TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Sabtu, 29 Oktober 2016

Tuduhan Golongan Zuhud Dan Sufi Mereka-reka Hadis

Ustaz Khafidz:
Tuduhan Golongan Zuhud Dan Sufi Mereka-reka Hadis

بسم الله وبه نستعين

Dengan menggunakan fahaman rigid dan kaedah mengelirukan, ada setengah orang cuba  utk memberikan suatu rumusan ekstrim yg belum pernah disebut oleh mana2 ulama muktabar trdahulu, iaitu; banyak hadis palsu direka oleh golongan zuhud dan sufi, maka  sanad-sanad tariqah yang banyak disandarkan kepada jalan al-Hasan al-Basri daripada Ali ibn Abi Talib RA adalah palsu...!

Kelihatan agak tergesa percubaannya utk membuat rumusan sebegini. Apakah begitu mudah ia dapat meruntuhkan disiplin tariqah2 sufi muktabar yg mempunyai jutaan pengamalnya di seluruh dunia dan telah bertapak berabad2 lamanya di dunia Islam serta diiktiraf ramai ulama? Apakah begitu mudah ia memejamkan mata terhadap disiplin yg telah melahirkan sekian ramai alim ulama, para mujahid dan para pendakwah di sepanjang sejarah Islam?  رحمهم الله وجزاهم خير الجزاء

Amat membimbangkan, kefahaman2 singkat sebegini dan seumpamanya mula menular dalam kalangan setengah masyarakat kita yg dikhuatiri boleh menjadi titik tolak kpd fahaman ekstrim. Bukan mustahil, fahaman yg zahirnya nampak seperti ilmiah sebegini boleh mengakibatkan kpd tindakan2 ekstrim para pengikut yg jahil dek krn menyangka kebatilan pihak lawan. Memang antara golongan ahli sufi dan ‘musuh2’ mrk telah melalui sejarah perselisihan faham yg panjang. Namun, apakah tohmahan yg berat ini benar?

Berikut adalah komentarnya serta jawapan:

1. “Ada ustaz yang … menyebut: "Tidak mungkin para ulamak sufi ini mereka-reka hadis atas nama Rasulullah."

Ini adalah percubaan daripada beliau untuk mempertahankan sanad-sanad tariqah yang banyak disandarkan kepada jalan al-Hasan al-Basri daripada Ali ibn Abi Talib.”

Ulasan:

Pertamanya, perlu diamati dan dicermati kenyataan: "Tidak mungkin para ulamak sufi ini mereka-reka hadis atas nama Rasulullah SAW" adalah merujuk kepada para ulamak sufi. Pemilihan perkataan para ulamak secara sengaja, jelas menunjukkan bhw yang dimaksudkan bukan ahli sufi biasa atau sufi dakwa-dakwi. Para ulama sufi bermaksud ulama yang pakar dan ahli dalam bidang tasawuf, kesufian atau kerohanian Islam yang disebut baginda Nabi SAW sbg ‘al-ihsan’. Bidang yg merupakan antara disiplin ilmu terpenting lagi muktabar dalam Islam (hanya golongan ekstrim shj yang menolaknya secara total sama ada dr kalangan salafi-wahhabi atau lain2nya).

Justeru, tidak sewajarnya kita bersangka buruk terhadap tokoh2 ulamanya, apatah lagi menuduh mrk mereka-reka hadis dan menisbahkannya kpd Rasulullah SAW yang sudah dimaklumi merupakan suatu dosa besar. Jika ruang tuduh menuduh yang berat tanpa bukti ini dibiarkan, nescaya akan bertambah rosak binasalah banyak disiplin ilmu dan adab umat Islam. Sudah tentu yang kononnya didakwa selamat hanyalah puak sendiri semata2.

Tegasnya, memang tidak mungkin para ulamak sufi ini sengaja mereka-reka hadis. Kalau ada seorg dua sekalipun (jika benar2 ada), tidak sepatutnya kita berlaku zalim dengan menuduh kesemua ulama sufi berbuat demikian, padahal kesalahan itu hanya tanggungan orang yg berkenaan shj. Kalau benar ada sekalipun, mereka bukanlah yg layak digelar ‘ulama’ yg menjadi rujukan muktamad dlm disiplin ilmu tasawuf. Bahkan, para ulama pakar hadis terdahulu pastinya tlh mendedahkan perbuatan2 dusta mrk di dalam kitab2 ‘ilal (faktor2 kecacatan hadis) dan rijal (biografi2 para perawi).

Apa yang didakwa oleh ‘musuh2’ mrk bhw mrk (para ulamak sufi) mereka-reka hadis palsu biasanya adalah tidak benar. Kemungkinan mrk ada meriwayatkan tanpa sedar hadis palsu, atau tersilap dalam menukilkan hadis, atau bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW lalu disangka orang sbg hadis, atau berlaku kes sabotaj, atau sebab2 lain. Namun, amat besar perbezaannya antara perbuatan sengaja mereka-reka hadis palsu dengan perbuatan2 yang tersebut itu. Justeru, tidak halal sama sekali kita menuduh mereka mereka-cipta hadis palsu hanya kerana mrk meriwayatkan hadis palsu tanpa sedar, atau tersilap dalam menukilkan riwayat hadis, atau sebagainya.

Namun, ini tidak berkait sama sekali dengan sanad-sanad tariqah yang banyak disandarkan kepada jalan al-Hasan al-Basri daripada Ali ibn Abi Talib RA krn ia sudah masyhur di kalangan ulama dan ahli sufi serta tidak sabit ianya sbg palsu dan direka2. Malah, tiada ulama2 muktabar terdahulu yg menilainya sedemikian secara khusus. Kemungkinan cuma ada ‘illah2 (sebab2 yang meragukan) yang dibangkitkan, namun dengan adanya syawahid dan mutaba‘at (riwayat2 sokongan) serta qara’in (bukti2 sokongan) menunjukkan ia ada asalnya dan bukan palsu atau direka2. Sekurang2nya, kaedah2 periwayatan yg diperselisihkan secara muktabar juga masih dapat menjadi penyokong dalam hal ini.

Isu riwayat al-Hasan al-Basri daripada Saidina ‘Ali RA ini sudah lama menjadi perbahasan di kalangan ulama hadis dan hakikatnya tiada sebarang kesepakatan antara mrk. Sebagaimana pihak yang mengatakannya tidak sahih telah menolak berdasarkan dalil-dalil, maka pihak yang mengatakannya sahih juga telah menyabitkannya berdasarkan dalil-dalil juga. Perbincangannya dapat dirujuk kepada kitab2 spt:
1.  kitab (إتحاف الفرقة برفع الخرقة) oleh al-Hafiz al-Suyuti (lihat al-Hawi, 2/191).
2.  kitab (البرهان الجلي في تحقيق انتساب الصوفية إلى علي) oleh al-Hafiz Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari (hlm. 181),
3.  kitab (در السحابة في صحة سماع الحسن البصري من جماعة من الصحابة) oleh  Syeikh Ahmad Abu al-Khair al-Ahmadi al-Makki
4.  kitab (القول الجلي في سماع الحسن من علي) oleh Syeikh Hamud bin Khalid Al Rumaizan (2008).
5.  risalah Istifadah Imam Hasan al-Basrī dari Sayyidina Alī RA oleh Muftī al-A‘zam Rashīd Ahmad Ludyānwī (terjemahan Maulānā Aswadī al-Mujadiddī) dan sebagainya.

Al-Hafiz al-Suyuti dan semua yang menyetujuinya menyatakan, pendapat yg mengatakan riwayat al-Hasan al-Basri daripada Saidina ‘Ali RA sahih adalah pendapat yg rajih.

2. “Beliau seolah-olah ingin menyatakan bahawa sanad-sanad itu adalah betul dan tidak mungkin direka-reka oleh para ulamak sufi ini dan tidak mungkin mereka berdusta atas nama Rasulullah.”

Ulasan:

Saya tidak tahu apa tujuan penulis tsb masih terus menggunakan istilah para ulamak sufi. Jika untuk terus menuduh dan mentohmah seluruh para ulama sufi Islam yang banyak berjasa dalam perkembangan dakwah dan kerohanian Islam sejak zaman berzaman sebagai berdusta atas nama Rasulullah SAW, alangkah amat besar dan beratnya tuduhan itu… sebagaimana amat besar dan beratnya tanggungan di akhirat kelak sekiranya ia tidak benar. Allahu akbar.

Siapa yang berani membuktikan al-Hasan al-Basri berdusta?
Siapa yang berani membuktikan Habib al-‘Ajami berdusta?
Siapa yang berani membuktikan Daud al-Ta’i berdusta?
Siapa yang berani membuktikan Ma‘ruf al-Karkhi berdusta?
Siapa yang berani membuktikan al-Sari al-Saqati berdusta?
Siapa yang berani membuktikan al-Junaid al-Baghdadi berdusta?
Siapa... ???

Sekadar menyebut sebahagian tokoh daripada sekian ramai lagi tokoh2 sufi. Jika mahu disebut biografi dan sumbangan kesemua mrk satu persatu nescaya memerlukan berpuluh-puluh buah jilid kitab. Jika ada orang yang berani mengatakan sanad mrk itu diragui, maka dia juga perlu meninggalkan membaca al-Quran dengan sanad qiraat Imam Hafs (qiraat yang dibaca majoriti umat Islam kini) krn Imam Hafs adalah seorg perawi yg matruk (ditinggalkan)!

Maksud saya, sebagaimana Imam Hafs adalah hujah dalam disiplin ilmu qiraat, maka imam-imam sufi tersebut juga adalah hujah dalam disiplin ilmu tasawuf! Semoga kita tidak terlibat di akhirat kelak untuk menjawab segala tuduhan dan tohmahan yang kita lemparkan kepada para alim ulama tsb secara khusus hanya semata-mata kita membenarkan prasangka2 buruk kpd mrk sehingga kita akhirnya keletihan krn habis segala pahala menjadi tebusan dan galang ganti.

والعياذ بالله

3. “Saya katakan: antara perkara asas yang disebut oleh para ulamak hadis dalam masalah hadis palsu ialah, banyaknya hadis palsu direka oleh golongan zuhud dan sufi!

Boleh lihat kenyataan Ibn Solah dalam al-Muqaddimah.”

Ulasan:

Oleh kerana diisyaratkan kpd kitab Ibn as-Solah, maka saya pun merujuk kpd kitab tsb. Kata Ibn as-Solah:
والواضعون للحديث أصناف وأعظمهم ضررا قوم من المنسوبين إلى الزهد وضعوا الحديث احتسابا فيما زعموا فتقبل الناس موضوعاتهم ثقة منهم بهم وركونا إليهم . ثم نهضت جهابذة الحديث بكشف عوارها ومحو عارها والحمد لله (ص 99، بتحقيق عتر)
Terjemahan: “Dan para pemalsu hadis itu ada beberapa golongan, dan golongan yg paling besar kemudaratannya ialah suatu kaum dari golongan yang dinisbahkan kepada sifat zuhud. Mereka memalsukan hadis kerana berihtisab (mengharapkan ganjaran pahala) terhadap apa yang mereka dakwakan. Maka, orang pun menerima hadis2 palsu mrk krn kepercayaan mereka terhadap mrk itu serta rasa cenderung kepada mrk. Kemudian, para ulama pakar hadis telah bangkit membongkar keaibannya dan membanteras kebejatannya, walhamdulillah”.

Ternyata Ibn as-Solah sangat berhati2 dan tidak mengumumkan kenyataannya secara pukul rata kepada semua golongan ahli zuhud sptmn yg didakwa oleh penulis di atas. (Penyakit fahaman tuduh secara pukul rata ini merupakan unsur fahaman ekstrimis). Sebaliknya, Ibn as-Solah hanya menyebut ‘suatu kaum atau satu kumpulan orang’ sahaja daripada kalangan mrk. Itu pun sekadar disebut golongan yang dinisbahkan kepada sifat zuhud (المنسوبين إلى الزهد), bukannya betul2 disebut golongan ahli zuhud (الزهاد). ‘Golongan yang dinisbahkan kepada sifat zuhud’ itu juga tidak semestinya merujuk kepada ahli sufi shj krn ada di antara mereka juga adalah ahli hadis, ahli fiqh, ahli sejarah, ahli sastera dan sebagainya. Cuma yg biasanya dimaksudkan secara khusus ialah golongan yg suka berdakwah menyeru masyarakat kembali mengamalkan agama dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Satu matlamat yg baik, ttp melalui cara yg salah. Semangat begini tentunya bukan hanya wujud dalam kalangan ahli sufi semata2.

Seterusnya Ibn as-Solah menyebut: “Kemudian, para pakar hadis telah bangkit membongkar keaibannya dan membanteras kebejatannya...”, yg menunjukkan bhw hadis2 palsu yg direka2 itu sudah pun dibongkar dan diketahui serta tiada lagi yg tersembunyi kpd ulama pakar hadis tsb.

Kata2 Ibn as-Solah yg sangat cermat ini kemudian diubah oleh sbahagian penulis yg datang kemudian, dengan ditujukan pula secara langsung terus kepada golongan ahli zuhud (الزهاد) dan ahli sufi (الصوفية) secara umum! Maka, jadilah mrk golongan yg teraniaya dan dizalimi dek krn ‘nila setitik’ serta sifat kurang cermat dan gopoh sesetengah penulis.

Jika ingin mempergunakan kata2 Imam Yahya bin Sa‘id al-Qattan (w. 198H) sekalipun dlm mengecam para solihin di zaman Salaf, maka kita memerlukan pencerahan para ulama lain mengenainya. Jika perlu, memerlukan senarai nama yg panjang, bukti2 ilmiah serta perbandingan antaranya utk mengukur sejauhmana ketepatan kata2nya yg masih bersifat ijtihadi, atau hanya sekadar sikap tasyaddud (keras) semata2, atau hakikatnya ia hanya dituju kepada segelintir orang sahaja (pd hemat saya ini lebih tepat).

والله المستعان

4. “Kata Syaikhul Hadis kami, Ml Muhammad: dalam Islam memang bersangka baik itu dituntut. Tetapi dalam hadis, sangka baik tidak ada nilainya!”

Ulasan:

Kenyataan secara pukul rata ini sendiri juga sebenarnya hampir tiada nilai krn tiada ulama muktabar hadis yang berpendapat umum sebegitu, seolah2 mrk berjalan tanpa sebarang kaedah. Dalam penapisan hadis, mrk secara ilmiah tetap menggunakan kaedah2 tertentu bagi memastikan kesahihan hadis, kedaifan atau kepalsuannya. Mereka bukan bersangka buruk secara umum kpd para perawi sptmn yang dapat difaham drp dakwaan di atas, sebaliknya mrk melihat kepada sebab2 jarh (‘kecederaan’/kelemahan) pada perawi yang trbahagi kpd 10, iaitu lima pd ‘adalah (sifat adil) dan lima pd dhabt (hafazan/penjagaan).

Sebab2 jarh pd ‘adalah ialah:
i.  Tercalar maruah
ii.  Berdusta
iii.  Ditohmah berdusta
iv.  Fasiq
v.  Bidaah yang sesat

Sebab2 jarh pd dhabt ialah:
i.  Kesalahan teruk
ii.  Kelalaian
iii.  Keraguan dan kesilapan
iv.  Bertentangan dengan perawi yang lbh thiqat
v.  Buruk hafalan

Ini adalah sebab2 yang diharuskan. Adakalanya ia bersifat sangat nisbi sehingga berlaku pro dan kontra krn perbezaan mazhab misalnya, sebagaimana kalau kita ingin praktikkan kepada sanad2 tariqah yang disinggung di atas. Selain daripada sebab2 di atas, ia tidak diharuskan dan boleh jadi termasuk perbuatan yang dilarang oleh syarak spt bersangka buruk secara umum kpd para perawi. Jelasnya, kenyataan di atas yang tidak merujuk kpd kaedah2 ilmu hadis, khususnya dlm ilmu al-jarh wa al-taadil adalah tertolak dan hampir tiada nilai sama sekali.

والله أعلم

Tiada ulasan:

Catat Ulasan