TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Selasa, 14 Jun 2011

Pengemaskinian Terbaru - Laman Sesawang dan Blog Rawatan Islam

Assalamu'alaikum,

Hamba dah tambah satu senarai blog di sebelah kanan blog hamba ni yang bertajuk "Rawatan Islam". Hamba ada tinjau dalam blog-blog dan internet tentang laman sesawang dan blog tentang rawatan Islam dan ini antara yang hamba dapat kutip dan tampal di blog hamba.  Justeru itu, laman Darul Syifa telah hamba pindahkan ke sini. Antara yang popular dalam senarai blog ini adalah Darul Saka, Terapi Islam Al-Fatah, Rawatan Islam Darul Manzil, Pusat Rawatan Islam al-Manarah, Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah SyariyyahPersatuan Pengubatan Islam Darul AnsarHj. Lokman A. Hamid, dan  Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan

Asas hamba menyenaraikan laman sesawang dan blog ini adalah perawat menggunakan metodologi yang berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, yakni berdasarkan maklumat yang disertakan dalam laman sesawang dan blog berkenaan. Hamba sendiri tidaklah mengkaji pada hakikatnya sama ada ada antara perawat ini yang syirik besar, munafik dan sebagainya kerana ia memerlukan 'asbab yang kuat' untuk berbuat demikian dan hamba sendiri 'tiada masa' untuk berbuat demikian, kecuali datang petunjuk-Nya yang jelas dan nyata. Tujuan hamba adalah mudah, mengajak orang Islam mendapatkan rawatan mengikut kaedah Islam dengan menawarkan alternatifnya di samping sama-sama berusaha agar orang Islam tidak terjerumus ke lembah kesyirikan dengan mengunjungi dan berubat dengan 1001 tok bomoh, dukun, pawang yang diragui, sesat, lagi menyesatkan. Kedapatan juga beberapa blog yang memperlihatkan antara pengamal perubatan Islam ini boleh berbekam, iaitu salah satu Sunnah RSAW.

Kerisauan utama  hamba adalah kebiasaan, keselaluan, keseronokan umat Islam, orang Melayu berjumpa dan berubat dengan tok bomoh. Apatah lagi tok-tok bomoh ini mengiklan di pelbagai surat khabar dan media tentang 'kepandaian dan kehebatan mereka'.  Apatah lagi kalau ada testimoni pesakit mereka yang baik/sembuh, heboh satu Malaysia. Macam-macam gelaran mereka pakai, 'maharaja bomoh' lah, 'Bomoh sedunia' lah dan 1001 gelaran lagi.  Alternatif utama setakat ini adalah mengalihkan pandangan masyarakat ke arah rawatan dan pengubatan secara Islam, terutamanya bagi penyakit-penyakit bersangkutan dengan jin, syaitan dan iblis.

Hamba mendoakan perawat-perawat Islam ini betul dan lurus niat mereka dalam merawat para pesakit, semata-mata kerana Allah Taala dan tidak bermotifkan keuntungan dan keduniaan. Moga-moga usaha dan ikhtiar mereka akan membolehkan bidang rawatan Islam ini dikembangkan dan menjadi satu alternatif kepada perubatan moden dan perubatan alternatif.  Jika anda meneliti laman sesawang dan blog ini, kesedaran umat Islam terhadap rawatan Islam semakin meningkat dengan sambutan yang diberikan terhadap penganjuran pelbagai kursus dan seminar dan bertambahnya mereka yang boleh merawat secara Islam. Sama-sama kita mendoakan agar ia menjadi satu gelombang yang besar, apatah lagi dalam menghadapi cabaran dunia akhir zaman, cabaran fitnah akhir zaman, dan cabaran2 lain.

Sebenarnya ramai lagi perawat Islam yang boleh merawat secara Islam, cuma tidak menghebahkannya dalam internet. Bagi mereka ini yang dihebahkan aktiviti mereka, hamba berprasangka baik akan tujuan mereka apatah lagi bersesuaian dengan tuntutan dan keadaan masa kini. Kalau anda dalam jemaah tariqat tasawuf, guru mursyid 'wajib' tahu dan arif dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan jin, syaitan dan kuncu-kuncu mereka.  Akan hamba sendiri, 'kurang masa' untuk hal-hal sebegini, kerana 'banyak masa' untuk amanah dan perkara2 lain, sekadar tahu cara menyelesaikan masalah yang timbul dari gangguan sebegini ke atas diri sendiri, isteri dan anak-anak kira dah cukup...Bagi ahli tasawuf hakiki, pesanan hamba, jangan terlalu 'ghalit', leka, asyik dengan rawatan dan perubatan Islam sedangkan DIA adalah matlamat dan tujuan hakiki...Maksudnya, harus mengubat dan lain-lain seumpamanya itu tetapi jangan itu melambatkan perjalanan kita sampai kepada-NYA, jangan itu menjadi satu hijab kita dengan-NYA, jangan itu menyebabkan kita tidak dapat 'bersatu dengan-NYA'...

Jika pembaca mengetahui lagi alamat laman sesawang dan blog rawatan Islam, sila maklumkan kepada hamba melalui emel hamba - qulamirulhakim@gmail.com atau tulis dalam komen di bawah tajuk ini. Begitu juga jika pembaca mempunyai bukti bahawa ada di antara perawat Islam ini 'bukan perawat secara Islam' atau 'bertindak melebihi atau keluar dari tuntutan syariat dalam menjadi perawat Islam', atau 'termasuk dalam golongan yang mensyirikkan Allah', sila maklumkan kepada hamba melalui qulamirulhakim@gmail.com atau tulis dalam komen di bawah tajuk ini. Insya-Allah, hamba akan meneliti, mengkajinya dan mengambil tindakan yang sepatutnya dalam kerangka apa yang boleh hamba laksanakan dalam blog ini. Ingatlah kita bertanggungjawab di akhirat akan atas apa yang kita perbuat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan