TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 24 Julai 2011

Pulau Besar Melaka : Bidaah Dan Khurafat Sebelum Ini


Assalamu'alaikum,

Ini artikel keenam dalam kunjungan hamba ke Pulau Besar pada 9-10 Julai 2011 selepas Makam Sheikh Yusuf Siddiq, Gua Yunus, Makam Sheikh Ibrahim r.a. dan Makam Syarifah Rodziah dan khurafat di Pulau Besar.  Dalam posting ini, hamba cuna nak maklumkan a.k.a. 'highlight'kan beberapa perkara yang mungkin kita tidak tahu tentang Pulau Besar Melaka.  Nampaknya beberapa amalan sebahagian Golongan India Muslim mengandungi unsur-unsur bidaah dan khurafat yang boleh membawa kepada kerosakan aqidah dan syirik. Kalau pandangan peribadi hamba, telah bercampur aduk antara amalan agama dengan amalan/adat orang India. Secara terperinci anda boleh baca surat Mufti Melaka di bawah. Sedangkan Islam tidak mengizinkan bercampur-aduk antara yang hak dan batil...."Jangan kamu campur-adukkan yang benar dengan yang salah, dan jangan kamu sembunyikan yang benar itu padahal kamu mengetahui".   Atas dasar itu, posting ini hamba khususkan tentang campur-aduk yang telah berlaku dan sedang berlaku di Pulau Besar Melaka.

Islam adalah agama yang lurus, tidak bengkang-bengkok, bukan agama 'pepat di luar rencong di dalam'. Kalau kita nak mohon sesuatu, mohonlah pada Allah Taala. DIA maha mengetahui akan keluh-kesah hamba-hamba-NYA, DIA maha mendengar rintihan dan rayuan kita, DIA maha bijaksana dalam memakhbulkan akan sesuatu hajat. Jangan kita mohon selain kepada-NYA. Duduklah kita dalam jalan yang lurus, bukan jalan yang mungkar, bukan jalan yang sesat. Jangan sesekali kita mensyirikkan Allah Taala. Orang yang mensyirikkan Allah Taala tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Siapakah golongan yang rugi? Golongan yang rugi antaranya adalah golongan yang tidak mendapat sifat pengampun Allah Taala. Atas sifat maha pengampun-NYA, kalau kita melakukan dosa-dosa besar, selagi kita bertaubat dan mendapat pengampunan dari-NYA, insya-Allah, dengan rahmat Allah, kita akan terselamat. Akan tetapi jika kita melakukan dosa kesyirikan dan tidak mendapat sifat pengampun Allah Taala, bagaimana?

Atas dasar itulah, ilmu tauhid bukan sekadar untuk dihafal, tetapi untuk difahami dan diamali.  Mereka yang mantap tauhidnya hanya mentauhidkan, mengEsakan Allah Taala. Belajarlah dan beramallah dengan ilmu tauhid. Ilmu Fiqh saja tidak mencukupi untuk menjadi insan kamil, yakni insan yang sempurna dan seimbang. Lengkapkan diri anda dengan ilmu tasawuf di penghujungnya. Tiga serangkai ini, yakni ilmu fiqh, tauhid dan tasawuf adalah Fardhu Ain, kata sebahagian ulamak. Kalau kata hamba, kurang satu, tak sempurnalah Islam dan Iman kita.

Kawasan Kompleks Pemakaman Sultan Arifin telah digazetkan kepada Majlis Agama Islam Melaka.


Kawasan berpagar di Kawasan Kompleks Pemakaman Sultan Arifin dirizabkan untuk surau
Pengerusi MAIM bertanggungjawab terhadap Kawasan Kompleks Pemakaman Sultan Arifin

Kawasan berpagar di Kawasan Kompleks Pemakaman Sultan Arifin dirizabkan untuk tapak perkuburan
MAIM bertanggungjawab terhadap tapak perkuburan ini 


Kenapa papan tanda ini ada di sini? Kerana terdapat penagih dadah yang melarikan diri ke Pulau Besar Melaka untuk mengelak dari ditangkap....namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga...


Penguatkuasaan bukan sekadar papan tanda wahai Jabatan Agama Islam Melaka. Paparan posting ini dan posting sebelumnya adalah tangggungjawab bersama yang hamba laksanakan, yang hamba mampu


Surat Mufti Melaka merangkap Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Melak tentang sambutan Maulidur Rasul di Pulau Besar Melaka pada 14 dan 15 Mac 2009


Sambutan JKKK Pernu dan KIMMA didapati mengandungi unsur-unsur bidaah dan khurafat yang boleh membawa kepada kerosakan aqidah dan syirik

Mufti Melaka dah cakap, JAIM kena bertindak:
1)Perhatian perlu diberikan kepada pengunjung bukan Islam yang memuja kubur-kubur tertentu
2)Sensitiviti keagamaan pada masa akan datang -- bahaya tu...
3)Tidak dibenarkan membawa sebarang haiwan ternakan ke Pulau Besar
4)Pasang lampu di tempat tertentu


b)Alhamdulillah, 'sambutan Maulidur Rasul yang menyimpang dari agama Islam' dilarang pada masa depan di Pulau Besar Melaka. Sambutlah Maulidur Rasul dalam konteks yang sunat, banyak caranya, bukan dengan upacara-upacara yang pelik yang menyimpang.  Berbaliklah kepada dasar agama, buangkanlah adat-istiadat yang bercampur-aduk.

c)JAIM perlu pantau kegiatan syirik dan khurafat di Pulau Besar

Antara perkara yang didapati mengandungi unsur-unsur bidaah dan khurafat yang boleh membawa kepada kerosakan aqidah dan syirik:

vi)Membentang kain hijau dan menabur bunga secara berlebihan di atas kubur Sultan Arifin (Sultan Arifin tak minta pun kain hijau dan tabur bunga macam ini. Ikutlah Sunnah Nabi SAW dalam menziarahi kubur)

vii)Perarakan membawa bendera, bunga telur, bunga-bungaan, buah-buahan dan dulang ke Makam Sultan Arifin (apa dah jadi agaknya, macam majlis kahwin pulak???)

viii)Upacara menyerahkan dulang kepada penjaga makam (Penjaga Makam mana ada kuasa, 'Penjaga makam yang sebenarnya adalah 'Allah Taala sendiri')

ix)Mengadakan Majlis Maulud di sisi bangunan makam (Majlis Maulidur Rasul boleh buat kat masjid, surau, kat rumah pun boleh asalkan tahu kaedahnya. Bila buat kat kubur, macam-macamlah ceritanya)

x)Percampuran lelaki dan perempuan bukan muhrim (dah jelas salah kalau macam ni, kebaikan tidak boleh dilakukan melalui cara yang salah)

xi)Menaikkan bendera selepas Subuh dan diikuti dengan takbir beramai-ramai (Bendera ada sirah dan sunnahnya, bukan macam ini)



Antara perkara yang didapati mengandungi unsur-unsur bidaah dan khurafat yang boleh membawa kepada kerosakan aqidah dan syirik:

i)Penjualan poster yang didakwa mirip sahabat Nabi SAW (kalau anda baca sejarah, poster/gambar merupakan sejarah awal kepada pemujaan berhala. Mula-mula tengok gambar, kemudian buat patung berdasarkan gambar dalam poster, kemudian sayang kat patung tu, kemudian sembah patung berhala yang ada muka/gambar macam tu. Kalau tak buat patung, lama-lama depa sembah gambar dalam poster tu, sebagaimana amalan Taois)

ii)Meletak dan memasang colok di atas kubur (Tak ada dalam Sunnah Nabi SAW. Lebih kepada amalan penganut Hindu dan Taois, kenapa perlu ikut??? Kenapa perlu campur-aduk)

iii)Membaca tahlil dan doa di tiang bendera semasa menurunkan bendera lama (Apabila dikhususkan kepada 'tiang bendera' dan semasa menurunkan bendera, maka dah mengandungi unsur-unsur bidaah dan khurafat)

iv)Meletakkan bendera yang diturunkan dalam dulang khas berisi bunga (Bendera ada sirah dan sunnahnya, bukan macam ini)

v)Menyapu dan menyiram cairan cendana kuning pada batu nisan dan kubur Sultan Arifin (Satu lagi unsur-unsur bidaah dan khurafat. Batu nisan tidak berkuasa, kubur tidak dapat memakhbulkan doa)


Kambing yang masih dibawa 'untuk disembelih' di Pulau Besar Melaka. Yang membawanya adalah India Muslim.

Ini Makam Nenek Kebayan...tengoklah apa dah jadi dek perbuatan penganut Hindu. Sebagai Muslim, adakah anda redha dengan perkara ini. Sama ada makam ini makam tanda atau makam sebenar, kita wajib memeliharanya daripada disalahgunakan oleh Muslim lain, apatah lagi oleh penganut Hindu

Semoga ada kebaikan dan manfaat atas apa yang dkongsi bersama para pembaca.

1 ulasan: