TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 16 Jun 2011

Kisah Mualaf - 'Berkhalwat' bawa Brown kepada Islam


sumber :  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

'Berkhalwat' bawa Brown kepada Islam


SELURUH keluarga melonjak kegembiraan, lebih-lebih lagi si bapa, Dr. Laurence Brown apabila puteri keduanya, Hannah selamat dilahirkan. Cuma yang janggalnya, kegembiraan itu tidak diiringi dengan sebarang ucapan syukur atau terima kasih kepada tuhan atas kelahiran bayinya itu.

Ini kerana Dr. Brown tidak beragama. Tidak ada sedikit pun kepercayaan terhadap tuhan, apatah lagi mengakui kewujudan tuhan. Beliau seorang ateis.

Namun kegembiraan dengan kelahiran bayinya itu tidak lama. Ini kerana Hannah mengalami masalah kesihatan yang amat serius. Pembuluh darah ke jantung bayi itu sempit sehingga menyebabkan peredaran dan aliran darah tidak lancar.

Dr. Brown dapat menyaksikan sendiri tubuh mungil anaknya itu bertukar kepada kebiruan terutama dari bahagian dada sehingga ke hujung kaki akibat aliran darah yang tidak lancar.

Si anak ditempatkan di bilik rawatan intensif untuk bayi (NICU) sebuah hospital untuk menanti saat dan ketika menjalani pembedahan dan pelbagai rawatan bagi menyelamatkan nyawanya.

Malah beliau sendiri sebagai seorang doktor sangat memahami bentuk-bentuk rawatan yang akan dilakukan oleh pakar atau doktor bedah bayi dan kanak-kanak terhadap anaknya itu.

Pastinya tiada jalan lain untuk menyelamatkan Hannah kecuali menjalani pembedahan besar di bahagian dada.

Namun peluang atau kejayaan pembedahan itu sangat tipis. Tiada peluang besar untuk si bayi itu dapat bertahan hidup dengan lebih lama sekali pun jika pembedahan itu berjaya.

Segala prosedur dan implikasi itu telah dijelaskan kepada Dr. Brown oleh pakar bedah.

Namun sebagaimana lazimnya, si pakar menasihati Dr. Brown banyak berdoa kepada tuhan, meminta dari-Nya agar Hannah dapat diselamatkan. Lebih penting, berdoa kepada tuhan itu akan membuatkan Dr. Brown berasa lebih tenang ketika menanti saat-saat getir seperti itu.

Tentu sahaja si bapa bagai terpukul dengan kata-kata doktor tersebut.

Berdoa? Jangankan berdoa, tiada satu tuhan pun yang beliau akui. Bagaimana hendak berdoa.
"Saat perunding pakar bedah kardiotoraks yang akan menjalankan pemeriksaan teliti terhadap puteri saya pergi meninggalkan saya dengan segala macam nasihat itu, perasaan saya sendiri bercampur aduk antara sedih dan takut.

"Tidak ada teman ketika itu kecuali rasa takut yang amat sangat. Tiada tempat untuk saya tuju untuk berkongsi kesedihan sementara menunggu hasil pemeriksaan itu.

"Namun akhirnya saya menuju ke bilik yang dikhaskan untuk berdoa di hospital dan terus saya duduk bersimpuh," ujar Dr. Brown menceritakan kekalutan hatinya saat itu.

Beliau mengakui, itulah kali pertama dalam hidupnya dia berdoa dengan tulus dan sungguh-sungguh.
"Sebagai seorang ateis, saat itulah pertama kalinya saya berbicara dengan tuhan, itupun dengan setengah hati.

"Saya membuka hanya separuh daripada hati saya untuk mengakui tuhan kerana ego yang masih ada.
"Saya tidak sepenuhnya meyakini dan mempercayai wujudnya tuhan. Dalam situasi panik seperti itupun, saya tidak sepenuhnya meyakini tuhan. Malah saya berdoa dengan sikap skeptikal terhadap tuhan.

"Iaitu jika Tuhan itu memang ada, benar-benar wujud saya pinta agar tuhan akan menyelamatkan puteri saya.

"Sebagai balasannya, jika anak saya selamat, saya berjanji akan mencari dan mengikuti agama yang paling menyenangkan hati-Nya," kata Dr. Brown.

Hanya itu yang beliau tuturkan kepada tuhan kerana sekitar 10 sehingga 15 minit kemudian, beliau dipanggil untuk menemui perunding bedah anaknya itu.

Saat itu, dada beliau bagaikan hendak pecah kerana menahan debaran untuk mendengarkan penjelasan konsultan akan nasib anaknya.

Tetapi alangkah terkejutnya Dr. Brown apabila diberitahu bahawa Hannah bagai bayi ajaib. Setelah pemeriksaan teliti dilakukan, bayi itu didapati tidak lagi mempunyai sebarang masalah dengan pembuluh darahnya.

Malah Hannah akan menjalani kehidupan normal seperti anak-anak yang lain. Kata-kata doktor itu ternyata benar apabila selepas dua hari dilakukan perhatian yang teliti keadaan puterinya menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan!

Tidak ada lagi istilah 'bayi biru' malah tidak perlu mengambil sebarang ubat apatah lagi menjalani pembedahan besar.

Hannah dibenarkan pulang ke rumah seolah-olah seperti tidak ada penyakit yang dideritai selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan