TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Sabtu, 29 Oktober 2016

MEMBONGKAR SALAH FAHAM WAHHABI SALAFI MENGENAI MAKSUD HADITH MENJADIKAN KUBURAN SEBAGAI MASJID


KAJIAN ILMIAH : MEMBONGKAR SALAH FAHAM WAHHABI SALAFI MENGENAI  MAKSUD HADITH MENJADIKAN KUBURAN SEBAGAI MASJID - Pengajian Aswaja Pemurnian Nusantara

Kajian kali ini adalah sebagai penjelasan bahawa apa yang selama ini di lakukan oleh para ulama kita, bukanlah berdasar kepada hawa nafsu belaka.

Pertama sekali, kita membahaskan fahaman golongan WAHHABI SALAFI TAKFIRI,  khususnya buat tuduhan BIN BAZ terhadap ulama Salaf bahkan terhadap Al-Quran dan Al-Hadith iaitu perihal hadith ini:

‎ لعن الله اليهود والنصارى اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد

“Semoga Allah melaknat Yahudi dan Nasara yang telah menjadikan kuburan para Nabi mereka sebagai masjid"

PERSOALAN :

Benarkah hadith tersebut melarang dan mengharamkan solat di sekitar kuburan dan membuat kuburan di dalam masjid sebagaimana yang difahami oleh Ibnu Bazz dan para pentaqlid butanya ??

PENJELASAN :

• Asbabu wurudil hadith :

‎فقد قالت السيدة أم سلمة رضى الله تعالى عنها لرسول الله صلى الله عليه وسلم حين كانت فى بلاد الحبشة تقصد الهجرة إنها رأت أناسا يضعون صور صلحائهم وأنبيائهم ثم يصلون لها، عند إذن قال الرسول صلى الله عليه وسلم (لعن الله اليهود والنصارى اتخذوا قبور انبيائهم مساجد

“Ummu Salamah Ra bercerita kepada Rasulullah Saw ketika dulu beliau berada di Habasyah saat hendak Hijrah, bahawa beliau pernah melihat beberapa orang yang meletakkan patung-patung orang soleh dan para Nabi mereka, kemudian mereka solat kepada patung-patung tersebut. Maka bersabdalah Rasulullah Saw “Allah melaknat orang Yahudi dan Nasara yang telah menjadikan kuburan para nabi mereka sebagai masjid".

• MUFRADAT :

‎اتخذ : جعل (Menjadikan)

‎قبر :مدفن الميت (Tempat perkuburan mayat)

‎مسجد : الموضع الذي يُسجَد و يُتَعَبَّد فيِه (Tempat untuk bersujud dan beribadah di dalamnya)

Maka, makna hadith tersebut dari sisi mufradatnya adalah :

‎جعلوا مدفن الانبياء موضعا اللذين يسجدون و يتعبدون فيه

“Mereka menjadikan tempat perkuburan mayat para Nabi sebagai tempat mereka bersujud dan beribadah di dalamnya “.

PERBAHASAN:

Dari kupasan ini saja kita boleh fahami bahawa maksud yang sohih tentang hadith tersebut adalah: mereka masuk ke dalam kubur atau berada di atas kubur bertujuan untuk menjadikan kuburan itu sebagai tempat sujud dan tempat beribadah. Dan perkara inilah yang diamalkan oleh golongan Yahudi dan Nasara.

Manakala umat Islam dari dahulu hingga kini, tidak ada seorang pun yang melakukan perkara seperti itu. Apalagi mereka yang berziyarah kepada maqam-maqam para wali-wali Allah. Tidak ada seorang pun yang menjadikan kuburan wali-wali Allah sebagai tempat yang mereka sujud di atas atau di dalamnya.

Perbuatan Wahhabi Salafi yang menggunakan hadith tersebut dan ditujukan kepada kaum muslimin yang berziarah ke masjid-masjid yang disebelahnya terdapat perkuburan orang-orang soleh, merupakan tuduhan yang tersalah sasaran. Perbuatan seperti ini adalah perbuatan sesat menyesatkan tanpa haq berserta fitnah yang akan memecah persatuan umat muslim.

PENJELASAN ULAMA':

Sekarang, mari kita kaji pendapat-pendapat para ulama besar Ahlus-sunnah Wal Jamaah berkaitan hadith di atas.

PERTAMA:
1. Pendapat Imam Baidhowi dan Ibnu Hajar Al-Asqalani :

‎ويقول الامام البيضاوى رحمه الله تعالى: فيما نقله عنه الحافظ ابن حجر العسقلانى وغيره من شراح السنن حيث قال البيضاوى: «لما كانت اليهود يسجدون لقبور الأنبياء؛ تعظيماً لشأنهم، ويجعلونها قبلة، ويتوجهون فى الصلاة نحوها فاتخذوها أوثاناً، لعنهم الله، ومنع المسلمين عن مثل ذلك، ونهاهم عنه، أما من اتخذ مسجداً بجوار صالح أو صلى فى مقبرته وقصد به الاستظهار بروحه، ووصول أثر من آثار عبادته إليه، لا التعظيم له، والتوجه فلا حرج عليه، ألا ترى أن مدفن إسماعيل فى المسجد الحرام ثم الحطيم؟ ثم إن ذلك المسجد أفضل مكان يتحرى المصلى بصلاته، والنهى عن الصلاة فى المقابر مختص بالمنبوشة لما فيها من النجاسة» انتهى. فتح البارى، شرح الزرقانى، فيض القدير

Maknanya:
“Imam Baidhawi berkata, yang juga dinukil pendapat beliau oleh al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani dan selainnya dari para penyarah kitab sunan-sunan : “Ketika konon orang-orang Yahudi bersujud pada kuburan para Nabi, kerana pengagungan terhadap para Nabi. Dan menjadikannya arah qiblat serta mereka pun solat menghadap kuburan dan menjadikannya patung sembahan, maka Allah melaknat mereka dan melarang umat Islam mencontohinya."

Tetapi orang yang MENJADIKAN MASJID DI SISI ORANG SOLEH atau SOLAT DI PERKUBURANNYA DENGAN TUJUAN MENGHADIRKAN RUHNYA dan MENDAPATKAN BEKAS DARI IBADAHNYA, BUKAN KERANA PENGAGUNGAN DAN ARAH QIBLAT, MAKA TIDAKLAH MENGAPA. Tidakkah engkau melihat tempat pendaman Nabi Ismail berada di dalam masjidil haram kemudian hathim?? Kemudian masjidil haram tersebut merupakan tempat solat yang sangat dianjurkan untuk melakukan solat di dalamnya. Larangan solat di perkuburan adalah DIKHUSUSKAN pada kuburan yang terbongkar tanahnya kerana terdapat najis" (Fathul Bari, Syarh Zarqani dan Faidhul Qadir)

Dari pendapat Imam Baidhawi yang juga dinukil oleh imam Ibnu Hajar al-Asqalani dan para imam-imam yang mensyarahkan kitab-kitab sunan, maka kita boleh memahami bahawa hadith tersebut mengandungi :

- Larangan menjadikan kuburan sebagai tempat sujud / peribadatan;

- Larangan menjadikan kuburan sebagai arah qiblat dari arah qiblat yang disyari’atkan;

Pada kedua perkara ini, Alhamdulillah tidak pernah dilakukan oleh ummat Islam yang suka berziarah.

KEDUA :
2. Pendapat imam Ibnu Abdul Barr :

‎وقال الإمام الحافظ ابن عبد البر رحمه الله تعالى فى “التّمهيد” «فى هذا الحديث إباحة الدّعاء على أهل الكُفر، وتحريم السّجود على قبور الأنبياء، وفى معنى هذا أنّه لا يحل السّجود لغير الله جل وعلا، ويحتمل الحديث أنْ لا تُجعل قبور الأنبياء قِبلة يُصلّى إليها. ثم قال ابن عبد البر: وقد زعـم قـوم أنّ فى هذا الحديث ما يدل على كراهيّة الصّلاة فى المقبرة وإلى المقبرة، وليـس فى ذلك حُجة

Maknanya:
“Imam Al-Hafidz Ibnu Abdil Barr berkata di dalam kitab at-Tamhid", di dalam hadith tersebut terdapat :

- Dibolehkan doa yang buruk pada orang kafir;

- Pangharaman sujud terhadap kuburan para nabi;

- Semakna juga terhadap pengharaman sujud terhadap selain Allah Swt;

- Di arahkan juga terhadap pengharaman menjadikan kuburan para nabi sebagai arah qiblat solat.

Kemudian beliau juga berkata “Sebahagian kaum menyangka bahawa hadith tersebut mengandung pengertian yang memakruhkan solat di perkuburan / pemakaman dan menghadap perkuburan. Dan hadith itu bukanlah hujjah / dalil ke atas perkara itu “.

KETIGA
3. Pendapat Imam Ath-Thusi :

‎روى الشيخ الطوسي بأسناده عن معمر بن خلاد، عن الرضا ـ عليه السَّلام ـ قال: لا بأس بالصلاة بين المقابر ما لم يتخذ القبر قبلة

“Syaikh Ath-Thusi Rh meriwayatkan dengan sanadnya dari Mu’ammar bin khallad dari Ridha As berkata “Tidaklah mengapa solat di antara perkuburan selagi tidak menjadikan kuburan sebagai arah kiblat" (Al-Wasail juz 1)

KEEMPAT :
4. Pendapat Imam Qurthubi :

‎قال القرطبي: روى الأئمة عن أبي مرصد الغنوي قال: سمعت رسول اللّه ـ صلَّى الله عليه وآله وسلم ـ يقول: لا تصلوا إلى القبور ولا تجلسوا إليها (لفظ مسلم) أي لا تتخذوها قبلة، فتصلوا عليها أو إليها كما فعل اليهود والنصارى

“Imam Qurthubi berkata : “Meriwayatkan para imam Hadith dari Abi Marshad Al-Ghanawi berkata; “Aku telah mendengar Rasulullah Saw bersabda: “Janganlah kamu solat kepada kuburan dan juga janganlah kamu duduk padanya (lafaz dalam hadith Muslim). “Maksudnya adalah “JANGANLAH KAMU MENJADIKAN KUBURAN SEBAGAI ARAH QIBLAT, SEHINGGA KAMU SOLAT DI ATASNYA ATAU SOLAT MENGHADAPNYA sebagaimana perbuatan orang Yahudi dan Nasara". (Tafsir Qurthubi juz 10 hal. 380)

ISTIDLAL AL-QURAN :

Marilah kita kembalikan semua pendapat-pendapat Ulama' tersebut kepada al-Quran dan Hadith demi untuk mengetahui manakah yang sesuai dengan al-Quran dan Hadith.

Ketika kita teliti ayat-ayat Al-Quran, tidak ada satu pun ayat yang melarang daripada solat di pekuburan atau membangunkan kuburan di dalam masjid. Sebaliknya, kita akan mengetahui bahawa pendapat para ulama' (yang disebutkan di atas) amat seiring dengan Al-Quran dan bertentangan dengan pendapat Ibnu Bazz serta para pentaqlid butanya.

AYAT PERTAMA :
1. Allah Swt berfirman:

‎{ اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا إِلَهاً وَاحِداً لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

“Mereka menjadikan orang-orang alim (Yahudi) dan rahib-rahibnya (Nasara) sebagai tuhan selain Allah. Dan orang-orang Nasara berkata “dan juga Al-Masih putera maryam". Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan selain Dia. Maha suci Dia dari apa yang mereka persekutukan". (At-Taubah : 31)

Inilah makna sujud yang mendapat kecaman dan laknat, atau menjadikan arah qiblat selain qiblat yang disyari’atkan sebagaimana mereka (ahlul kitab) lakukan. Mereka mengkiblatkan sembahyang dengan menghadap kuburan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka.

Realitinya, apa yang dilakukan oleh umat Islam di dalam masjid-masjid tidaklah seperti apa yang dilakukan orang-orang Yahudi dan Nasara. Perbuatan menggunakan hadith dan ayat tersebut sebagai alat untuk menuduh ummat Islam menyembah kubur sangatlah salah dan sesat dan merupakan perbuatan kaum Khawarij. Ini adalah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Umar :

‎ذهبوا إلى آيات نزلت في المشركين، فجعلوها في المسلمين

“Mereka kaum khawarij menjadikan ayat-ayat yang turun kepada orang musyrik diarahkan pada ummat muslim “.

AYAT KEDUA :
2. Allah Swt berfirman :

‎وَاتَّخِذوا مِنْ مَقَامِ إبْرَاهِيمَ مُصَلّى

“Dan jadikanlah maqam (tempat pijakan) Ibrahim sebagai tempat solat “ (Al-Baqarah : 125)

Allah memerintahkan untuk dijadikan tempat pijakan Nabi Ibrahim sebagai tempat solat. Maksud solat bukan bererti solat terhadap pijakan Nabi Ibrahim tersebut, tetapi solat kerana Allah dan menghadap qiblat serta berada di maqam Ibrahim sebagai TABARRUKan bukan ta’dziman atau sujudan lahu.

AYAT KETIGA:
3. Allah Swt berfirman :

‎وَكَذَلِكَ أعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُوا أنَّ وَعْدَ اللّهِ حَقٌّ وَأنَّ السّاعَةَ لاَ رَيبَ فيها إذْ يَتنازَعُونَ بَيْنَهُم أمْرَهُم فَقَالُوا ابْنُوا عَلَيْهِم بُنْيَاناً رَبُّهُم أعْلَمُ بِهِم قَالَ الّذينَ غَلَبُوا عَلَى أمْرِهِم لَنَتَّخِذَنّ عَلَيْهِم مَسْجداً

“Dan demikianlah Kami perlihatkan (manusia) dengan mereka agar mereka tahu bahawa janji Allah benar dan bahawa hari kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika mereka berselisih tentang urusan mereka, maka mereka berkata “Dirikanlah sebuah bangunan di atas (gua) mereka". Orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata “Kami pasti akan mendirikan masjid di atas kuburan mereka “. (Al-Kahfi : 21)

Ayat ini jelas menceritakan dua kaum yang sedang berselisih mengenai makam ashabul kahfi. Kaum pertama berpendapat agar menjadikan sebuah rumah di atas kuburan mereka. Sedangkan kaum kedua berpendapat agar dijadikan masjid di atas kuburan mereka.

Kedua kaum tersebut bermaksud menghormati sejarah dan jejak mereka menurut manhajnya masing-masing. Para ulama Ahli Tafsir mengatakan bahawa kaum yang pertama adalah orang-orang musyrik dan kaum yang kedua adalah orang-orang muslim yang meng-esakan Allah Swt. Sebagaimana dikatakan juga oleh Imam Asy-Syaukani seperti berikut :

‎يقول الإمام الشوكانى «ذِكر اتخاذ المسجد يُشعر بأنّ هؤلاء الذين غلبوا على أمرهم هم المسلمون، وقيل: هم أهل السلطان والملوك من القوم المذكورين، فإنهم الذين يغلبون على أمر من عداهم، والأوّل أولى». انتهى. ومعنى كلامه أن الأولى أن من قال ابنوا عليهم مسجدا هم المسلمون.

“Imam Syaukani berkata “Sebutan menjadikan masjid dalam ayat tersebut menunjukkan bahawa mereka yang menguasai urusan adalah orang-orang muslim. Ada juga yang berpendapat bahawa mereka adalah para penguasa dan raja dari kaum muslimin..”. Makna ucapan beliau adalah : pendapat yang lebih utama adalah bahawa yang berkata bangunlah masjid di atas kuburan mereka adalah kaum muslimin “.

‎وقال الإمام الرازى فى تفسير ﴿لنتّخذنّ عليه مسجداً﴾ «نعبد الله فيه، ونستبقى آثار أصحاب الكهف بسبب ذلك المسجد». تفسير الرازى

Imam Ar-Razi di dalam tafisrnya berkata “ Kami akan menjadikan masjid di atasnya." Maknanya adalah “Kami akan beribadah kepada Allah di dalam masjid tersebut dan kami akan memelihara bekas-bekas para pemuda ashabul kahfi dengan sebab masjid tersebut".

ISTIDLAL AL-HADITH:

HADITH PERTAMA:
Nabi Saw bersabda :

‎أللّهمّ لا تجعل قبري وثناً، لعن اللّه قوماً اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد

“Ya Allah, jangan jadikan kuburanku tempat penyembahan, semoga Allah melaknat kaum yang menjadikan kuburan para nabi sebagai masjid".

Ini adalah sebuah DOA NABI MUHAMMAD SAW agar Allah tidak menjadikan makam beliau sebagai tempat penyembahan atau masjid. Dan doa Nabi Saw tidak mungkin ditolak oleh Allah Swt. Buktinya adalah hingga saat ini, tidak ada satu pun kaum muslimin yang menyembah perkuburan Nabi Saw.

HADITH KEDUA:

‎ روى مسلم في صحيحه عن النبي الأكرم أنّه قال حينما قالت أُم حبيبة وأُم سلمة بأنهما رأتا تصاوير في إحدى كنائس الحبشة: إنّ أولئك إذا كان فيهم الرجل الصالح فمات بنوا على قبره مسجداً، وصوروا فيه تلك الصورة أولئك شرار الخلق عند اللّه يوم القيامة

“Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sohihnya dari Nabi Saw bahawa beliau bersabda ketika Ummu Habibah dan Ummu Salamah berkata bahawa keduanya pernah melihat patung-patung di salah satu gereja Habasyah, “Sesungguhnya mereka, jika ada salah satu orang soleh yang wafat, maka mereka menjadikan perkuburannya sebagai masjid dan membuat patungnya di dalamnya, merekalah seburuk-buruknya manusia di sisi Allah kelak di hari kiamat".

Dalam hadith tersebut jelas bahawa apa yang dimaksudkan Rasulullah sebagai manusia terburuk adalah yang membuat patung dan ditegakkannya di atas perkuburan mereka lalu mereka sembah / sujud patung tersebut. Inilah perbuatan orang nasara pada saat itu. Sedangkan umat muslim sejak dari dahulu hingga sekarang tidak pernah ada yang melakukan seperti apa yang mereka (Nasara dan yahudi) lakukan.

KESIMPULAN ANALISIS :

Kefahaman Sebenar Para Ulama Salaf :

- Boleh solat di dalam masjid yang terdapat makam Nabi atau orang-orang soleh. Bahkan ia disyari’atkan dan perkara ini tidak termasuk di antara perkara yang diancam Rasulullah SAW tentang perihal menjadikan perkuburan sebagai masjid, kerana sangat jauh perbezaanya sebagaimana penjelasan yang disebutkan secara ilmiah di atas.

- Perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah SAW, bahkan mendapat laknat, adalah menjadikan perkuburan Nabi atau orang-orang soleh sebagai masjid iaitu BERSUJUD PADA KUBURANNYA --> adakalanya di atasnya atau di dalam kubur itu sendiri. Malahan kita tidak pun melihat ummat Islam melakukannya sejak dahulu hingga sekarang.

- Para ulama madzhab berbeza pendapat tentang solat di tempat pekuburan atau pemakaman :

1) Madzhab Hanafiyyah mengatakan :
Makruh solat di pemakaman sebab dikhuatirkan ada najis yang keluar dari kuburan, KECUALI jika di pemakaman tersebut disediakan tempat solat, maka hilanglah hukum makruh tersebut.

2) Madzhab Malikiyyah mengatakan :
Boleh solat dipemakaman secara mutlaq, sama ada perkuburan itu bersih atau terbongkar (manbusyah), perkuburan muslim atau non muslim.

3) Madzhab Syafi’iyyah memerincikan seperti berikut :
Tidak sah solat diperkuburan yang nyata ada kerosakan / keterbongkaran kuburan di dalamnya, kerana telah bercampur tanah dengan nanah jenazah di situ. Ini apabila tidak membuat penghalang seperti sajadah, jika menggunakan sajadah maka hukumnya makruh. Adapun jika yakin tidak adanya bercampurnya nanah pada tanah perkuburan (bila berlaku kerosakan / keterbongkaran pada kubur tersebut), maka hukum solat di dalamnya sah tanpa khilaf. Kerana tempatnya suci namun tetap makruh.

Maka tidak pernah terjadinya kaum muslimeen yang solat di perkuburan atau pemakaman, hanya yang sering kita lihat adalah mereka solat di masjid yang berdampingan dengan pemakaman dan ini adalah di luar pembahasan.

4) Madzhab Hanabilah mengatakan :
Tidak sah solat di perkuburan yang baru atau pun yang lama, berulang-ulang pembongkarannya atau pun tidak. Namun boleh solat di kawasan yang ada satu atau dua kuburan, kerana yang namanya perkuburan adalah terdapat tiga kuburan atau lebih.

Bahkan ada nas dari madzhab ini bahawa setiap apa yang masuk di dalam kategori maqbarah adalah tidak boleh melakukan solat di dalamnya. Mereka juga menetapkan bahawa tidak mengapa solat di dalam rumah yang terdapat kuburan di dalamnya walaupun lebih dari tiga kuburan, kerana ini bukan dinamakan maqbarah.

Dan hal ini adalah masalah furu’ / cabang agama.

CATATAN :

• Jika puak Salafi Wahhabi termasuk Ibn Bazz dan para pentaqlid butanya mengatakan haram, syirik bahkan kufur pada kaum muslimin yang solat di dalam masjid yang terdapat makam Nabi atau orang sholeh, maka kami katakan kepada mereka :

“Kalau begitu kefahaman kamu, maka beranikah kamu menghancurkan Masjid Nabawi?"

Jika kamu berkata “Kami tidak berani kerana di situ ada makam Nabi", maka kami akan menjawab “Jika kamu menghkususkan makam Nabi, yang mana di situ juga ada makam sahabat Nabi Saw, beranikah kamu menghancurkan atau memindahkan makam kedua-dua sahabat Nabi Saw tersebut, yang mana umat Islam solat di sekitar makam-makam tersebut??!!”

Salafi wahhabi utamanya Ibn Bazz mengaku sebagai pengikut salaf, sedangkan ulama salaf tidak seperti kefahaman mereka bahkan bertentangan dengan mereka. Maka siapakah Salaf yang kamu ikuti ??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan