TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 16 Oktober 2016

Ajaran sesat Wahabi- Kajian Ilmiah Dr Universiti.


Ajaran sesat Wahabi- Kajian Ilmiah Dr Universiti.

Tulisan : Dr. Hersi Muhammad Hailulah
Pensyarah di Kuliah Dakwah Pejabat Islam
Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

“ Bermulanya zaman moden di dunia islam ini dengan kejatuhan Daulah Khilafah dan peperangan penjajahan eropah di Negara-negara Islam. Hasil daripada perkara itu menatijahkan kepada penubuhan kumpulan-kumpulan yang mereka-rekakan perkara-perkara bid^ah dalam agama. Lalu keluarlah golongan Al-Wahhabiyah di Kepulauan Arab, Kumpulan Hizb Ikhwan di Mesir, Hizb Tahrir yang bertapak di Palestin, golongan Qaadiyaniyyah di Negara Hindi, Baha-iyyah di Negara Iran, dan selainnya di beberapa tempat lain daripada Negara-negara-Islam.

Golongan al-Wahhabiyah merupakan puak yang agak lama dari puak-puak sesat yang lain dari segi penubuhan. Lalu ulama-ulama Ahlus Sunnah Wal-Jamaah bangkit membantah dan menentang mereka untuk menghalang kemaraan mereka.

Antara kitab-kitab yang paling terkenal untuk mencapai matlamat ini (dalam menentang golongan wahhabi ini) adalah :

1. Kitab “Fitnah Al-Wahhabiyyah” karangan Mufti As-Sayyid Ahmad Zainiy Dahlan. Ia (kitab ini) merupakan sebahagian daripada bahagian kedua daripada “Kitab Al-Futuhaat Al-Islamiyyah”. Bahagian ini dicetak di Negara Turki pada Tahun 1975. Kemudian dicetak kali kedua di tempat percetakan yang sama pada tahun 1982. Ia merupakan suatu risalah yang membicarakan tentang sejarah pergerakan golongan Wahhabiyah dan peperangan yang mereka tempuhi dan setengah pandangan-pandangan pemilik kepada seruan ini (Muhammad bin Abd Wahhab) di dalam isu permasalahan tauhid. Kitab ini merupakan satu-satunya kitab yang dikira sebagai rujukan terpenting yang pernah ditulis dalam menentang golongan al-Wahhabiyah.

2. Kitab “An-Nuqul Asy-Syar^iyyah Fi raddi ^Ala al-Wahhabiyyah” Karangan Musthofa Bin Ahmad bin Hasan Asy-Sathi al-Hanbali. Pengarang kitab membincangkan di dalamnya tentang permasalahan ijtihad, syirik dan bahagian-bahagian kedua-dua bab ini, kehidupan para nabi dan para syuhada di dalam kubur-kubur mereka, permasalahan berkaitan tawassul dan selainnya.

3. Kitab “Al-Minhah al-Wahhabiyah Fi Raddi ^Ala al-Wahhabiyyah” karangan Dawuud bin Sulaiman Al-Baghdadi. Kitab ini dicetak di Turki, cetakan ketiga dicetak pada tahun 1974. Pengarang kitab ini menjelaskan di dalam risalahnya tentang thabitnya pendengaran bagi orang-orang yang telah mati dan kehidupan mereka selepas kewafatan/ kematian, dan adakah bagi mereka kelakuan dalam sesetengah perkara atau pun tidak.

4. Antaranya lagi, kitab “ As-Showa’iq Ilahiyah Fi Raddi ‘Ala Al-Wahhabiyah” karangan Syeikh Sulaiman Bin Abdul Wahhab An- Najdi ( saudara kandung Muhammad Bin Abdul Wahhab-Pengasas kepada ajaran sesat wahhabi). Ini merupakan kitab terawal yang ditulis untuk menentang golongan al-Wahhabiyah. Kitab ini dikarang ketika Muhammad Abdul Wahhab masih hidup lagi. (Muhammad Abdul Wahhab) sendiri pernah menentang (kitab ini) di dalam beberapa risalah-risalahnya tentang apa telah dipertikaikan tentangnya di dalam kitab tersebut. Kitab (As-Showa’iq Ilahiyah Fi Raddi ^Ala Al-Wahhabiyah ) ini di cetak buat pertama kalinya di ^Iraq pada tahun 1306H/ 1888m. Antara permasalahan penting yang dibincangkan oleh penulis ialah masalah mengkafirkan orang Islam (golongan Wahhabi adalah orangnya).

5. Kitab “ Fajr Al-Shodiq Fir Raddi ‘Ala Munkiri At-Tawassul Wal-Karamat Wal Khawariq” karangan Jamil Affandy Sodafi Zuhawi Wafat pada tahun 1936. Beliau merupakan penduduk ^Iraq yang berkhidmat sebagai Pegawai Kerajaan Khilafah Al-Uthmaniyyah. Kitab ini ditulis dalam bentuk yang kecil sebanyak 76 muka surat. Kitab ini kemudiannya disebarkan di Mesir dengan menggunakan cetakan Al-Waa-i’dz pada tahun 1323H, kemudian selepasnya diterbitkan pula dengan beberapa cetakan lain, antaranya cetakan Maktabah al-Haqiqah di Turki pada tahun 1976. Pengarang kitab ini membincangkan pada permulaan kitabnya tentang sumbangan-sumbangan Kerajaan Uthmaniyyah dan khidmatnya kepada dunia Islam. Kemudian berpindah topik kepada mengkritik keras pergerakan Al-Wahhabiyyah yang keluar daripada Khilafah Islamiyah. Penulis banyak membincangkan permasalahan-permasalahan yang banyak menjadi tajuk perdebatan, sebagai contoh permasalahan Tajsim, Ijma’, Qias dan sebagainya.

6. Kitab “ Dhiya-ul Shudur Li Munkiryli Al-Tawassuli Bi Ahlil Qubur”karangan Zohir Syah Miyan Ibn ^Abdul ^Adzhim. Penulis membahaskan tentang permasalan-permasalahn tauhid dan syirik, tajsim, ijtihad, dan sebagainya. Kemudian didatangkan pandangan-pandangan ulama-ulama yang empat mazhab untuk mengithbatkan keharusan bertawassul dengan para nabi dan ulama-ulama yang soleh.

7. Kitab “At-Tawassul Bi Al-Nabiyy Wa Bi As-Sholihin” karangan Abu Hamid Marzuki ( nama sebenar beliau ialah Syeikh Muhammad Al-^Arabi At-Tubbani Al-Maliky W 1390H). Kitab ini dicetakkan di Turki pada tahun 1990. Kitab ini terdiri daripada dua bahagian, bahagian pertama bertajuk “ At-Tawassul Wajahlatul Wahhabiyyiin”. Pengarang menulis bahagian ini ketika mana beliau berada di Dimasq (Syiria) sebagaimana yang disebut oleh penerbit. Bahagian pertama ini adalah bahagian utama pada kitab tersebut yang mana mencecah sampai 304 muka surat. Diperbincangkan di dalamnya pandangan-pandangan Ibn Taimiyah al-Harrani dan Muhammad Abdul Wahhab dalam perkara Tauhid, sifat-sifat bagi Allah taala, tawassul dan sebagainya. Perbincangan yang dibawa dalam bahagian ini adalah sangat bagus. Adapun bahagian kedua, dimulakan daripada muka surat 305 sampai ke muka surat 336 dan ini adalah bahagian terakhir kitab yang diperbincangkan di dalamnya permasalahan tawassul dan dimantapkan dengan pendangan-pandangan ulamai-ulamai.

8. Kitab “ Al-Basho-ir Li Munkiri At-Tawassul Bi Ahlil Maqobir” karangan Sayyid Hamidallah Al-Daajawi. Kitab ini diterbitkan di Turki pada tahun 1989. Pengarang kitab ini adalah berbangsa Pakistan. Kitabnya ini merupakan suatu penentangan kepada Syeikh Mulla Thahir yang merupakan salah seorang daripada golongan wahhabi di Pakistan. Beliau (Mulla Thahir) telah menulis sebuah kitab yang berjudul “ Al-Basho-ir lil Mutawassilin bil Maqobir”. Adapun pengarang kitab ‘Al-Basho-ir Li munkiri At-Tawassul” merupakan seorang yang mempunyai akal yang cerdik dan dibukakan Allah ilmu pengetahuan. Dan ini jelas terpapar daripada kitabnya bahawa beliau adalah seorang yang mempunyai akal yang panjang dalam perdebatan dan perbincangan yang dibawanya boleh diterima pakai serta membawa beberapa faedah yang amat banyak bagi mereka yang ingin mengetahui cara-cara membantah dan menentang golongan Al-Wahhabiyah. Antara perkara yang diperbincangkan oleh penulis ialah kehidupan selepas kematian, pandangan-pandangan Ibn Taimiyyah dalam masalah tawassul, permasalahan-permasalahan iman, kufur, bida’ah, dan sebagainya. Beliau mengira Muhammad bin Abdul Wahhab adalah seorang daripada golongan Khawarij. Selesai penulisan kitabnya itu pada tahun 1925.

Akan tetapi usaha ulama-ulama yang bertungkus lumus untuk menentang bid’aah golongan Wahhabiyah, tetap juaga ideologi-ideologi golongan wahhabiyah ini tersebar kerana beberapa sebab, Antaranya :

1. Perjanjian mereka yang dimeterai dengan Penjajah Britain untuk melawan Islam sebagaimana yang dibuat oleh golongan Qadiyaniyah di Hindi.

2. Perjanjian mereka dengan Keluarga Pemerintah di Saudi Arabia yang mewajibkan ajaran bida’ah mereka ke atas umat Islam di teluk Arab itu.

3. Tempat mereka merupakan strategi yang baik kepada dunia Islam yang menganggap negara contoh yang suci murni yang mana mereka menjemput bermilion-milion umat Islam pada setiap tahun dengan tujuan menunaikan kefarduan haji.

4. Berselindung sebagai pusat pengajian di Negara-negara Islam disebabkan kelemahan khilafah dan peperangan Barat yang mana memberi peluang kepada mereka untuk menyebarkan bida’ah-bida’ah mereka.

Oleh kerana sebab-sebab ini dan sebab-sebab yang lainnya golongan Al-Wahhabiyah mampu menyebarkan propaganda-propaganda yang merosakkan masyarakat Islam. Al-Wahhabiyah telah menjadikan masyarakat Islam terutamanya bagi mereka yang tidak mempelajari Islam atas manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal-jamaah mudah tertipu dan terpedaya. Maka antara yang telah terpedaya dan tertipu dengan pembawakan bid’aah-bida’ah mereka ialah Al-Maududy, Mas’uud An-Nadwi, Al-Syahsuwany yang terdiri daripada kalangan masyarakat Hindi. Mereka tidak mengenali Islam berdasarkan cara dan metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah, bahkan ada yang tidak mempelajari ilmu-ilmu syarak sejak asal lagi seperti Al-Maududi.

Kesan pengaruh bid’aah baru (golongan wahhabi) ini kemudiannya merebak ke Mesir, Rashid Redha, Sayyid Qutb, Abd Al-Qadir ‘Audah, Muhammad Qutb, Sayyid Sabiq, dan selain mereka. Dan di bumi Syam Sa’id Hawa , Al-Albaany, An-Nabhany (Taqiyyuddin al-Nabhani pengasas Hizbuttahrir) dan sebagainya. Adapun di ^Iraq, mereka merupakan antara penduduk yang paling sedikit menyahut ajakan seruan bida’ah golongan Al-Wahhabiyah, tiada yang banyak terpengaruh melainkan al-Alusi.

Kemudian golongan al-Wahhabiyah mula menghancurkan syiar-syiar manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah pada perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu syarak selepas penguasaan mereka ke atas bumi Hijaz pada tahun 1920. Lalu mereka menggelar diri mereka sendiri sebagai “Salafiyah” bertujuan untuk menyembunyikan hakikat sebenar diri mereka. Bermula daripada itu, mereka mulalah mencabar ulama-ulama Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah dengan cara menyebarkan tulisan-tulisan yang telah ditahzirkan oleh ulamak-ulamak ASWJ dari membacanya. Ini adalah kerana kitab-kitab mereka (wahhabi) mengandungi perkara-perkara syirik dan perkara-perkara bida’ah baru yang direka-reka dan mengandungi pandangan-pandangan yang bercanggah dengan akal dan naqal ( Al-Quran dan As-Sunnah) seperti kitab Ibn Taymiyyah dan anak muridnya ibn Qayyim Al-Jauziyyah, Ibn Kathir dan selainnya dari kalangan golongan Musyabbihah dan Mujassimah.

Al-Marhum Al-Syeikh Musthofa ^Abd Raazaq, merupakan Syeikhul Azhar ketika itu memperingatkan umat Islam bahawa gerakan ilmu akidah pada masa moden ini bermula dengan perlumbaan di antara pejuang golongan al-Wahhabiyah dan pejuang ahlus-sunnah Wal-Jamaah, beliau menegaskan demikian daripada itu :

” Adapun pembangunan terkini bagi ilmu kalam berdiri di atas landasan perlumbaan di antara pemikiran Abu Hasan Al-Asy^ary dan pemikiran Ibn Taymiyah Al-Harrani (al-Mujassim). Sesungguhnya kita benar-benar melihat wujud perlumbaan dalam menyebarkan kitab-kitab Al-Asy’ary dan kitab Ibn Taymiyah serta muridnya Ibn Qayyim Al-Jauziyah, lalu pemikiran kedua ini menamakan diri mereka sendiri sebagai “salafiyah” kononnya), moga-moga kemenangan di Negara-negara Islam kekal terpelihara berpihak kepada pemikiran Asy’ary sampai ke hari ini".

Aku mengatakan sesungguhnya perkembangan keburukan bid’aah golongan Al-Wahhabiyah adalah sehingga memberi kesan dan pengaruh kepada sebahagian ulama ASWJ. Begitu juga pemikiran-pemikiran mereka sampai kepada ulama-ulama Syiah, sehinggakan lahir pada zaman moden ini ulama-ulama ASWJ dan ulama-ulama Syiah ada yang membahagikan tauhid kepada 3 bahagian; Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyah, Tauhid Asma’ Was-Sifat. Ini adalah kesan terpengaruh dengan pemikiran Ibn Taymiyyah Al-Harrani yang rosak dalam perkara tauhid yang mana ini merupakan hasil porak peranda golongan Al-Wahhabiyyah dan sebaran yang mereka jalankan.

Maka tatkala Al-^Allamah Al-Harari melakukan rehlah ke Negara Hijaz , beliau berhubung dengan ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah di dua buah Bandar yang suci. Beliau melihat sendiri bahayanya gerakan bida’ah  Al-Wahhabiyah ke atas masyarakat Islam di tempat tersebut. Berkemungkinan besar ini adalah salah satu sebab kenapa beliau menentang golongan ini dengan menyebarkan ‘Aqidah Sunniyyah (akidah para rasul dan sahabat) yang sahih dan mengadakan pengajaran ilmu-ilmu syarak berteraskan mazhab ASWJ dalam bidang Akidah dan Fiqh (dan ilmu-ilmu yang lain). Oleh itu, Golongan al-Wahhabiyah pada peringkat permulaan timbul di Hijaz, mereka mengingkari aqidah ASWJ, begitu juga mereka menolak mentah-mentah pandangan mazhab 4 yang muktabar (Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’ie, dan Hanbali). Kemudian golongan wahhabi ini mereka-reka perkara baru dalam agama dengan mengadakan manhaj baru (agama baru) dalam proses memahami nusus (al-Quran dan al-Hadis).

Mereka membenarkan kepada orang awam untuk memperkatakan pada Al-Quran dan Al-Hadith yang mulia seperti apa yang telah mereka lakukan tanpa mempedulikan perkara tersebut bercanggah dengan ulama-ulama Islam. Perkara ini sebenarnya telah diberitahu terlebih awal oleh Syeikh Sulaiman bin Abd Wahhab ( saudara kandung Muhammad Abd Wahhab) bahawa manhaj yang mereka (wahhabi) bawa merupakan mahhaj yang rosak (lagi merosakkan) yang mana golongan al-Wahhabiyah membenarkan pengikut-pengikutnya berijtihad dalam mentafsirkan Nusus (Al-Quran dan Hadits) tanpa mencukupi syarat-syarat ijtihad terlebih dahulu walaupun mereka pada hakikatnya tidak boleh membaca dan menulis..(na’uzubillah)

Dalam menentang aliran pemikiran yang punah ini, Syeikh Al-Muhaddith Abdullah Al-Harari memulainya dengan menghidupkan Fiqh Islami dengan cara pembelajaran bertalaqqi, memberi pengajaran, memberi peringatan, memberi bimbingan di sekitar bumi Syam. Kemudian beliau menyebarkan kitab-kitabnya dalam isu akidah yang mana terkandung di dalamnya keterangan akidah ASWJ, disamping menolak fahaman golongan yang mereka-reka perkara baru di dalam agama sama ada mereka terdahulu atau di kalangan yang hidup di zaman moden terutamanya kumpulan sesat al-Wahhabiyah yang merupakan golongan yang paling banyak membuat kekecohan dan kemudharatan kepada Islam dan masyarakatnya. Oleh kerana hasil usaha gigih beliau (Syeikh Al-Muhaddith Abdullah Al-Harary) di bumi syam, kini telah terbentuk dan tersebar fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah  ke seluruh pelusuk dunia Islam bahkan sampai ke Eropah, Amerika, Australia, dan sebagainya. Maka Allah Taala telah menghidup suburkan balik mazhab ASWJ yang dulunya pernah dicuba beberapa kali oleh golongan Al-Wahhabiyah untuk merosakkannya dan menghancurkan syiar-syiarnya.

Maka di sini kami ingin mengatakan bahawa beliau boleh dikira sebagai seorang Mujaddid Manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah pada zaman moden ini. Sesungguhnya mereka yang mengiktiraf beliau sebagai mujaddid adalah musuh-musuhnya sendiri (wahhabiyyah) dan mensifatkan beliau sebagai Mujaddid, tetapi bila mana mereka tidak mampu menentang (Syeikh Al-Muhaddith Abdullah Al-Harari) secara terang-terangan dengan pengingkaran terhadap ahlus sunnah wal jamaah, lalu mereka mengatakan bahawa beliau (Syeikh Al-Muhaddith Abdullah Al-Harari) bekerja semata-mata untuk menghidupkan mazhab ahlul kalam!!

Dan kami tidak mengetahui siapakah yang mengingkari metodologinya dalam mentajdidkan umat Islam melainkan mereka hanyalah kumpulan kecil yang terdiri daripada pelampau golongan Wahhabiah seperti Bin Baz dan seumpama dengannya. Dan begitulah juga kami mengatakan dengan rasa tenang tanpa perasaan takut bahawa s-Syeikh Al-Muhaddith Abdullah Al-Harari seorang mujaddid bagi metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah pada zaman moden ini. Dan perkara ini adalah diambil dari penyaksian musuh-musuhnya dan mereka yang dengki kepadanya, murid-muridnya dan pembantu-pembantunya. Benarlah sabda Rasulullah, “Sesungguhnya Allah taala akan membangkitkan bagi umat ini pada setiap 100 tahun, seorang yang memperbaharui baginya (umat Islam) agamanya”. Dan beliau mempunyai karya-karya dan risalah-risalah yang insyaallah akan dipertontonkan dan yang kami akan sebut setengah daripadanya sebagaimana berikut:

Karangan-karangan dan risalah-risalahnya :

Adalah kehidupan Al-^Allamah Syeikh Muhaddith Abdullah Al-Harari pada zaman remajanya penuh dengan dengan jihad dan perjuangan untuk membebaskan negara Islam Somalia daripada penjajahan sebagai mana telah diterangkan sebelum ini. Kemudian selepas beliau turun beliau ke bumi Syam, beliau menyambung kegiatannya yang penuh dengan ilmu. Beliau tidak menghabiskan sebahagian hidupnya di penjara seperti Ibn Taimiyyah dan Sayyid Qutb dan tidak juga dihukumkan kepadanya dengan kuarentin di rumahnya sebagaimana hal keadaan Al-Albaany di Jordan, bahkan beliau boleh mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di seluruh pelusuk bumi Syam semata-mata untuk menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna, bermanfaat dan mengajarkannya berteraskan Manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Beliau tidak pernah disekat oleh pihak penguasa yang rasmi dari mana-mana Negara sebagai mana yang berlaku kepada orang lain yang mempunyai pandangan-pandangan yang buruk dan pemikiran-pemikiran yang ganjil (syaz). Bahkan kelebihan metodologi yang dibawa olehnya di dalam dakwah terbina di atas nilai-nilai yang hikmah dan contoh tauladan yang baik.

Beliau mengadakan hubungan baik dengan masyarakat di bumi Syam di semua peringkat lapisan sama ada orang bawahan ataupun orang atasan. Beliau sebenarnya tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk mengarang banyak kitab kerana teramat sibuk dengan pengajaran dan memperbetulkan akidah-akidah manusia, disamping menentang golongan sesat yang mereka-reka perkara baru dalam agama. Walaubagaimanapun dalam kesibukan itu beliau tetap jua menulis pelbagai karangan dan risalah-risalah. Antara yang terbaik-pada tanggapan ilmu kita-ialah kitab syarah bagi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang dinamakan “Idzhar Al-‘Aqidah As-Sunniyyah Bi Syarah al-^Aqidah At-Thohawiyyah”.antaranya lagi :

1. Syarh Alfiah As-Suyuthi Fi Mustholah Al-Hadith

2. Qosidah Fil I’tiqodi Taqo’u Fi Sitteena Baitan Taqriiban

3. As-Shirothul Mustaqiim Fi At-Tauhid

4. Ad-Dalilul Qawwim ‘Ala As-Shirothil Mustaqiim Fit Tauhid

5. Mukhtasor Abdillah Al-Harory Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dhorury ‘Ala Mazhabi Asy-syafie

6. Bughyah At-Tholib li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib

7. At-Ta’aqqub Al-hatsits ‘Ala Man Tho’ana fi Ma Sohha Minal Hadits.

8. Nashratul Ta’aqqubil hatsits ‘ala Man Tho’ana Fima Sohha Minal Hadits

9. Ar- Rawa-ihuz Zakiyyah fi Maulidi Khairil Bariyyah.
. Syarh Aqidah An- Nasafiyyah

11. Syarah Al-fiyah Al-Zubad fi fiqhi Asy- Syafi’ei

12. Syarah Matan Abi Syujaa’Fi Fiqhi Asy Syafi’e

13. Syarah As –shirothil Mustaqiim.

14. Syarah Matnil ‘Ashmawiyyah.

15. Syarah Mutammimah Al-Aa jurumiyah fin Nahu.

16. Syarah Al-Baiquniyyah Fil Mushtolah.

17. Shorihul Bayan fi Roddi ‘Ala Man Khalafal Quran.

18. Al-Maqoolaat As-sunniyyah fi Kasyfi Dhalalaat Ahmad bin Taimiyyah.

19. Kitab Ad-durrin nadhidi Fi Ahkamit Tajwid.

20. Idzhar Al-‘Aqidah As-sunniyyah bi syarah al-‘Aqidah At-Thohawiyyah.

21. At-Tahzir al-Wajib

22. Mandzumah “ Nasihat At-Thullab”.

23. Risalah Fi Buthlan Da’wa Awwaliyyatil An-Nurul Muhammady

24. Risalah fi Roddi ‘ala Qaulil ba’dhi Innar Rasula ya’lamu kulla Syai’in ya’lamuhumullah.

25. Ad-durarul Bahiyyah Fi halli Alfadz Al-‘aqidah At-Tahawiyyah.

26. Al-Ghaaratul Imaniyyah Fi Roddi Mafasidi At-Tahriryyah.

27. Syarah Mandzumah As-Shibyan fil ‘Arudh

28. Mukhtasor Abdillah Al-Harory Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dhorury ‘Ala Mazhabi Al-Imam Malik

29. Abdillah Al-Harory Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dhorury ‘Ala Mazhabi Abi Hanifah.

30. Syaarh As-Sifat Ats-Salats ‘Asyarata Al-Wajib Lillah

31. Al’Aqidah Al-Manjiyyah

32. Syarah At-Tanbih

33. Syarah Manhaj At-Tullab.

34. Syarah Kitab Sullamit Taufiq ila Mahabbatillah ‘Ala Tahqiqi Lil Syeikh Abdillah Ba’lawi

Tamat sempurna dengan pujian Allah,
Tulisan Dr Hersi Muhammad Hailulah

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan