TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 30 April 2015

Tanjung Piai Resort, Tanjung Piai, Johor Bahru.

Assalamu'alaikum,

Semasa di Johor Disember 2014, kami sempat jalan-jalan di Tanjung Piai Resort, di Tanjung Piai, Pontian, Johor.  Ini kali kedua hamba ke sini. Kali pertama di awal-awal tahun 2000 rasanya. Waktu itu, Tanjung Piai belum terkenal sebagai Kawasan Paling Selatan di Benua Asia. Dahulunya jalannya pun kecil, Resortnya kecil sahaja. Yang kekal di sini adalah radar Majlis Keselamatan Negara. Anak sulong hamba pernah berkursus di sini. Kemudahannya banyak kerana resort menyediakan asrama lelaki dan asrama perempuan, kemudahan bilik hotel yang pelbagai standard, pilih sahaja dan bayar. Pelbagai jenis aktiviti juga disediakan untuk pengunjung, khususnya pangunjung pakej. Anda boleh melihat Pelabuhan di Singapura dan Resort ini sesuai untuk kaki pancing. Artikel selepas ini adalah berkaitan Taman Negara Tanjung Piai.  Wassalam. 



























Pembaca boleh melawat     http://tanjungpiairesort.com.my/



Rabu, 29 April 2015

Masjid Diraja Pasir Pelangi, (Pasir Pelangi Royal Mosque), Johor Bahru.

Assalamu'alaikum,

Dalam perjalanan ke Johor pada bulan disember lepas, kami mulanya singgah di masjid Diraja pasir Pelangi dahulu. Kami sampai pada masa yang agak tepat iaitu apabila waktu Subuh dah masuk. Hamba sekeluarga mendirikan Solat Subuh di sini. Selepas Solat Subuh, ada jamuan ringan, roti canai, teh O dan minuman lain. Jemaah masjid menjemput kami turut serta. Alhamdulillah, ada ezeki di waktu pagi yang indah. Rasanya pagi Jumaat. Mengapa hamba ziarah ke masjid ini? Dalam kunjungan terakhir ke rumah Moyang, beliau menyuruh hamba ke masjid ini. Sebenarnya, hamba tidak bertanya pun tentang masjid lama di Johor, tetapi firasat seorang guru itu mampu membaca apa yang tersirat dan berlegar di hati anak muridnya. 

اتقوا فراسة المؤمن ، فإنه ينظر بنور الله
“Takutlah (hati- hatilah) dengan firasat orang yang beriman, sesungguhnya dia melihat dengan cahaya ALLAH. “
(HR Tirmidzi dengan sanad lemah ,dalam Al Sunan, Kitab : Tafsir, Bab : Tafsir surat Al Hijr (hadis 3127).

Bak kata hadis Nabi SAW, firasat seorang mukmin itu tidak sama dengan pandangan orang biasa. Firasat orang mukmin tidak sama dengan tilikan tok bomoh, dukun dan lain-lain. Bezanya langit dengan bumi, bezanya amat berbeza, antara yang hak dengan yang batil.  Menghormati suruhan Moyang, maka kami pun sampai ke masjid ini, Alhamdulillah. 


















sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Pasir_Pelangi_Royal_Mosque
Pasir Pelangi Royal Mosque is a Johor royal mosque located in Pasir Pelangi, near Johor BahruJohorMalaysia. It was constructed in the 1920s. The mosque bears a similar architectural design to the Sultan Abu Bakar State Mosque.[1]




Isnin, 13 April 2015

PKS di MAHA 2014 (SMEs In MAHA 2014)

Assalamu'alaikum,

Ini koleksi gambar berkaitan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di MAHA 2014. Dalam banyak-banyak gambar yang sempat hamba ambil, ini antaranya... Melihat perkembangan di MAHA semenjak 2008, hamba yakin akan potensi usahawan Muslim di Malaysia. Cuma usahawan Melayu tidak cukup sekadar menjadi 'Usahawan Melayu' kalau ingin berjaya di dunia dan akhirat, mereka harus menjadi Usahawan Muslim. Usahawan Muslim berniaga dengan niat yang betul, kaedah yang betul, dan matlamat yang betul. Usahawan Muslim tidak bersifat dengan sifat-sifat orang munafik, fasik dan lain-lain sifat terkeji....Wassalam.