TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Jumaat, 10 Jun 2011

3 Jun 2011 - Hari Pertama Singgah di Lata Jarum, Raub, Pahang

Assalamu'alaikum,

Hari Jumaat, 3 Jun 2011, kami memulakan ekspedisi ke Kelantan dan Terengganu sekali lagi. Tahun lepas, bulan Disember 2010, kami sudah ke ke Kelantan, Terengganu, termasuk Pahang. Ia bermula dengan Makam Tok Peramu di Kampung Peramu, Kuantan Pahang, kemudian ke Terengganu dan Pahang dan berakhir di Pahang juga iaitu di Makam Mat Kilau, Jerantut.  Dalam ekspedisi itu kami juga menziarahi Makam Tok Senik di Beserah, Pahang, Makam Tokku Paloh di Kuala Terengganu, Makam Tokku Pulau Manis di Kampung Pulau Manis/Serada, Makam Haji Shuib di Pulau Kerengga, Marang, Makam Tok Gajah di Kuala Berang, dan Makam Syarif Muhammad al-Baghdadi di Kampung Jenangor, Kuala Berang, Terangganu. Ketika itu kami tidak sempat ke beberapa makam di Kelantan.

Justeru itu, kali ini kami bercadang mahu ke beberapa makam di Kelantan dan ziarah beberapa orang guru, jika berkesempatan. Bertolak dari rumah jam 1015 pagi, kami mengharungi sedikit kesesakan trafik di lebuhraya menghala ke Gombak.  Kemudian memasuki Lebuhraya Karak, kami keluar dari lebuhraya ini apabila menghampiri Bentong. Kami menuju ke Bandar Bentong dan berhenti sekejap kerana panggilan alam dah sampai kepada salah seorang anak lelaki hamba. Alhamdulillah, tak susah mencari tandas awam di Bandar Bentong.  Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Raub, Pahang.  Jalan tidaklah sibuk mana, dan akhirnya kami ambil kesempatan untuk singgah di sebuah lata, Lata Jarum di Raub Pahang.  Kami perlu melalui Ulu Dong dan perjalanan ke dalam lebih kurang 14-15 km..Ketika memasuki jalan ini, hamba teringat ada Jemaah Tariqat Naqsyabandi Kholidi di Ulu Dong, Raub ini, cuma tidak berkesempatan untuk singgah dan masa tidak kena. Kami singgah di Lata Jarum dalam 2-3 jam, berehat dan makan tengahari.

Anak kedua dan ketiga minta nak mandi...Budak2, bukan boleh jumpa air...Hamba beri izin tetapi di kawasan cetek sahaja sebab hamba, isteri dan anak sulung tidak mandi. Langit cerah, jadi kemungkinannya bahaya 'kepala air' tidak ada. Lagipun sebenarnya anak2 bukan nak mandi sangat, nak main2 dengan air sahaja. Idea singgah di Lata ni bukan apa, sebab kami sekeluarga suka berjalan, mengembara. Kalau ke makam dan masjid, hamba seorang saja yang suka, anak dan isteri kurang minat. Jadi percutian, ekspedisi ini perlu disusun agar semua pihak (hamba, isteri dan anak2) dapat bahagian masing2. Kira2nya ke lata ini adalah 'slot' untuk anak2lah...Lagipun dah lalu, apa salahnya singgah sekejap. Semata2 nak datang dari rumah di Selangor, memang tak akan datanglah ke lata sebegini.

Sewaktu anak-anak sedang bermain dalam air, hamba ternampak di kawasan air terjun atas seperti seorang wanita Cina ingin 'memandikan anjingnya'.  'Tercabar' betul rasanya. Terus hamba pekikkan dari kawasan kami, dan Cina ini pun berhenti. Tak cukup dengan pekikan, hamba berjalan menuju ke kawasan Cina ini. Bukan nak tunjuk pandai, tapi hamba 'sound'/tegur jugaklah wanita Cina ni..."Lu mau mandikan anjing ha, sana bawah ramai orang Melayu/Islam mandi, lu jangan buat itu macam ha..ini kawasan bukan untuk mandikan anjing ha...lu buat sekali lagi siap lu"...Terus wanita Cina ini minta maaf. .."soli la, soli la, soli la"...Dua pemuda Cina bersamanya diam tak cakap apa-apa...

Dalam isu-isu sebegini, kita orang Islam/Melayu kena bertindak. Berlembut ada tempatnya, berkeras dan bertegas ada tempatnya. Hamba rasa orang Cina ni tau sensitiviti orang Islam/Melayu, tapi dia ingat tak ada orang nampak sebab tak ramai orang di kawasan itu. Apatah lagi di peringkat kebangsaan, kita boleh lihat bagaimana orang Cina dan India 'cuba bermain' dengan isu-isu yang sensitif dengan orang Islam/Melayu. Malangnya parti-parti politik Melayu/Islam dari kedua-dua pihak 'lebih  banyak tarik tali', nak jaga undilah tu.... Dalam 245 petang, kami meninggalkan Lata Jarum ke Kuala Lipis untuk bersolat.



Banyak peringatan di kawasan ini

Antara kawasan parkir

Yang pentingnya berhati-hati dengan 'kepala air'

Bilik persalinan, tapi tak boleh pakai sebab ???


Banyak kawasan mandi di lata ini tetapi kurang sesuai untuk keluarga

Ada beberapa bangunan di atas, mungkin bangunan pentadbiran dan surau

Ulat gonggok ini sepanjang 20 cm barangkali, memang besar dari biasa

Antara kawasan mandi



Ada sedikit kawasan air terjun kecil di bawah, cuma bahaya untuk anak-anak kecil sebab berhampiran kolam besar

Mendengar limpahan air kekadang menenangkan cuma itu bukan pengubat kekal

Orang muda saja sesuai dengan tempat macam ni


Kolam besar di bawah

Kawasannya tidaklah kotor, Ok lah...

Curam ni

Selamat Tinggal Lata Jarum


Tiada ulasan:

Catat Ulasan