia sekarang semakin hebat kata-mengata, maki-memaki, fitnah-memfitnah dan 1001 perkara yang menjauhkan umat Islam dari bersatu-padu. 'Permusuhan' umat Islam sesama sendiri 'akibat politik' lebih hebat berbanding permusuhan orang Islam dengan orang bukan Islam, begitu sedih rasanya. Sedangkan kita semua tahu 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh', namun masing-masing membiarkan perpecahan itu atas kebenaran masing-masing dan atas kehendak politik masing-masing. Masakan dapat kita menjadi 'pembawa rahmat ke sekalian alam' jika itu caranya. Masakan kita dapat menzahirkan akhlak RSAW jika itu keadaannya.

Dari itulah antaranya, hamba dari dahulu 'tidak masuk campur dan tidak mahu terlibat dengan sebarang urusan politik'. Apatah lagi guru hamba yang mulia selalu mengingatkan, 'itu bukan urusan kamu', 'jangan masuk campur urusan Allah Taala', maka itu memudahkan hamba meletakkan pendirian hamba dalam 1001 isu. Justeru itu, hamba selalu melihat,memerhati serta mengkaji apakah rahsia dan hikmah di sebalik 'af'al Allah Taala yang sedang berlaku ini'. 

8 Julai, hamba sekeluarga balik ke kampung mertua. 9 Julai, jam 930 pagi, hamba keluar seorang diri dari kampung mertua ke 'lokasi yang hamba selalu lepak' di Melaka. Alhamdulillah sampai awal, dalam jam 1045 pagi. Dapatlah hamba lepak-lepak sampai 1130 pagi. Jam 1200 tengahari, hamba naik feri ke Pulau Besar. Seperti biasa, orang India adalah pengunjung majoriti di Pulau Besar masa kini.


Gambar di atas adalah maklumat nombor panas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang mengambil sebahagian fungsi Polis Marin, Tentera Laut, Jabatan Imegresen dan Jabatan Kastam yang ditampal dalam feri. Hamba ambil juga satu nombor utamanya dan masukkan dalam telefon. Alhamdulillah, sampai di Pusau Besar tak lama kemudian.

Seperti biasa, hamba ke kawasan makam dahulu. Memandangkan perut dah berbunyi, jadi hamba makan bekalan nasi lemak yang dibawa dari tanah besar di gerai berhampiran. Dalam keadaan inflasi yang menjadi-jadi, tak rugi kita berjimat di mana boleh. Kemudian ke surau cari Pak Tam Ramlee...takdak pulak...rupa2nya PakTam di rumah pentadbiran surau sedang menonton televisyen (berita terkini). Selepas itu, hamba ke kawasan makam tujuh beradik. Memang ramai yang beratur untuk makan percuma. Hamba banyak ambil gambar di kawasan makam ini dek 'bunga-bunga ke arah kekhurafatan yang semakin berlaku'. Hamba akan tulis tajuk khusus bab ini, Insya-Allah. Moga-Moga Jabatan Agama Islam Melaka bertindak, bukannya pandang sahaja tanpa berbuat apa-apa.

Kemudian hamba balik ke surau untuk bersolat dan sedikit berehat. Kemudiannya hamba menghabiskan urusan ziarah makam Sheikh Yusuf Siddiq. Hamba dah ziarah Makam Sheikh Yusuf Siddiq ini dalam ziarah ke Pulau Besar sebelum ini  iaitu pada 5-6 Februari 2011 tetapi 'ada urusan yang belum selesai'. Jadi kiranya ziarah kali ini untuk menyelesaikan urusan-urusan tertunggak di Pulau Besar...Alhamdulillah, Makam Sheikh Yusuf Siddiq adalah makam ke-24 dalam ziarah hamba ke makam-makam terpilih.

Petangnya, selepas Asar, hamba ke kawasan belakang pulau dan Gua Yunus. Ini akan diceritakan dalam tajuk khusus selepas ini, Insya-Allah. Antara orang yang hamba jumpa dan bersilaturrahim dalam ziarah kali ini ialah Mak Jah dari Singapura, yang datang bersama suaminya. Mak Jah, hamba kira dalam 65-72 tahun, merupakan seorang guru silat dan datang ke Pulau Besar semenjak tahun 1972.  Mak Jah menceritakan bahawa pada tahun 1970-an, ular, lipan bara dan katak amat banyak di Pulau Besar. Waktu itu, Pulau Besar masih merupakan sebuah hutan yang 'memang hutan'. Elektrik tidak ada dan pengunjung hanya berbekalkan lampu minyak tanah. Apa yang menariknya adalah Mak Jah mengatakan beliau tidak pernah dengar pengunjung-pengunjung Pulau Besar pada era 1970-an dan awal 1980-an yang dipatuk ular atau disengat lipan bara. Beliau mengatakan, kalau berjalan dari pantai ke Makam Sultan Arifin, ada saja ular yang melintas. Kalau di pokok-pokok, berjuntai ular-ular di sini-sana. Kalau berjalan-jalan di dalam Pulau, lipan bara ada di merata-rata. Begitu juga ikan Semilang banyak di laut, sampai jenuh nah makan, tak makan-makan. Katanya kini, semua itu 'dah tiada', dah 'ghaib' di Pulau Besar. Entah ke mana perginya, kata Mak Jah.  Hanya Allah Taala yang tahu, bisik hati hamba.  Waktu era itu juga, Mak Jah mengatakan, sebahagian besar pengunjung terdiri daripada guru silat atau orang silat a.k.a. mereka di jalan kebatinan dan jalan kerohanian, tok bomoh a.k.a. dukun.  Macam-macam 'fesyen' boleh jumpa.



Kamera kompak hamba sempat merakam ini di pantai belakang pulau


Tiga daripada empat gerai MAIM sudah dibuka






Sheikh Ismail beserta gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan abangnya Sheikh Ibrahim beserta 13 orang yang lain dari Baghdad sampai ke Pulau Besar pada 1495M. Mereka adalah peneroka yang pertama yang membuka Pulau Besar untuk dijadikan pusat perkembangan dakwah di Alam Melayu. Kemudiannya beberapa lagi para pendakwah datang dari Syria, Yaman dan Semenanjung Arab sehingga jumlahnya seramai 43 orang yang menghidupkan Pulau Besar sebagai Pusat Perkembangan Dakwah Alam Melayu. 

Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 43 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan saudaranya Sheikh Ibrahim Abdul Qadir.

sumber : http://tenagadalamilahi.wordpress.com/2010/02/17/sejarah-pulau-besar-melaka/
MAKAM AL-MURSYID SYEIKH YUSUF AS-SIDIQ
Syeikh Yusuf As-Sidiq merupakan seorang Syeikh Sufi yang tinggi ilmunya serta menghafal beribu-ribu hadith nabi Muhammad SAW. Tidak dapat dipastikan tahun kelahiran beliau namun beliau antara ulama yang turut serta di dalam rombongan Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a) menyebarkan agama Islam di Kepulauan Melayu pada tahun 1495.  Beliau merupakan guru kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a). Diriwayatkan sepanjang hidupnya beliau hanya berpuasa semenjak berumur 9 tahun sehinggalah beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun.



3 ulasan:

  1. Bukan kah syeikh yusuf as siddiq orang maghribi

    BalasPadam
  2. Siti sarah tu anak nya syeikh yusuf as siddiq kan

    BalasPadam