Assalamu'alaikum,
Hamba senaraikan beberapa alamat laman sesawang lagi yang memperihalkan tentang Pasar Payang.
https://www.facebook.com/pages/PASAR-PAYANG-TERENGGANU/303460497754
http://www.tourism.gov.my/destinations/detail.php?theme=CH&map_code=pasarpayang&state=terengganu
http://www.virtualmalaysia.com/destination/pasar%20payang.html
http://terengganuholiday.blogspot.com/2010/06/pasar-payang.html
sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasar_Payang
Masih hari Selasa, 7 Jun 2011, 5 Rejab 1432, selepas sarapan pagi kami ke Pasar Payang atau Pasar Besar Kedai Payang. Kunjungan Disember 2010 yang lalu, kami tidak singgah ke sini. Pasar Payang merupakan lokasi wajib bagi pelancong di Kuala Terengganu sebagaimana Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. Kami parkir kereta di kawasan parkir berbayar, lower ground sebuah bangunan yang bertentangan dengan Pasar Payang. Senang, berbelanja sedikit untuk kemudahan. Ramai juga orang yang parkir di sana-sini, maka polis pun tiba dan sibuk menyaman. Sebahagian orang Malaysia, keutamaan kita dalam berbelanja kadang-kadang tak kena. Kekadang parkir RM2.00, RM3.00, kita berkira bebenor, tak mahu bayar parkir. Kalau tak mampu lainlah...Tetapi duit yang kita habiskan untuk rokok, hiburan dan lain2 perkara tak penting yang menjadi kegemaran atau keutamaan kita, maka kita tidak pernah membilangnya. Dah parkir merata2, bila kita kena saman, kita marah polis yang saman sedangkan parkir kita itu menyebabkan lebih ramai orang susah, susah nak berjalan, trafik tak lancar dan 1001 masalah lain. Sebahagian dari kita hanya mementingkan diri sendiri, itulah hakikatnya. Camna nak maju kalau pemikiran masih macam ni!!!
Ini gambar dari internet
Selepas parkir, kami lintas jalan dan masuk ke Pasar Payang. Carilah apa yang sesuai....Anak-anak belikan key-chain, budak2 biasalah...Isterikan hamba belikan kain untuk ??? Hamba akhirnya beli juga baju batik tangan pendek di sini. Kat tempat hamba susah juga nak jumpa baju batik tangan pendek. Kalau jumpa pun, harganya 'boleh tahan'.... Hamba belikan sepasang kain samping songket penuh di sini...Selepas tawar punya tawar, isteri hamba yang tawar, belilah satu kain samping songket penuh...dah berbelas tahun kahwin, ini kain samping songket kedua yang hamba beli. Memandangkan banyak majlis di tempat hamba kerja memerlukan kita memakai baju Melayu penuh bersamping, maka koleksi kain samping songket pun kena tambahlah...Harga???? Tak mahal pun, tak sampai RM200...Hamba kiralah bolehlah tu, nak pakai banyak kali dan selagi boleh pakai!!! Hamba beli warna biru, nak dipadankan dengan warna tema raya tahun ini...Alhamdulillah, cukuplah tiga kain songket yang hamba ada dan boleh dipadankan dengan mana-mana warna baju Melayu...
Budak-budak pun dapat lagi seorang sepasang, cukuplah kuota dua pasang untuk Raya Puasa nanti. Tak perlulah terkejar2 nak beli baju Raya lagi...Harga di sini? OK lah, yang penting kena tawar...
Peniaga Melayu pun dah canggih..boleh pakai kad kredit atau debit...
Songket semata-mata...pilih je...
Kompleks ini perlu ditambahbaik
Barangan tembaga dan logam juga merupakan barangan popular di Pasar Payang
Koleksi cenderamata di sini dan semakin canggih...cumanya belum ada cenderamata berbentuk pinggan yang merakamkan tempat2 menarik di Terengganu/KT...Kalau di Eropah, itu yang popular...
Serunding...
Barangan senjata pun ada...
Kawasan makan-minum
Komen pertama hamba sampai ke sini? Kebersihan masih belum memuaskan...Bila baca wikipedia, MB Terengganu pun komen yang sama....Cuma komen saja tak cukup!!!
Terengganu sebuah negeri yang kaya tetapi kekayaan Terengganu belum melimpah untuk dinikmati oleh semua rakyat negeri. Kalau anda berjalan pusing Tanah Melayu ni, anda akan setuju bahawa Terengganu mempunyai jalinan jalan raya tercantik di Malaysia, lampu jalan merata-rata, pagar sekolah yang berbatu-bata, dan masjid-masjid yang indah. Cuma siapa sahaja pemimpin Terengganu harus lebih kreatif agar rakyat dapat keluar dari belenggu kemiskinan. Jangan negeri kaya, rakyat miskin. Pasar Payang sebagai contoh harus 'ditutup sekejap', dibaiki, ditambahbaik, diubahsuai agar lebih canggih dan anggun sepertimana Pekan Rabu di Alor Setar atau Stesen PuduRaya masa kini. Beratus juta duit minyak kan ada!!! Ini akan dapat menarik perhatian pelancong luar khususnya sebab pelancong dalam dah tak payah promosi apa2 dah, depa dah tahu. Wang minyak yang diperolehi setiap tahun 'wajib' digunakan ke arah memperbaiki taraf hidup rakyat, meningkatkan tahap sosio-ekonomi mereka, meningkatkan daya berdikari rakyat, membuka 1001 peluang kerja dan perniagaan. Maaf kalau sesiapa terasa, hamba bukan orang politik, sekadar berbicara yang benar.
https://www.facebook.com/pages/PASAR-PAYANG-TERENGGANU/303460497754
http://www.tourism.gov.my/destinations/detail.php?theme=CH&map_code=pasarpayang&state=terengganu
http://www.virtualmalaysia.com/destination/pasar%20payang.html
http://terengganuholiday.blogspot.com/2010/06/pasar-payang.html
sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasar_Payang
Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu.
Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan