TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Selasa, 21 Jun 2011

Makam Tok Pauh, Kampung Pauh, Kuala Berang, Terengganu

Assalamu'alaikum,

Selepas urusan di Lata Tembakah, masih hari Isnin, 6 Jun 2011, 4 Rejah 1432, kami ke Kuala Berang. Kami bersolat di Kuala Berang. Kami dah banyak kali lalu/singgah di Kuala Berang dan selalu bersolat di sini kerana masjidnya di dalam bandar selain Kuala Berang merupakan perhentian sementara sebelum sampai ke Kota Bharu, kalau melalui jalan dalam.  Begitu juga kalau ada panggilan alam, kami akan singgah ke sini.

Kali terakhir ke Kuala Berang adalah semasa ziarah Makam Syarif Muhammad al-Baghdadi di Kampung Jenangor, Kuala Berang pada Disember lepas (2010).  Masa tersebut, kami turut ziarah Makam Tok Gajah, ayah Mat Kilau di Kampung Kuala Nering, Kuala Berang.  Hamba dah dengar tentang Makam Tok Pauh waktu tu, cuma kena pilih yang mana nak didahulukan. Selepas bersolat di Masjid Kuala Berang, kami menuju Stesen Hidroelektrik Sultan Mahmud, ikut papan tandanya. Ini kerana Kampung Pauh terletak dalam perjalanan ke Stesen ini, sebagaimana Kampung Jenangor yang lebih hampir dengan Stesen Hidroelektrik ini.

Kami sampai ke Kampung Pauh dalam jam 530 petang. Langit semakin gelap dengan awan hujan. Selepas berhenti di tepi jalan dan bertanyakan di sebuah kedai, seorang remaja memberitahu makamnya yang berwarna putih, kena masuk di satu simpang di sebelah kiri jalan.  Kami masuk jalan kecil di sebelah kiri jalan dan antara yang dilalui adalah Masjid Pauh. Kemudian barulah ditemui sebuah perkuburan lama yang berpagar dan kelihatan sebuah makam yang berpagar putih.

Tok Pauh atau nama sebenarnya Sheikh Abdullah Bin Abdul Kahar (atau Syarif Abdullah Bin Syarif Qahar) dikatakan bapa kepada Tokku Pulau Manis yang terkenal dengan syarahan kitab Hikam itu. Makam Tokku Pulau Manis (Sheikh Abdul Malek Bin Abdullah)) kami dah ziarah pada 14 Disember 2010.  Cuma beberapa maklumat di internet hamba kira silap kerana tertulis Tok Pauh hidup sekitar '1960', yang betulnya mungkin sekitar 1690, memandangkan Tokku Pulau Manis sendiri dikatakan dilahirkan sekitar 1650an. Jadi kemungkinan besar Tok Pauh hidup dalam abad ke-17 Masihi.

Kalau anda mengkaji kisah di internet, Tok Pauh dikatakan cucu atau bersalur galur keturunannya dengan Syarif Muhammad al-Baghdadi yang makamnya di Kampung Jenangor itu.  Namun jika benar Syarif Muhammad al-Baghdadi yang 'menulis di Batu Bersurat Terengganu', status Tok Pauh atau Tokku Pulau Manis adalah bukan cucu atau cicit kerana Batu Bersurat ini bertarikh 1303 Masihi, tiga ratus ke empat ratus tahun sebelum zaman Tok Pauh atau Tokku Pulau Manis. Hamba tak berminat mengkaji perkara ini, kerana yang penting mereka adalah ulamak yang mengembangkan Islam di bumi bertuah ini.  Semasa hamba ziarah Makam Syarif Muhammad al-Baghdadi, seorang ahli kumpulan yang bermukim di kawasan jeti sampan di situ memberitahu banyak lagi makam ada di sekitar Kampung Jenangor sehingga ke kawasan Makam Tok Gajah. Katanya, semuanya dalam hutan dan perlu meredah belukar dan naik bukit. Insya-Allah lain kali, kalau masa dan kesihatan mengizinkan, hamba akan rebut peluang ini, cuma isteri dan anak-anak tak boleh ikutlah.


Hamba buat urusan hamba di makam ini. Selepas 5 minit, hujan mulai turun dan membasahi pakaian hamba. Hamba sebenarnya ada bawa payung dalam kereta tetapi sengaja membiarkan hujan membasahi diri sendiri.  Hujan semakin lebat dan sememangnya hamba basah kuyup sehingga habis urusan hamba di situ dalam jam 615 petang.  Ini pengalaman pertama basah kuyup dalam ziarah makam.  Sebelum ini ketika di Makam Tuan Guru Haji Abdullah Fahim di Kepala Batas Pulau Pinang, basah juga tetapi sikit saja. Setelah selesai urusan hamba kembali ke kereta. Isteri hamba memberitahu ada menyuruh anak-anak mencari payung untuk hamba 'berteduh' tapi tak jumpa. Hamba kira memang ketentuan Tuhan hamba 'basah kuyup itu' sedangkan payung itu memang ada di celah-celah barang di belakang tempat duduk belakang, cuma mereka 'tak nampak'.

Ada 3 makam dalam kawasan ini

Yang ni kecil sedikit

Yang ini di tengah-tengah

Yang ini di depan sekali

Kawasan perkuburan ini memang lama kalau dilihat kepada batu nisannya yakni batu sungai

Jadi, antara ketiga-tiga makam ini, yang mana yang Makam Tok Pauh?

Kena cam pagar putih ini di kawasan perkuburan ini

Rumput panjang dan semak tumbuh di merata tempat dalam kawasan perkuburan

Walaupun dikatakan Makam Tok Pauh di Kampung Pauh, zaman sekarang ini ia terletak di Kampung Temir.
Kalau anda baca sejarah, Temir atau Kota Temir ada sejarah perkembangan Islamnya suatu ketika dahulu.

Ada pagar kawasan perkuburan ini

Al-Fatihah untuk Tok Pauh, Sheikh Abdullah Bin Abdul Kahar

Dalam jam 620 petang, kami meninggalkan Kampung Pauh/Temir dan menuju ke Kuala Terengganu. Banyak lagi tempat di Kuala Berang yang perlu diziarah seperti Makam Tok Raja Ri dan Makam Tun Indera di Kampung Kuala Por dan Makam Tok Berlian Mahmud di Kampung Kemat, cuma masa belum mengizinkan. Semasa hamba ziarah Makam Tok Gajah dulu, ada seorang tua di sebuah kampung memberitahu lagi beberapa makam lama sekitar Kuala Berang, cuma hamba tak ingat namanya. Sebelum sampai di Bandaraya Kuala Terengganu, kami singgah makan malam dahulu di sebuah restoran di pinggir bandaraya dan sampai di pusat bandaraya dalam jam 9 malam, rasanya Kuala Terengganu cerah dan sedikit sesak sebab ada perlawanan bolasepak antara Terengganu dan Kelantan pada malam kami sampai (Terengganu kalah 0-3 pada berita esoknya). 

Alhamdulillah, pusing2, jumpa sebuah hotel murah/mini. Dapat 1 bilik berhawa dingin dengan harga RM50, bolehlah tu...itupun bilik terakhir, memang rezeki kami. Kalau lewat 10 minit, orang lain dah ambil sebab seorang wanita yang datang kemudiannya tak dapat bilik. Sebelum tu hamba tinjau juga beberapa hotel dan semuanya penuh selain harga melebihi bajet hamba. Lagipun kami hanya nak tidur sahaja dan melepaskan penat dalam perjalanan. Bilik ini memang kecil tapi hamba dah bawakan beg tidur untuk 3 orang anak, jadi ubahsuai sikit2, bolehlah tidur dan ada ruang untuk bersolat....


sumber: (https://www.facebook.com/note.php?note_id=114255661925714)

Nama Tok Pauh yang sebenarnya ialah Sheikh Abdullah Bin Abdul Kahar berasal dari Negeri Arab. Beliau ialah bapa kepada Tok Pulau Manis (Sheikh Abdul Malek Bin Abdullah). Beliau seorang ulama yang terkenal
dan adalah dijangka hayatnya dalam tahun 1960-an. Makam beliau terletak di kampong Pauh 6 km dari Bandar Kuala Berang.


Tok Pauh (http://telecentre.my/kampungpauh/index.php/ms/sejarah.html)

Kampung Pauh adalah sebuah kampung yang berada lebih kurang lima kilometer daripada pekan Kuala Berang. Mengikut sejarah daripada orang-orang dahulu, Kampung Pauh ialah sebuah kampung yang menjadi tempat persinggahan seorang ulama yang terkenal mengajar ilmu agama kepada penduduk sekitar. Di samping itu, beliau juga ada membawa barang-barang jualan seperti garam, ikan, budu dan ikan kering.
Mengikut sejarah, ulama tersebut datang ke kampung ini dengan menggunakan perahu kajang melalui sungai Terengganu. Mengikut sejarahnya lagi, apabila beliau terjumpa dengan sebuah muka kuala sebatang anak sungai, maka beliau pun memasukinya dan di situ terdapat sebatang pokok pauh yang sangat besar. Pokok Pauh tersebut benar-benar berada di tepi anak sungai dan dapat melihat sungai Terengganu. Beliau telah mendirikan sebuah surau di tempat persinggahan beliau untuk tujuan mengajar ilmu agama kepada penduduk kampung dan juga tempat beliau bermalam.
Setelah berasa selesa berada di kawasan itu, beliau mula tinggal secara tetap dan menjadikan perniagaan menjual barang yang dibawa seperti garam, ikan dan lain-lain sebagai bahan jualan. Beliau balik semula ke Kuala Terengganu setelah semua barang jualan habis dijual dan akan datang kembali ke sini untuk meneruskan lagi kehidupan berdakwah dan berniaga.
Memandangkan pokok Pauh di tebing sungai menjadi panduan lalu, maka kampung persinggahan beliau ini dinamakan sebagai Kampung  Pauh dan nama itu terus kekal sehingga sekarang. Ulama itu juga telah meninggal dunia di kampung ini dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran dengan surau tempat beliau memberi pengajaran ilmu agama. Makam tersebut terletak di antara Kampung Pauh dan Kampung Temir. Orang-orang kampung yang menerima ilmu daripada beliau telah memberi gelaran kepadanya “Tok Pauh”.
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 10 Jun 2010 03:01

Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam lalu menjadi pengikut setia kepadanya. Peristiwa ini berlaku kira-kira 700 tahun dahulu. Pemerintahan dan perjuangan Syarif Muhammad al-Baghdadi kemudiannya diteruskan oleh zuriat keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad, kemudian cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik lebih dikenali dengan gelaran Tok Pulau Manis. Kesemua zuriat keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.

(http://zaliismail.multiply.com/journal/item/39/SYARIF_MUHAMMAD_AL_BAGHDADISyarif_Muhammad_al-Baghdadi_adalah_seorang_)

1 ulasan:

  1. Susur galur Tok Paub memang ada peetalian dgn Tok Ku Pulau Manis.utk melengaokn lagi sejarah kedatangan keluarga ulama elok kiranya mengetahui asal usulnya di Kamoung Dusun yg difahamkan bersemdinya makam ayahnda kpd Tok Pauh.

    BalasPadam