TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 16 Oktober 2016

Mengikut Mazhab atau Mengikut Ibnu Taimiyah?


Mengikut Mazhab atau Mengikut Ibnu Taimiyah?

.
Salah satu slogan hasutan atau ghazwul fikri (perang pemahaman) yang dilancarkan oleh pendukung Wahabi Salafi TEMPATAN melului lidah muftinya, ahli haditsnya dan asatizahnya  adalah “kembali kepada Al Qur’an dan As Sunnah dengan pemahaman "Salafush Sholeh”.
.
BERTUJUAN agar ikutan mazhabul mufti di negara ini seperti di Jakim, Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri di bawah payung Duli-Duli Tuanku Raja-Raja Melayu dikelirukan oleh alim ulama Wahabi Salafi TEMPATAN semoga anutan majoriti kaum muslim sejak kedatangan di Nusantara ini TIDAK MERUJUK  kepada Imam Mazhab yang empat(Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hambali) inilah cita-cita mereka.
.
Alim ulama dari Jakim dan Penguatkuasa Agama di Negeri-negeri di negara ini mestilah SEPAKAT pula mempertahankan anutan yang telah dikenal dari dulu iaitu aliran Ahlu Sunnah Wal Jama'ah aliran Asya'irah dan Maturidiah bermazhab yang empat.
.
Kenapa Wajib Mempertahankannya kerana menerima fahaman Wahabi Salafi ini membolehkan mereka menyerang mazhab, sama sekali tiada apa untungnya malahan perpecahan saja yang menjelma, hasil subjek berbeza  pendapat dengan serangan ghazwul fikri (perang pemahaman) untuk mengambil tempat dan pengaruh kembali kepada Al Qur’an dan As Sunnah dengan pemahaman "Salafush Sholeh" MEMBUANG MAZHAB mengikut pola anutan Saudi moden menjadi mazhab bernama "TANPA MAZHAB".
.
DAN MEREKA melakukan ijtihad dengan akal fikirannya sendiri secara otodidak (belajar sendiri) sehingga menimbulkan perselisihan karena perbezaan pemahaman atau pendapat yang ditimbulkan karena bukan AHLI ISTIDLAL atau tidak BERKOMPETENSI untuk melakukan IJTIHAD dan ISTINBAT.
.
Pada hakikatnya mereka bukanlah mengikuti pemahaman Salafush Sholeh karena mereka tidak bertemu dengan Salafush Sholeh.
.
Mereka adalah pengikut ajaran ulama Muhammad bin Abdul Wahab yang di dakwa oleh mereka mengikut mazhab Hanbali (bertaqiah) saja, hakikatnya mengangkat kembali pola pemahaman ulama Ibnu Taimiyyah sedangkan ulama abad ke 12 Hijrah ini tidak bertemu dengan ulama Ibnu Taimiyyah abad ke 8 Hijrah karena masa kehidupannya ( Muhammad Abdul Wahab al Nejd) terpisah 350 tahun lebih. Faham ini baik-baik.
.
Manakala Ibnu Taimiyyah adalah ulama yang menyalahgunakan kata SALAF maupun KHALAF untuk membenarkan supaya beliau menisbahkan diri atau tepatnya mengaku-ngaku mengikuti Salafush Sholeh.
.
Ibnu Taimiyyah mengatakan: “Bukanlah merupakan aib bagi orang yang menampakkan mazhab Salaf dan menisbahkan dirinya kepadanya, bahkan wajib menerima yang demikian itu darinya berdasarkan kesepakatan (para ulama) karena mazhab Salaf tidak lain kecuali kebenaran.” (Majmuu’ Fataawa Ibnu Taimiyyah, IV/149)
.
Faham ini betul-betul wahai Keldai Beragama di media sosial kelompok Wahabi Salafi ulama idola kamu bernama Ibnu Taimiyyah tidak bertemu dengan Salafush Sholeh sehingga mendapatkan atau mengetahui mazhab atau manhaj Salaf.
.
Manakala faham ini baik-baik Imam Mazhab (Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali) yang empat ini yang sebenarnya masih bertemu dengan  Salafush Sholeh tidak pernah menyampaikan adanya atau betapa pentingnya mazhab atau manhaj Salaf.
.
Imam Nawawi dalam Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab berkata “dan tidak boleh bagi orang awam bermazhab dengan mazhab salah seorang daripada imam-imam di kalangan para Sahabat radhiallahu ‘anhum dan selain mereka daripada generasi awal, walaupun mereka lebih alim dan lebih tinggi darajatnya dibandingkan dengan (ulama’) selepas mereka; hal ini karena mereka tidak meluangkan masa sepenuhnya untuk mengarang (menyusun) ilmu dan meletakkan prinsip-prinsip asas/dasar dan furu’/cabangnya. Tidak ada salah seorang daripada mereka (para sahabat) sebuah mazhab yang dianalisa dan diakui. Sedangkan para ulama yang datang setelah mereka (para sahabat) merupakan pendukung mazhab para Sahabat dan Tabien dan kemudian melakukan usaha meletakkan hukum-hukum sebelum berlakunya perkara tersebut; dan bangkit menerangkan prinsip-prinsip asas/dasar dan furu’/cabang ilmu seperti (Imam) Malik dan (Imam) Abu Hanifah dan selain dari mereka berdua.”
.
Prof. Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthi dalam As-Salafiyyah: Marhalah Zamaniyyah Mubarakah, La Mazhab Islami yang sudah diterbitkan oleh penerbit Gema Insani Press menjelaskan bahawasanya, “istilah salaf itu bukanlah suatu mazhab dalam Islam, sebagaimana yang dianggap oleh sebagian mereka yang mengaku sebagai salafi, tetapi istilah salaf itu sendiri merujuk kepada suatu zaman awal umat Islam“.

Pada hakikatnya istilah mazhab atau manhaj Salaf tidak lebih dari upaya menghipnotis(memukau) orang awam dan ulama, asatizah yang terkeliru oleh istilah pemahaman dan juga pemuja Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim kerana mengikuti hasil ijtihad ulama Ibnu Taimiyyah walaupun dia tidak tidak dikenal BERKOMPETENSI sebagai IMAM MUJTAHID MUTLAK.
.
Jadi mereka yang mengaku-ngaku bermanhaj salaf pada hakikatnya hanyalah pengikut-pengikut ulama Ibnu Taimiyah, Ibnu Taimiyah, Ibnu Taimiyah, Ibnu Taimiyah ( ulang banyak kali supaya mufti,ahli hadits, asatizahnya wajib tahu dan nampak tulisan ini kerana pendengarannya pekak dan tersumbat tak faham-faham) dan ulama sefaham dengan Ibnu Taimiyah.
.
Sekian harap faham betul-betul keldai beragama. Beragama hendaklah dilandasan yang betul dan benar bukan tersasar menolak Imam Mujtahidin Mutlak dalam masa yang sama  mengangkat Ibnu Taimiyah berkemungkinan kehidupan beragama kita menjadi mujassimah dan takfiri kesimpulannya tersasar? Kenapa? puncak fahamannya menjadi apa yang dilihat dan didengar di Timur Tengah sekarang ini. Huh teruk betul si Wahabi Salafi ini. Say no Wahabi Salafi. Pesanan lepaskanlah diri dari menjadi keldai beragama hasil tarbiyah ulama kamu kelompok Wahabi salafi mengajilah dengan ulama Ahlu Sunnah Wal Jama'ah dengan IKHLAS berpandukan al Quran al Hadits ijma' dan Qias. Jangan jadi juara memusuhi mazhab, tariqat, sufi semoga keldai beragama kamu akan menjadi insan kamil sekiranya mendapat hidayat dari Allah. Jangan ikat diri asal khilaf semua bid'ah. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan