TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Selasa, 18 Jun 2013

Makam Purba, Kampung Ulu Melaka, Pulau Langkawi

Assalamu'alaikum,

Sewaktu 'dipanggil semula' ke Langkawi selepas Disember 2012, kuat gerak untuk ke Kampung Ulu Melaka, apa sebabnya yang sebenar, hamba pun belum pasti. Hamba tahu Masjid Kuah dan Masjid A'ishah adalah urusan sampingan. Apabila dah sampai dan selesai urusan di Masjid Kampung Hulu Melaka, baru hamba tahu 'panggilan semula ke Langkawi'....perlu ziarah Makam Purba. Makam Purba terletak di Kampung Ulu Melaka dan memang tidak jauh dengan Masjid Kampung Ulu Melaka. Hamba pernah ziarah Makam Purba ini, mungkin dah lebih 10 tahun yang dahulu. Waktu itu, perjalanannya dan tuntutannya berbeza berbanding perjalanan dan tuntutan sekarang.  Makam Purba ini pada zahirnya, dari segi batu nisannya adalah Makam seorang wanita, pada batinnya Allah Taala lebih tahu. Satu kumpulan tu kata Makam Parameswara, ada kata Makam Mahsuri dan ada pula yang kata Makam Hang Tuah. Hang Tuah mana ada makam!!! Waktu hamba sampai  memang panas terik, seperti ketika sampai di Makam Tok Peramu, Pahang.  Rupanya perlu ke Langkawi semula untuk ziarah makam leluhur kerana hamba ada darah Acheh.  Oktober 2012, dah ziarah Bukit Siguntang yang terkenal dalam Sejarah Melayu itu.  Kali ini ke Langkawi....ehmmm Acheh melambai-lambai memanggil-manggil hamba, bila boleh ke sana?

Mengikut catatan di sini, makam ini ditemui semula pada April 1975. Mengapa makam ini saja bersendirian di sini, Allah Taala lebih tahu. Mengapa makam ini ditakdirkan ditemui semula pada tahun 1975, Allah Taala lebih tahu. Siapa sebenarnya dikebumikan di sini? Allah Taala lebih mengetahui. Walau apapun pandangan sejarah, bagi hamba, Makam ini ada istimewanya kerana ianya satu-satunya makam yang ada di kawasan ini dan antara makam lama yang masih wujud di Pulau Langkawi.  Kewujudan makam ini menunjukkan sejarah Kampung Ulu Melaka yang lama. Walaupun Pulau Langkawi  banyak sejarah lalu, mengapa Makam ini 'masih disimpan' sehingga hari ini, itu satu persoalan yang menarik. Apa yang 'cuba disampaikan oleh Sang Maha Pencipta dalam perbuatan-NYA itu?'  Alhamdulillah, dapat juga hamba sedekahkan apa yang patut buat si empunya diri yang dimakamkan di sini.  Hamba sendiri masih belum merungkai sejarah buat diri sendiri tentang Kampung Ulu Melaka, nak kena tanya Sang Guru di hujung benua kelak.  Selesai urusan di Makam Purba, hamba kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.






Al-Fatihah buat empunya makam....Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.....


Alhamdulillah, tidak ada sebarang aktiviti pemujaan dan khurafat di sini

19 ulasan:

  1. Ini Makam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Mereka saja tak nak mengaku bimbang Kesulatanan Kedah jatuh kepada pihak yg berwajib.

    BalasPadam
    Balasan
    1. makam ni makam dato panglima hang langka. putera hang tuah yg diarahkan belayar dan datang ke langkawi oleh ayahndanya.

      Padam
  2. Kalau ini Makam Sultan yakni seorang lelaki kenapa i)batu nisannya melambangkan batu nisan seorang wanita? ii)Kenapa Batu nisan adalah batu nisan Acheh? Mohon jawab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xkan lah aceh jer ada batu nisan begini???

      Padam
    2. makam ni makam dato panglima hang langka. putera hang tuah yg diarahkan belayar dan datang ke langkawi oleh ayahndanya.

      Padam
  3. knapa kta ia bukan mkm hang tuah??sdgkn kn seni bina masjid ini sma dgn melaka..namanya pon ulu melaka...

    BalasPadam
  4. Salam Tanpa Nama 1042.... Kalau tidak percaya mohon petunjuk Allah sendiri...

    BalasPadam
  5. Kalau tak silap ia adalah makam seorang ulama dari pasai..nama ulama itu ialah Tun jana khatib

    BalasPadam
  6. Slm Che Idris, boleh beritahu cerita ulama Sari pasai- Tun. Jana Khatib. Terima. Kaseh.

    BalasPadam
  7. Ini makam Sharifah Aminah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tanpa Nama 502 petang,

      Boleh ceritakan sedikit tentang Siapa Sharifah Aminah. Boleh hamba tambah maklumat di posting ini.

      Wassalam,
      MQAH

      Padam
  8. Harap maaf...ini mungkin makam syarifah aminah...ini berdasarkan tawajjuh hamba...cerita disebaliknya hamba tak tahu.

    BalasPadam
  9. Kemungkinan Makam Sharifah Aminah adalah betul sebab batu nisannya adalah batu nisan wanita...

    BalasPadam
  10. Makam dRaja itu. Raja terdahulu Juga sesorg ulama..
    Batu Nisan itu sekadar mengaburi siapa sebenarnya Yg mendiami makam itu..
    Itulah makam ulamak Yg mula2 dtg membawa Islam d tanah langkawi... Ia juga sesorg Raja..
    Wallahu'allam..

    BalasPadam
  11. Makam dRaja itu. Raja terdahulu Juga sesorg ulama..
    Batu Nisan itu sekadar mengaburi siapa sebenarnya Yg mendiami makam itu..
    Itulah makam ulamak Yg mula2 dtg membawa Islam d tanah langkawi... Ia juga sesorg Raja..
    Wallahu'allam..

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum... muhammad qul amirul hakim.. tuan hamba berasal dari aceh... ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya dri Acheh...Sebb tu la putri Mahsuri berdarah Acheh dan Thailand jugak.... Jgn kita kalot sngt....bertenang dan berzikir org lngkawi kan bnyk berdarah Melaka, Thailand dan Acheh Indonesia....

      Padam