TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 14 Oktober 2013

Jihad Ekonomi - Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

Assalamu'alaikum,

Pada 13-15 September 2013 yang lalu, kira-kira sebulan, hamba pergi berkursus di Klana Beach Resort, Port Dickson, NSDK.  Untuk pengetahuan pembaca, Klana Beach Resort ini dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Walaupun lambat, hamba kira langkah MAINS ini langkah yang tepat pada masanya. Hamba sendiri dalam setahun akan 4-6/7 kali ke hotel untuk berkursus/seminar dan lain-lain aktiviti/urusan di Malaysia. Agak mencukacitakan apabila kebanyakan hotel ini dimiliki oleh bukan Muslim. Maksudnya setahun beratus juta dan beribu juta 'wang kerajaan' mengalir ke tangan bukan Muslim akibat penganjuran kursus/bengkel/seminar di hotel bukan Muslim ini.  Sepatutnya semua Pihak Berkuasa Agama 'menyertai' industri perhotelan dan menawarkan pakej pelancongan Islam kepada pengunjung Muslim. Dana kerajaan beratus/beribu juta untuk seminar dan lain-lain aktiviti boleh dialirkan ke hotel Muslim berbanding bukan Muslim. Di Kuala Lumpur, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempunyai Hotel Putra di Jalan Tun Razak (tak jauh dari Perpustakaan Negara) dan Hospital PUSRAWI yang terletak berdekatan.

Tanggungjawab membuka hotel/resort/chalet yang beroperasi mengikut Islam merupakan tanggungjawab yang harus dipikul secara kolektif oleh setiap umat Islam. Saban tahun, beratus dan mungkin beribu graduan Muslim dilahirkan oleh Politeknik, UiTM dan Kolej Swasta dalam bidang perhotelan, pelancongan, katering, kulineri, hospitaliti dan seumpamanya. Jika orang Islam tidak melibatkan diri dengan industri ini, maka graduan ini kebanyakannya terpaksa bekerja dengan majikan bukan Islam di pelbagai hotel/resort/chalet seluruh negara.  Apabila bekerja dengan majikan bukan Islam, maka yang pertamanya mereka sukar lari daripada dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan perkara-perkara yang haram seperti arak sebagai contoh. Maksudnya juga dalam gaji mereka itu ada unsur haram kerana pendapatan hotel dicampurkan halal dan haram dan dari itu gaji mereka dibayar. Ada yang terpaksa 'membawa arak' kepada tetamu hotel dan 1001 masalah lain. Ringkasnya umat Islam wajib menubuhkan lebih banyak hotel Islam di Malaysia.  Di KL dan bandar besar, ada Hotel Islam tetapi kecil, tidak banyak dan belum mampu bersaing dengan hotel milik bukan Muslim.  Pelancong Arab yang datang dari Timur Tengah juga kebanyakannya menginap di Hotel bukan Islam yang lebih mewah, lebih tinggi 'bintangnya'.  

Sudah sampai masanya jihad ekonomi ini diperkasakan lagi. Hamba ada terlibat satu NGO. Hamba selalu berpesan pada mereka supaya memilih Hotel Islam apabila menganjurkan kursus-kursus kepada para peserta.  Itulah juga cara bukan Islam berfikir. Adakah mereka akan menginap di Hotel Islam? Jauh panggang dari bara, biasanya kalau terpaksa. Itulah kaedah bagaimana dalam 40 tahun ini kek ekonomi mereka semakin membesar. Yang pertamanya, gaji dan pendapatan mereka berlegar dalam kalangan mereka sahaja sama ada urusan beli-belah, servis kereta, makan-minum, pendidikan dan urusan kewangan. Yang keduanya, orang Islam di Malaysia 'tipis jihad ekonominya'.  Anda boleh pusing satu Malaysia dan lihat bagaimana orang Islam berbelanja, khususnya golongan pertengahan dan tinggal di bandar-bandar besar. Orang Islamlah yang menyumbang kepada kek ekonomi bukan Islam sehingga menjadi berlipat ganda dalam 40 tahun ini. Salahkan diri sendiri dahulu, sebelum salahkan orang lain. 

