Pengunjung perlu menuruni lurah ini dengan menggunakan tali yang disediakan
Seperti dalam tulisan hamba sebelumnya, petang 9 Julai 2011, hamba ke Gua Yunus. Gua ini terletak di sebelah belakang pulau dan perjalanan jalan kaki ke Gua Yunus dari Makam Sultan Arifin mengambil masa 20-30 minit, bergantung kepada kecepatan berjalan. Sebenarnya hamba sampai ke pantai di belakang pulau dahulu dan tetiba tergerak nak ke Gua Yunus pula. Sememangnya Gua Yunus merupakan 'tempat wajib' hamba jika ke Pulau Besar sebelum ini. Namun begitu, dalam 2 kunjungan sebelum ini, hamba 'tidak tergerak nak ke sana'. Memandangkan hati dah tergerak, maka kaki pun melangkah pergi. Dari pantai, anda terpaksa meredah sedikit belukar dan denai hutan, mendaki sedikit sebelum bertemu Gua Yunus. Jam 600 petang hamba sampai ke Gua Yunus. Alhamdulillah tak ada orang.
Gua Yunus ini di bahagian atas darat. Kalau tanya orang lama, ada Gua Yunus yang sebenarnya yang dikatakan berada di bawah Gua Yunus ini. Nak masuk ke Gua Yunus yang sebenar perlu menyelam, orang katalah. Hamba sendiri pun tak pernah pergi. Hamba datang ke Pulau Besar bukan untuk membongkar misterinya tetapi untuk tujuan tersendiri.
Pernah beberapa tahun dahulu, ketika Malam Nisfu Syaaban, hamba datang dengan Biras ke sini. Ada dua orang adik-beradik dari Segamat yang telah tiga hari di sini. Umur mereka dalam 45-50 tahun. Hamba dan Biras duduk beramal di kawasan mulut gua, mereka pun di situ. Mereka suruh kami naik/beramal di atas batu yang ada tangga tu, hamba tak berminat. Hamba dok di situ juga, mereka tak ada hak menghalau kami. Akhirnya mereka yang keluar dari mulut gua dan naik ke atas gua (bahagian atas). Yang hak dengan yang batil mana boleh bercampur. Malangnya mereka ini di jalan hikmah, sibuk cari batu hikmat dan benda2 macam ini untuk tujuan dunia. Dapatlah adik-beradik tu sebutir batu, 'Puteri bagi, kata mereka'. Hamba memang dah agak, kalau mereka kekal di tempat yang kami ada, tak merasalah 'batu tu'. Tiga hari mereka beramal di situ menantikan batu tu. Kalau anda di jalan hikmah dan sukakan benda-benda ini, sampai mati tak akan habis 'penemuan anda'. Ada saja batu, geliga, keris, dan barang2 hikmat yang anda akan temui.......Akhirnya anda leka dengan benda2 ini dan terlupa dengan tujuan anda dihidupkan di dunia ini. Yang lebih bahaya adalah anda mendekatkan diri dengan kesyirikan dan 'membawa orang lain' ke arah kesyirikan. Iyalah, anda menggunakan batu geliga ini untuk berubat contohnya dan 'hasilnya mujarab'. Lama-lama anda seronok dengan kemujaraban batu geliga ini dan keseronokan mendapat duit/habuan dunia. Lama-lama anda 'taksub' dengan batu geliga anda dan terlupa semua perkara berlaku dalam izin Allah, kerana hakikat yang berkuasa bukan batu geliga dan lain-lain tetapi Allah Taala.
Nasihat hamba untuk diri sendiri dan siapa yang mahu menerima 'Jangan cari yang bersifat baharu'. 'Carilah DIA yang kekal abadi'.
Pengunjung yang tidak bertanggungjawab - sampah dibiarkan sahaja
Salah satu batu tempat pengunjung beramal. Dulu kena guna tali untuk naik ke atas. Kini tangga besi disediakan.
Pulau terhujung yang menempatkan rumah api dari atas batu tadi (gambar bawah)
Apabila kerajaan negeri mengkomersialkan tempat yang tidak sepatutnya dikomersialkan, maka khurafat pun berleluasa, ini masalahnya (atas batu pun depa tabur bunga)
Batu hampar depan Gua Yunus, banyak kisah tentangnya
Resort terbengkalai dari Gua Yunus
Pulau Hantu di hujung resort, kini dah tak jadi pulau
Anda perhatikanlah, situ pun jadi bagi puak2 Hindu ni.
Batu putih dalam Gua Yunus- disembah, dibuat macam2 oleh orang Hindu. Kalau nak beramal dalam Gua ini, benda2 ni kena 'bersihkan' terlebih dahulu.
Satu lagi sifat tidak bertanggungjawab para pengunjung
Apa yang menariknya adalah mulut Gua ini mengadap kiblat pada umumnya...Setakat 10 orang nak duduk dan beramal boleh lagi
Masih di mulut Gua Yunus
Bila suatu tempat jadi tumpuan pengunjung Hindu, macam2 khurafat dan kerosakan berlaku
Mereka yang di jalan ketuhanan juga datang ke Gua Yunus
Mereka di jalan hikmah juga turut 'beramal di sini'
Apa yang membentuk Gua ini adalah batu-batu yang menahan batu besar di atasnya
Tikar dan plastik ditinggalkan untuk mereka yang nak duduk/beramal di situ
1
BalasPadam