Dalam belanja bulanan anda, berapa banyak yang anda habiskan untuk peniaga Muslim dan peniaga bukan Muslim? Tak pernah kira? Tak pernah bilang? Tak pernah ambil tahu? Kadang-kadang sedih lihat umat Islam hari ini, bicara bab agama hebat, tulis dalam Facebook bab perjuangan Islam hebat, kalau berhujah, mereka sajalah hebat dan betul, tetapi datang bab muamalat, bab jihad ekonomi, mereka tak kisah. Islam itu bersepadu, perjuangan politik tidak boleh dipisahkan dari jihad ekonomi. Sedih juga lihat PKNS yang sudah lari dari objektif asal penubuhannya. Sepatutnya PKNS memberikan tumpuan kepada Rumah Mampu Milik, Apartmen kos sederhana dan ke bawah kerana ramai Muslim yang tidak mampu beli rumah di bandar, sekarang PKNS pun 'nak cari duit banyak-banyak', jual rumah mahal-mahal.  Apa pejuang Islam dalam kerajaan negeri Selangor buat? Dalam malam yang gelap gelita itu, carilah bintang-bintang yang bersinar dan bercahaya... Dalam siang yang terang-benderang itu, carilah awan gelap di mana ada..

Anda akan lihat bagaimana golongan Muslim berbelanja di Kompleks Beli-Belah milik bukan Islam sedangkan kita ada Mydin, hatta Tesco sebahagiannya dimiliki oleh korporat Muslim.  Pernahkan anda tahu stesen minyak yang anda isikan minyak itu dimiliki oleh Muslim atau bukan Muslim?   Perlukah ke Seven-Eleven jika Kedai Pak Mat ada. Perlukah makan di Old Town White Coffee sedangkan banyak lagi restoran milik Muslim ada di pasaran? Dalam banyak kedai gambar milik bukan Islam, mengapa tidak pergi ke kedai milik Islam walaupun sedikit terperuk. Mengapa sensitiviti, kesedaran berbelanja ini tidak ada dalam hati dan jiwa orang Islam? Hamba tiada jawapannya yang tepat. Tidak terfikirkah kita walaupun 10 sen kita belanjakan untuk umat Islam itu jauh lebih bermanfaat dari 10 sen kita gunakan untuk bukan Muslim?  Tak perlu buat banyak, mulakan dengan diri sendiri dan keluarga. Didik diri sendiri dan ahli keluarga berbelanja dalam kalangan peniaga/usahawan Muslim dahulu. Kalau semua/sebahagian besar Muslim dapat buat begini, tak perlu tunggu lama, dalam 5-10 tahun kita  ekonomi/ikhtisad kita umat Islam akan semakin kuat.  Wassalam.

     
Lorong antara bilik

Kafetaria

Lobi

Parkirnya banyak

Teluk Kemang dari jauh

Nak tengok anak bulan dan lain-lain bintang?

Laut tengah surut, pantainya agak landai

Menara Penyelamat diuruskan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia





Ini merupakan sebahagian dari Pantai Teluk Kemang

Balai Cerap Teluk Kemang... perlu pemikiran inovatif untuk memastikan ia betul-betul digunakan

Hotel dari jauh

Penambakan tanah yang sedang dilakukan

Kolam renang ditutup buat sementara kerana tambakan tebing sedang dilakukan

Dah setahun ditambah, masih belum siap

Pergerakan tanah dalam tanah di bawah menyebabkan keretakan di bangunsn 

Hujug sana ada Tanjung Tuan

Kerja penambakan yang sedang dijalankan

Belakang hotel

Balai Cerap dari lobi hotel

Gambar dalam hotel dipenuhi dengan gambar pemandangan bulan dan bintang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan